Monday, October 30, 2006

PostHeaderIcon Selamat Hari Raya

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Selamat Menyambut Hari Raya… Hari Raya bagi umat Islam merupakan perayaan ibadah yang disyariatkan. Saban tahun kita menyambut hari raya selepas pemergian Ramadhan namun berapa kalikah Raya kita menjadi ibadah.

Raya bagaikan sudah menjadi adat. Biarlah Syawal kali ini menjadi muhasabah kepada kita. Berusahalah kita bersama-sama membersihkan hati.

Menyucikan hati dari segala sifat mazmumah adalah yang paling susah sekali. Namun menurut Imam Al-Ghazali, hati boleh ditundukkan melalui latihan. Hati dan Nafsu perlu dilatih tidak boleh dimanjakan sangat kelak menguasai diri.

Memandangkan kita sudah menghampiri akhir tahun 2006, buat pengetahuan kawan- kawan SISMA, “gathering” kita tahun depan akan dilaksanakan pada Mei 2007, Jangan lupa ye.. Disana kita akan bincangkan soal penubunuhan KPU (Kompleks Pembangunan Ummah)

InsyaAllah dalam tempoh yang terdekat ini saya akan siarkan dalam blog ini maklumat berkenaan KPU untuk maklumat rakan-rakan. Selamt Berjuang Rakan-Rakan… Berjuanglah demi mendapatkan keredhaan Allah… Tentangilah Syaitan dan Nafsu Sepenuh Hati… Wassalam
Monday, October 16, 2006

PostHeaderIcon Ulamak Pun Masih Perlu Pada Tarbiyyah.

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

"Iman itu berkurang dan bertambah"
Begitulah bunyi hadis yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin. Walaupun hadis ini dihukum tiada asalnya, ataupun dalam erti kata lain tidak dilafazkan oleh Rasullah S.A.W malah tidak diketahui dilafazkan oleh siapa, masih jua boleh kita ambil pengajaran dari apa yang dipetik oleh Hujjatul Islam itu.

Sebenarnya itulah sifat manusia kecuali para nabi yang maksum dan sememangnya akan terus meningkat imannya. Sedangkan kita pula sentiasa perlu bermujahadah untuk meningkatkan iman.

Perkataan "mujahadah" itu sendiri telah membawa makna yang mendalam. Mujahadah dalam bahasa melayunya bermaksud "saling berjuang". Perkataan ini digunakan dalam mengambarkan peri perjuangan membersihkan hati. Maksud mujahadah melambangkan apa yang berlaku, kita terpaksa berlawan dengan nafsu di dalam hati yang sememangnya suka melawan. Kalau kita alpa nafsu dan syaitan akan mengambil alih peranan iman dan akal. Begitulah lawan dan melawan yang berlaku didalam hati.

Justeru itu, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa dirinya tidak lagi perlu untuk ditarbiyyah hatta ulamak sekali pun. Sengaja penulis membawa isu ini untuk mengingatkan kita bahawa dalam jamaah para naqib dan para pempinan perlu juga mengikuti proses tarbiyyah.

Adalah amat tidak bertepatan sekali sekiranya wujud pandangan bahawa Para
pempinan dan Para Naqib adalah mereka yang sudah ditarbiyyah dan telah
habis melalui proses tarbiyyah. Tiada siapa yang boleh mengaku bahawa dia
sudah habis ditarbiyyah. Membiarkan para pimpinan dan para naqib tidak dididik kerana status mereka akan mengakibatkan hati mereka kian luntur dari iman yang pernah mekar bak bunga yang merah disanubari mereka waktu tika dulu.

Menurut Ibnu Taimiyyah, Imam Al-Ghazali sebelum wafatnya gigih mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam. Nah, seorang Hujjatul Islam "Penhujah Islam" pun masih terus berguru, mengapa pula kita menongkat langit mengatakan tidaak untuk ditarbiyyah dengan berguru.
Saturday, October 14, 2006

PostHeaderIcon Mat Rempit Oh.. Mat Rempit...Pejuang Berani Mati

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Semalam, justeru bosan dengan karenah "Mat Rempit" polis telah mengeluarkan kenyataan untuk bertindak tegas terhadap mat rempit yang dilihat makin berleluasa.
Keberkesanan operasi membanteras "mat rempit" tidak boleh dipastikan sama ada akan berjaya atau menemui kegagalan. Mereka ini "pejuang berani mati" yang sanggup mati di medan jalan raya demi nama dan keseronokan. Kalau di Palestin "Pejuang Berani Mati" yang dipelopori oleh Mujahid Islam, sanggup juga mati tapi di Jalan Allah demi mempertahankan agama dan negara.
Barangkali ada yang menyanggah, pandangan ini kerana adalah tidak sesuai untuk dianggap Mat Rempit sebagai pejuang kalau dikategorikan penyangak sesuailah. Biarlah apa yang ingin ditimbulkan, maksud sebenar penulis dengan menulis sebegini ialah untuk mengetengahkan sikap mereka yang tidak "takut mati". Membawa motor dengan risiko yang tinggi.
Sikap untuk tidak takut mati memang dituntut dalam Islam tapi sayangnya mereka telah menyalurkan perasaan berani ini ke tempat yang salah. Alangkah baik,sekiranya mereka menjadi orang yang berani untuk membuat kebaikan. Menjadi mujahid yang sanggup mati demi mempertahankan Islam.
Dengan ribuan jumlah mereka, kalau mereka sanggup berubah dari suka mati dekat jalan raya dengan mati katak kepada mati dijalan Allah dengan penuh kemuliaan pasti ketakutan musuh- musuh Islam.
Bila difikirkan kembali, alangakah sayangnya cara kematian yang berpunca dari berlumba. Sudahlah rugi didunia berdepan pula dengan kegagalan diakhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya yang mulia hanya yang mati dijalan Allah. Tiada kemuliaan disisi Allah kerana mati untuk tunjuk berani, untuk dipuji, dan untuk berbangga-bangga. Dalam hadis nabi ada menyebut:

حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وابن نمير ‏ ‏وإسحق بن إبراهيم
‏ ‏ومحمد بن العلاء ‏ ‏قال ‏ ‏إسحق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏الآخرون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو
معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏شقيق ‏ ‏عن ‏ ‏أبي موسى ‏ ‏قال ‏ سئل رسول الله ‏
‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل ‏ ‏حمية ‏ ‏ ويقاتل ‏ ‏رياء ‏
‏أي ذلك في سبيل الله فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من قاتل لتكون كلمة
الله هي العليا فهو في سبيل الله ‏ ‏
"Ditanyakan kepada Rasullah S.A.W tentang pemuda yang berjuang kerana menonjolkan keberanian, dan yang berjuang kerana semangat mempertankan(kaum sendiri) dan yang berjuang demi kebanggaan, yang manakah berjuang dijalan Allah. Berkata Rasullah S.A.W: Sesiapa yang telah berjuang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi maka dia dijalan Allah"
Hadis Sahih Muslim, Hadis ke-3525
Akhir kata, buat para "Mat Rempit" dan "Minah Rempit" marilah mati jalan Allah bukan dijalan raya atau highway.
Wednesday, October 11, 2006

PostHeaderIcon SAJAK: STRATEGI PERJUANGAN PENAKUT

Strategi Perjuangan Penakut


Ramai bilang ketidakupayaan,
Pebagai alasan kekang perjuangan,
Lidah petah menyata pendirian,
Berdiri teguh demi Islam ditegakkan
Namun diri tidak betah berkorban,

Bilangnya…
Kalau berjuang jangan terkorban,
Kalau berusaha jangan letih,
Kalau berdakwah jangan dibenci,
Takut risiko strategi perjuangan

Mana mungkin berjuang tanpa berkorban
Mana mungkin Berusaha tanpa letih,
Mana mungkin berdakwah tanpa dibenci
Si buta pun pasti mengerti

Mana tidaknya…
Sirah Nabi sudah tercatat
Perihal kisah perjuangan pengorbanan,
Perihal kisah berusaha letih,
Perihal kisah pendakwah dibenci

Takut ombak menghempas rumah,
Jangan berumah ditepi pantai,
Kiranya penakut berderau darah,
Jangan ungkap berani lagak Si Murai,

PostHeaderIcon Bila Islam Akan Gah..???

BILA BARU ISLAM AKAN GAH..?

Inilah persoalan yang bermain dibenak pemikiranku… bilakah tarikh untuk Islam akan bangkit menjadi peneraju tamadun dunia seperti waktu dulu. Apabila membaca buku Dr. Yusof Al-Qardhawi bertajuk “Islam Hadharatul Ghad” atau dalam bahasa Melayunya “Islam Tamadun akan datang” maka yakinlah aku bahawa dunia masa akan datang adalah milik Islam.

Islam adalah tamadun yang terbaik sebagai ganti tamadun keduniaan yang banyak merosakkan. Pendekatan barat yang mengabaikan soal kerohanian melalui pengangan sekularisme telah menyebabkan manusia kehilangan arah dalam memahami tujuan hidup mereka.

Tamadun barat adalah atamadun yang kosong dari nilai budi yang akhirnya merebakkan pelbagai penyakit social didalam masyarakat. Kehadiran penyakit social yang kronik adalah petanda kehancuran sesebuah tamadun sepertimana yang dinyatakan didalam buku Al-Muqaddimah karangan “Ibn Khaldun”

Justeru, Dr Yusof Al-Qardhawi menyatakan bahawa kehancuran dan kekecewaan terhadap Tamadun Barat akan menyebabkan Islam menjadi semakin relevan sebagai Tamadun yang lebih baik bagi umat manusia.

Kehadiran Tamadun Islam sebagai alternatif bukanlah menolak segala kemodenan yang dibawa oleh Tamdun Barat. Sebaliknya Islam bersifat neutral terhadap pembangunan material yang diasaskan oleh Tamadun Barat.

Apa yang ingin dibawa oleh Islam hanyalah, mengharmonikan diantara aspek pembangunan rohani dan material agar seirng. Tamadun yang ingin dibentuk ialah Tamadun yang mencapai tahap pembangunan yang tinggi disamping tunduk patuh kepada “Rabb Al-Jalil” sebagai Pencipta. Dalam erti kata lain, dalam Tamadun Islam kemodenan tidak mengalpakan manusia terhadap tuhan malah mendekatkan diri manusia kepada Tuhan.

Namun demikian, bilakah Islam akan Gah??? Adakah selepas barat jatuh baru Islam akan naik atau kita boleh naik tanpa perlu menanti kejatuhan Tamadun Barat yang tidak tahu bila bakal terjadi.

Sebenarnya Umat Islam boleh membina tamadun Islam kembali tanpa perlu mengharap kejatuhan Tamadun Barat. Mengapa perlu dinanti pada kelemahan orang lain? Apakah kita sebagai umat Islam tidak mampu untuk bangkit dengan menonjolkan kekuatan kita bukan mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain? Mengapa tidak kita berdiri diatas kaki kita sendiri?

Saban waktu kita sekadar mendoakan kehancuran tamadun barat tanpa berusaha membangunkan Tamadun Islam. Lihat sahajalah betapa umat Islam berpecah belah dalam menetapkaan isu. Dalam peperangan terhadap Iraq contohnya, Negara-negara umat Islam betelagah menentukan tindakan yang perlu diambil.

Sebenarnya, segala isu boleh ditangani dengan mudah kalau umat Islam bersatu. Seorang cendekiawan kristian berbangsa Palestin menyatakan kalau seluruh penduduk arab bersatu dan “mengaum” pasti akan takutlah musuh-musuh yang ingin mengambil kesempatan.

Akan tetapi, sayang seribu kali sayang.. kita bukan sekadar berpecah kita turut meninggalkan ajaran Islam. Banyak sekali yang kita langgar sehingga kita menjadi seperti orang yang tidak beragama.

Kesimpulannya, selagi Islam tidak dibangunkan didalam hati kita jangan dicita “Tamadun Islam Peneraju Dunia”
Tuesday, October 03, 2006

PostHeaderIcon Hakikat Hidup Cinta dan Amal 2

HAKIKAT HIDUP, CINTA DAN AMAL –BHG2


Ayat kedua dari kata-kata Imam al-Ghazali berbunyi “ Cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya’.

Itulah hakikat cinta didunia ini. Segala perkara yang kita cintai dari ibubapa, isteri,kekasih, anak-anak serta harta segalanya akan meninggalkan kita apabila jasad dikebumikan jauh 7 kaki dibawah bumi.

Cinta kepada segala isi dunia adalah suatu ujian kepada kita agar tidak membelakangkan cinta kita kepada Allah dan rasulnya yang merupakan cinta yang paling unggul.

Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita harus menafikan perasaan cinta kepada dunia. Mana mungkin kita menafikan rasa cinta sesame insan misalnya sedangkan bukankah Nabi junjungan kita pernah bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya”

Malah didalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa pada hubungan suami isteri itu dikurniakan perasaan “mawaddah wa rahmah”. Jelas di sini sekiranya kita dilarang mencintai dunia maka apa perlunya arahan Nabi Muhammad S.A.W dan apa pula perlunya Allah membenarkan perasaan kasih dan sayang dalam hubungan suami isteri.

Sebenarnya kehendak dari kata-kata Imam Al-Ghazali ialah kita boleh mencintai apa sahaj tapi perlu beringat bahawa cinta kita kepada Allah dan Rasul perlu mengatasi cinta kepada dunia. Kalau ditakdirkan kita perlu memilih antara dua cinta maka pilihlah Cinta kepada Allah kerana itulah yang hakiki.

Seterusnya didalam rangkap kata Imam Al-Ghazali yang ketiga berbunyi “buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu” mengingatkan kita bahawa setiap perbuatan pasti dihitung walau sebesar zarah.

Setiap perbuatan kita samaada secara terang atau secara sembunyi-sembunyi pasti akan dihitung kerana Allah Maha Mengetahui. Kadang-kadang manusia sering menganggap ringan dosa kecil yang mereka lakukan sesetengah dari mereka pula menganggap biasa apabila melakukan dosa besar. Mereka lupa bahwa Allah pasti menghitung setiap perbuatan mereka, pada perkiraan mereka amal baik mereka telah lebih banyak dan pada perkiraan mereka taubat itu mudah digapai.

Alangkah dangkalnya pemikiran seperti ini, mereka berangan masuk syurga Allah tanpa melalui jalan mujahadah yang dilalui oleh para solihin. Tepuk dada tanya iman adakah kita tergolong dari golongan Solihin. Dalam satu hadis yang dinyatakan oleh Imam Hadad didalam bukunya ada menyebut 4 petanda kerosakan hati. Antaranya ialah panjang angan-angan tanpa amal dan usaha.

Akhir kata, tulisan ini sebenarnya daku tulis untuk mendidik diri ini kerana yang paling memahami apa yang ditulis sepastinya penulis sendiri. Semoga Allah ampun dosa daku dan kawan-kawan. Selamat Berjuang