Wednesday, December 19, 2007

PostHeaderIcon Jemputan Buat Semua Rakan-Rakan


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Assalammualaikum sahabat-sahabat.. lama rasanya saya sudag tidak menulis kerana sibuk berkursus dan berkahwin.


Buat pengetahuan sahabat-sahabat saya telah selamat menunaikan salah satu tuntutan Islam iaitu berkahwin pada 1/12/2007 yang lepas dengan "Nurul Hana bt Mohamed Khairi"


Namun begitu, masih belum terlambat untuk saya menjemput sahabat-sahabat ke majlis perkahwinan saya di SMKA Azlan Shah Seri Iskandar,32600 Bota, Perak.


Kepada semua sahabat-sahabat yang saya gagal hubungi... saya pohon kemaafan dan mengalukan sahabat-sahabat sekalian datang ke majlis walimah saya pada 23/12/2007 bersamaan dengan hari Ahad
Saturday, November 10, 2007

PostHeaderIcon Cintakah Kita Pada Nabi Muhammad S.A.W?

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

What Will You Do???

PostHeaderIcon Bila Ada Ego Dalam Diri




Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi




Sukarnya bagi kita menundukkan ego dalam diri kerana sukarnya merasakan diri kita hina. "Helah Bela Diri" kita cukup teguh untuk ditundukkan agar merasakan diri kita ini hanyalah dari tanah yang hina.




Bila baru sahaja kita menggenggam sebuah kejayaan (dalam apa bentuk apa pun) self esteem kita pun meningkat. Namun saya tertanya.. Mengapa kejayaan itu tidak meningkatkan keimanan kita bahkan tidak pula menjadikan kita bersyukur.




Saya kira, jawapannya terletak pada "view" kita tentang kejayaan itu sendiri. Sesetengah dari kita merasakan bahawa kejayaan itu dari usahanya yang bersungguh. Adapun yang lain merasakan ini adalah rahmat dari Allah.




2 pandangan melahirkan 2 perasaan yang berbeza. 2 perasaan yang berbeza akan dihisab.. satu dihumbankan kedalam neraka yang satu lagi menghuni syurga. Agaknya apakah pandangan kita tentang kehidupan ini? Selamanyakah kita hidup?




Ya Allah, terasa gerun jiwa ini bila mengerti bahawa dunia ini sekadar hiasan.. Sungguh tidak layak bagiku untuk berbangga walau sebesar zarah pun atas apa yang sebenarnya dari Qudrat dan IradatMU... Moga Allah jadikan diriku hambanya yang soleh..




Moga seluruh muslimin baik yang dibawah, yang ditengah mahupun yang diatas menyedari hakikat dunia yang fana...




Wallahualam








Thursday, October 18, 2007

PostHeaderIcon Sufi Salafi Dalam Cerita

Gambar Hiasan

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi



Saya tertarik dengan apa yang diketengahkan oleh Lutfi Mustafa El-Batnani didalam bukunya "Peranan Sufi dalam Gerakan". Beliau telah menengahkan perihal ahli Sufi yang begitu tegas mengikut jalan Salafus Soleh. Barangkali cerita beliau adalah sesuatu yang boleh membantu para sahabat inpirasi blog ini.



Di dalam buku tersebut, diceritakan bahawa seorang ulamak Sufi bernama Abu Yazid Al-Bustami pernah mengajak para sahabatnya untuk menziarahi seorang ahli Sufi yang mengaku sebagai wali. Sememangnya tokoh tersebut cukup dikenali dan diziarahi oleh ramai orang.



Sebaik Junaid, menemui tokoh tersebut, beliau amat kecewa apabila tokoh tersebut yang ketika itu baru masuk masjid meludah kearah qiblat. Lantas beliau mengajak sahabat-sahabatnya pulang. Baginya kalau tokoh tersebut tidak dapat memelihara adab seperti yang diajarkan oleh Rasullah S.A.W. masakan dia mampu memelihara diri menjadi wali seperti yang didakwa oleh tokoh tersebut.



Pandangan yang jelas bahawa tasauf perlu berpaksi pada Al-Quran dan As Sunnah adalah amat penting. Inilah pemikiran yang akan menyelamatkan kita dari terjebak kedalam kesesatan, biaa'h dan ta'sub kepada sheikh...



Wallahua'lam
Wednesday, October 17, 2007

PostHeaderIcon Siapa Bedeah... dan Siapa Bida'h? Zikir Selepas Solat


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi





PASAL ZIKIR SELEPAS SOLAT


Selamat hari raya kepada semua rakan yang mengenali saya, jemputlah datang rumah menjamu selera di Ipoh.

To all friends out there, I warmly welcome you guys to my house at Ipoh. Hopefully you guys still remember my handphone number...

Saja bercakap bahasa Inggeris dah lama tak menulis dalam bahasa Inggeris sejak meninggalkan UIA. Baiklah berhubung tajuk yang saya kemukakan sebenarnya hadir setelah saya membaca sebuah buku yang bertajuk "Wirid Selepas Sembahyang"

Buku ini sebenarnya adalah satu usaha yang murni untuk mengembalikan umat Islam Malaysia agar berwirid dengan cara yang diajarkan oleh Rasullah S.A.W dan menjauhi bidaah yang merosakkan.

Namun ada beberapa perkara yang saya bersetuju dan ada juga yang saya tidak setuju. Buat pengetahuan pembaca sekalian, buku ini telah mengenengahkan bahawa "boleh" membaca zikir selepas sembahyang secara kuat. Ulamak yang berpegang pada pandangan ini menurut beliau antaranya ialah Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyyah.

Anehnya penulis ini tidak membuat kajian yang cukup berhubung kebenaran pandangan-pandangan ulamak-ulamak diatas dan beliau sekadar menulis "kemungkinan " yang bermaksud kemungkinan besar ulamak tersebut berpegang kepada bolehnya membaca secara kuat.

Yang lebih memusykilkan saya ialah syarat-syarat membaca secara kuat yang diutarakan beliau. Beliau mensyaratkan boleh membaca kuat tetapi tidak boleh bacaan tersebut serentak dengan bacaan imam.
Sahabat-sahabat bayangkanlah suasana yang gamat apabila tiada keseragaman dalam membaca zikir dalam masjid. Masing-masing baca kuat pulak tu..

Sudah tentu ini tidak menepati pandangan ulamak yang mengharuskan membaca zikir secara kuat untuk mengajar. Apakah pengajaran yang boleh ditimba dengan bacaan demikian. (Menurut Dr. Wahbah Zuhaili dalam bukunya Fiqh Islami wa adilatahu, membaca zikir secara kuat dengan tujuan mengajar adalah harus)

Akan tetapi saya amat menghargai pandangan beliau bahawa berzikir selepas solat adalah amat dituntut. Malah beliau menganggap bahawa siapa yang meninggalkan zikir selepas solat telah melakukan bida'h kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak meninggalkan zikir selepas solat. Antara hadis yang beliau petik ialah hadis Muslim berbunyi:

"Adalah Nabi jika selesai bersolat subuh akan duduk ditempat solatnya(berzikir) sehingga terbit matahari"

Begitulah tegasnya beliau menganggap mereka yang tak berzikir selepas solat adalah pembuat bida'h. Namun bagi saya, mungkin keterlaluan dikatakan pembuat bida'h kerana mereka yang membuat bida'h adalah berdosa sedangakan meninggalkan zikir yang hukumnya sunat tidak sampai menjadi dosa.

Saya lebih suka menyifatkan mereka yang tidak berzikir sebagai seorang yang BEDE-AH( Bahasa Perak yang merujuk kepada individu yang punya masalah sikap). Moga-moga Allah berikan kekuatan kepada saya dan sahabat sekalian untuk berzikir selepas solat.

Wallahualam.....
Thursday, October 11, 2007

PostHeaderIcon Selamat Menyambut Hari Raya Dengan Tamar


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua rakan-rakan. Moga Ramadhan yang lepas telah berjaya kita harungi dengan jayanya. Hari raya yang bakal menjelma ini harapnya kita tidak menyambutnya secara berlebih-lebihan sehingga menghilangkan ibadat kita di hari raya. Sesungguhnya hari raya fitrah merupakan sebahagian dari ibadah khusus umat Islam.

Disini saya datangkan satu athar sahabat yang dipetik dari Al-Muwatta' Imam Malik yang patut kita amalkan dihari raya nanti.


حدثني ‏ ‏يحيى ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏هشام بن عروة ‏ ‏عن ‏ ‏أبيه ‏ أنه كان ‏ ‏يأكل يوم عيد الفطر قبل أن ‏ ‏يغدو


"memberitahu saya Yahya daripada Malik daripda Hisham bin Urwah daripada bapanya bahawa dia telah makan dihari raya fitrah sebelum berpegian"


Menurut huraian athar ini, adalah menjadi sunnah untuk makan terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat sembahyang untuk menunaikan sembahyang aidilfitri. Sepertimana yang diriwayatkan dari أنسكان bahawa Rasullah S.A.W tidak pergi menunaikan solat aidilfitri selagi tidak makan buah tamar.


Dinyatakan juga bahawa adalah amat disukai sekiranya kita makan tamar terlebih dahulu kiranya kita ada tamar bagi menurut perlakuan nabi yang dinyata oleh Anas R.a bahawa telah makan tamar dengan jumlah bilangan yang (witir) ganjil sebelum menunaikan solat.


Sahabat-sahabat berdasarkan hujah ini, memakan buah tamar bukan sahaja digalakkan ketika berbuka puasa, juga digalakkan diwaktu hari raya. Ok, selamat hari raya , maaf zahir dan bathin
Saturday, September 22, 2007

PostHeaderIcon Khusyuk Bukan Bermaksud Konsentrasi?


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Telah sekian lama kita memahami bahawa solat yang khusyuk ialah solat dimana kita menumpukan konsentrasi. Didalam solat, kita perlu menumpukan perhatian terhadap hukum sah batalnya, juga bacaannya yang perlu dijaga agar betul tajwidnya dan makhrajnya serta perlu diperhatikan juga rakaatnya agar tidak kurang atau tidak lebih. Fikiran kita tidak boleh menerawang memikirkan perkara lain. Namun persoalannya walau sudah habis kita cuba, minda kita tetap menerawang memikirkan perkara yang lain. Mengapa? Adakah solat khusyuk ini satu utopia? Atau hanya para nabi dan wali kah yang dapat sembahyang khusyuk?


Hukum sembahyang khusyuk menurut Imam Al-Ghazali adalah wajib kerana beliau berpendapat kalau puasa secara luaran tanpa dituruti oleh batin maka puasanya hanyalah sia-sia. Maka bagi sembahyang juga ada ujiannya, menjaga hukum solat tanpa menjaga batinnya iaitu khusyuk maka solatnya juga turut sia-sia.


Persoalan-persoalan ini dijawab oleh Abu Sangkan dari jamaah dzikrullah dari Indonesia didalam bukunya. Saya kagum membaca buku beliau ini, kerana sebelum sememangnya saya sudah cuba membaca Ihya' Ulumuddin untuk mencari kaedah mendapatkan khusyuk dan ternyata sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan cara yang dianjurkan oleh Imam Al-Ghazali yang akan saya nyatakan kemudian.


Buku " Pelatihan Solat Khusyuk, Solat Sebagai Meditasi Tertinggi " yang dikarang oleh Abu Sangkan menunjukkan terus cara praktikal untuk mendapatkan solat khusyuk . Berbanding buku-buku lain yang ada dipasaran yang mengulas tentang solat khusyuk, para penulis sekadar menyatakan ciri-ciri solat khusyuk tapi gagal mengulas dari aspek santifik dan praktikalnya.


Abu Sangkan, telah memberikan saya perspektif baru bahawa solat khusyuk itu sebenarnya mudah dan boleh kita perolehi tapi kena betul caranya. Pertama didalam buku ini beliau telah berusaha membetulkan fikiran kita yang telah teracun oleh budaya bahawa solat itu kewajipan yang membebankan sedangkan solat yang diwajibkan itu perlu dilihat sebagai satu kebaikan dan tempat kita mendapatkan pertolongan. Seringkali kita rasa senang setelah habis menyelesaikan solat fardhu seolah-olah ia memberatkan sedangkan kalau kita dapat merasakan bahawa solat keperluan kita dan disinilah kita dapat berhubung secara terus dengan Allah, memohon bantuannya, keampunannya dan tempat kita dapat merehatkan fikiran kita dari dunia yang meletihkan pasti solat menjadi waktu yang sentiasa kita nantikan.


Kedua beliau, cukup menekankan soal niat seperti yang turut ditekankan oleh Imam Al-Ghazali kerana inilah kuncinya. Bila kita kita berniat bahawa solat ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah dengan sebenar-benarnya pasti kita dapat mendatangkan kekhusyukan. Niat yang sering kita lafaz bagai telah menjadi adat dan tidak kita hayati betul-betul kerana itu sulit kita mendapat khusyuk.


Ketiga, beliau menyanggah bahawa khusyuk ialah konsentrasi terhadap sembahyang seperti yang saya kemukakan diawal bicara tadi. Kerana konsentrasasi seperti itu sebenarnya hanya mengaktifkan otak kiri kita dan menyebabkan otak kanan kita tidak dikawal dan sering berimaginasi sesuatu yang lain luar dari sembahyang.


Sebenarnya tugas otak kiri ialah logik, kita berfikir, mengira dan menganalisa menggunakan otak kiri. Sedangkan otak kanan tugasnya ialah abstrak, kita berimaginasi, berangan dan mencipta sesuatu yang kreatif menggunakan otak kanan. Sewaktu saya bersama dengan Dr Asmadi bin Tengku Mohammad di Motivasi Alihan Pelajar(MAP), antara perkara yang saya dapat ialah keperluan untuk mengaktifkan kedua-dua otak ini agar kita dapat memberikan tumpuan terhadap ulangkaji pelajaran. Kalau dalam belajar caranya ialah fakta digabungkan dengan seni yang berbentuk abstrak contohnya dalam bentuk "peta minda" agar kita dapat menggunakan keseluruhan minda kita. Mengikut kajian pelajar yang sekadar menggunakan otak kiri didalam belajar sering hilang tumpuan kerana otak kanannya menerawang.


Begitulah dalam solat, kita menggunakan otak kiri utuk menjaga bacaan, rakaat, menganalisa samada diri kita melakukan dengan betul rukun-rukun solat sebab inilah yang kita anggap khusyuk yang akhir menyebabkan otak kanan yang tidak digunakan menerawang. Sepatutnya otak kanan perlu digunakan untuk merasakan kehadiran Allah seolah-olah kita melihat Allah atau Allah melihat kita. Perkara ini ada dinyatakan didalam "hadis jibril " yang terkenal. Apabila Jibril telah datang kepada Nabi Muhammad S.A.W bertanyakan erti Islam, Iman dan Ihsan.

Hanya dengan cara mengaktifkan kedua-dua minda maka kekhusyukan akan dapat dirasai.


Banyak lagi sebenarnya yang dinyatakan oleh Abu Sangkan, seelok-eloknya sahabat mendapat bukunya. Selamat berpuasa.... ok, mai kita struggle dengan menghidupkan ramadhan kalai ini dengan sembahyang berkualiti. Wallahualam...
para sahabat kalau ada pandangan lain sila nyatakan ya..





Saturday, September 08, 2007

PostHeaderIcon Apakah taraf Al-Quran?


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Hari ini saya terbaca dalam akhbar berhubung Erra Fazira seorang artis Malaysia yang ingin berkahwin. Namun yang menarik perhatian saya ialah Erra sekadar menetapkan mas kahwinnya hanya sebuah Al-Quran.


Bukan niat saya memperkecilkan niat murni artis ini, akan tetapi apakah nilai Al-Quran hanya sekadar nilai sebuah hadiah. Harapan saya agar Erra Fazira benar-benar melihat kepada Al-Quran dalam konteks ingin mengamalkannya . Biarlah mas kahwin yang kali ini berguna untuk dunia dan akhirat.


Wallahualam...
Wednesday, September 05, 2007

PostHeaderIcon Menyelami Erti Falsafah Kemerdekaan Sebenar


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Oleh: Mohd Nabil Majdi bin Arip


Ribuan manusia memenuhi dataran KLCC untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos sermpena hari Merdeka. Tahun 2004, saya bersama beberapa orang sahabat dibawah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bertugas menyampaikan risalah dakwah ditengah-tengah hiruk pikuk sambutan Merdeka.

Sebaik keluar dari bangunan KLCC, kedengaran jelas suara seorang artis "rock" tanah air menjerit membangkitkan semangat kemerdekaan dikalangan muda-mudi disitu. "Biar kita buktikan bahawa kita orang muda pun tahu apa erti merdeka!" begitulah laungan artis tersebut yang disambut oleh sorakan sepenuh tenaga dari para penonton tanda mereka bersetuju. Lalu lagu dan muzik yang dihiasi oleh getaran bunyi gitar elektrik dan ketukan dram dibunyikan meraikan merdeka yang mereka faham.

Persoalannya apakah erti atau falsafah kemerdekaan yang difahami oleh muda-mudi zaman sekarang. Apakah hari kemerdekaan yang mereka sambut tidak lebih dari berseronok mendengar nyanyian artis terkenal sambil menyaksikan letupan bunga api berwarna warni menghiasi langit malam.

Apakah hari kemerdekaan sekadar dihayati sebagai hari kebangsaan yang tidak lebih dari hari pelepasan am seluruh warga Malaysia yang bekerja. Hari kebebasan dari bebanan kerja yang menyusahkan. Hari untuk berseronok dengan rakan-rakan atau dalam erti kata lain hari yang menghalalkan untuk mereka melakukan apa sahaja

Membicarakan persoalan falsafah kemerdekaan biarlah difahami dahulu makna perkataan falsafah yang telah wujud sejak 2000 tahun dahulu dalam era kegemilangan Yunani. Menurut Dr Hamka didalam bukunya "Falsafah Hidup". Falsafah berasal dari dua suku kata iaitu "pilos" dan "sofos". "Pilos" membawa erti penggemar manakala "sofos" membawa makna hikmah. Oleh itu apabila kita membicarakan soal falsafah kemerdekaan maka sebenarnya kita membicarakan hikmah atau pemahaman sebenar disebalik kemerdekaan yang kita sambut saban tahun.

Dalam ucapan Tunku Abdul Rahman sempena Ucapan perasmian persidangan agung umno Malaya yang diadakan di di Melaka pada 4 dan 5 April 1953
yang dihimpunkan didalam buku “Bumi dipijak Orang” jelas menyatakan falsafah kemerdekaan yang dicitakan oleh generasi terdahulu. Dalam ucapannya beliau menyebut:

“Didalam sedikit masa ini orang-orang melayu telah sedar bahawa nasib bangsanya itu semakin hari semakin buruk. Dan rod didalam badan kita telah memohon kepada Allah SWT dan Allah SWT pun kabulkan doa kita itu dengan menggerakkan hati kita bagi menuntut dan mencapaikan kemerdekaan dengan segera. Kita yakin merdeka inilah sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa kita”.

Berdasarkan ucapan bernas bapa kemerdekaan Malaysia ini, kemerdekaan sebenarnya ialah mekanisme untuk mengangkat martabat bangsa. Mencapai kemerdekaan bukanlah objektif terakhir akan tetapi batu loncatan untuk cita-cita yang lebih besar iaitu untuk mengeluarkan masyarakat dari kemunduran dan kehinaan.

Oleh itu, tugas generasi masa kini hakikatnya masih belum berakhir dengan sekadar berseronok menyambut hari merdeka. Sepatutnya tanggal 31 Ogos yang kita sambut setiap tahun merupakan tarikh peringatan kepada kita untuk memperbaharui tekad bagi menyambung usaha pejuang-pejuang terdahulu yang ingin mengangkat martabat umat. Permasalahannya adakah muda-mudi berasa bertanggungjawab untuk berjuang demi Negara, bangsa dan agama bila hari merdeka menjelma.

Selain itu, kemerdekaan menurut "wikipedia" sebuah laman web ensiklopedia yang sarat dengan maklumat ialah pembebasan dari penjajahan. Sambutan besar-besaran diadakan setiap tahun meraikan pengunduran "Union Jack" dari tanah melayu dan sebagai melahirkan rasa patriorisme yang benci kepada sebarang bentuk penjajahan.

Namun sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lambang kebebasan bertukar menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia masih dijajah. Kalau dahulu umat melayu dijajah dalam bentuk fizikal, hari ini mereka dijajah dalam bentuk pemikiran.

Budaya penjajah dicedok bulat-bulat tanpa ada batasan. Lihat sahaja budaya liar "punk" dan "metal" yang turut mewarnai remaja-remaja yang menyambut hari kemerdekaan. Menurut Tun Dr. Mahathir didalam ucapannya yang dirakam didalam "Encyclopedia of Dr. Mahathir bin Mohammad". Beliau berpandangan bahawa meniru budaya lain bukanlah semestinya salah namun yang menjadi problema kepada kita ialah apabila kita meniru membuta tuli tanpa membezakan antara yang baik dan salah.

Dalam ucapan yang sinis Tun Dr. Mahathir menggambarkan fenomena yang berlaku dikalangan orang Melayu.

"What the West does today, the east will do tomorrow and the Malays the day after. If the West stops doing it, the East will follow suit tomorrow and the Malays are likely to do the thereafter"

Apa yang dilakukan oleh barat hari ini akan dilakukan oleh penduduk timur keesokannya dan melayu pula akan menyusul hari berikutnya. Bilamana barat berhenti mengamalkannya maka penduduk timur turut berhenti dan melayu seperti selalunya akan mengikut selepas itu.

Ucapan beliau mengingatkan kita bahawa mengapa kita perlu jadi Pak Turut sedangkan kita mampu menilai. Biarlah kemerdekaan mengingatkan kita akan jati diri kita yang sebenar sebagai anak Malaysia yang punya acuan hidup tersendiri . Usahlah kita menjadi "Barat jadian" hasil dari jati diri ikut-ikutan.

Kedatangan hari kemerdekaan juga perlu mengingatkan kita bahawa kebebasan yang dikecapi perlu dipertahankan dengan memperkukuhkan diri kita agar dapat menyumbang kearah keharmonian Malaysia.

Mengecapi merdeka bukan bererti kita tidak akan dijajah lagi. Negara kita mungkin saja dijajah dalam bentuk yang pelbagai. Tanpa menyedari hakikat bahawa ancaman terhadap kemerdekaan yang kita kecapi sekarang sentiasa wujud, maka kita akan sentiasa leka tanpa merasa keperluan untuk membangunkan modal insan.

Amat malang sekali kerana generasi hari ini sekadar merenung sejarah hitam penjajahan dari sudut nostalgia silam yang sudah lepas. Sejarah dianggap sebagai bahan cerita lepas yang menarik untuk diketahui. Mereka sekadar memandang sejarah dari sudut penceritaan tetapi lupa bahawa sejarah ialah realiti hidup lepas yang boleh berulang. Sejarah sentiasa akan berulang kembali bagai roda yang berputar, cuma yang mebezakannya ialah watak-watak lakonan dalam sejarah tersebut.

Menurut sarjana Islam Ibnu Khaldun didalam “Muqaddimah” , sejarah bukanlah sekadar peristiwa lepas yang tiada dengan kita yang hidup hari ini namun adalah perkara yang perlu dipelajari kerana sejarah sentiasa berulang. Justeru itu, al-quran itu sendiri sarat dengan kisah-kisah sejarah umat sepanjang zaman sebagai pengajaran kepada manusia hari ini. Sesungguhnya mereka yang memahami peristiwa silam adalah mereka yang memahami masa hadapan.

Oleh itu, kemerdekaan yang hadir perlu diambil sebagai iktibar untuk membangunkan jati diri “insan kamil” atau manusia yang lengkap serba serbi sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman. “Insan kamil” yang dimaksudkan disini ialah manusia yang teguh agamanya dan dalam masa yang sama tinggi produktivitinya untuk kebaikan umat. Pendek kata kehebatan dunia dan akhirat bersatu dalam dirinya.

Kemerdekaan juga perlu dipisahkan dari makna kebebasan tanpa batasan kerana maksud dari mencapai merdeka itu sendiri ialah untuk memelihara hak semua individu didalam masyarakat.

Kebebasan harus tidak sampai membebankan atau menjadi perosak kepada institusi masyarakat. Kebebasan individu untuk buat apa sahaja atas nama "hak kemanusiaan" adalah salah. Kepentingan masyarakat perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi yang sempit.

Islam sebagai agama yang memelihara hak-hak setiap individu manusia telah lama menekankan didalam "Qawaid Fiqhiyyah" atau dasar-dasar penentuan hukum bahawa "hak jamaah(umat) perlu didahulukan berbanding hak peribadi". Perkara ini begitu jelas dibentang oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi didalam bukunya "Fiqh awliyat" atau feqah keutamaan.

Di dalam buku tersebut beliau menegaskan bahawa apabila terjadi perselisihan diantara kepentingan peribadi dan orang ramai, maka kepentingan umum perlulah terlebih dahulu dipelihara.

Sebagai contoh beliau memetik pandangan Imam Al-Ghazali berhubung sekiranya terjadi peperangan yang dahsyat dan keperluan untuk berperang telah menjadi fardu ain maka wajib bagi setiap individu mendahulukan kepentingan agama, Negara dan masyarakat untuk pergi berperang.

Malangnya setelah 50 tahun merdeka ,hasrat mencapai kemerdekaan untuk menjaga kelangsungan masyarakat kian pudar. Sikap individualisme telah mengambil alih tafsiran kemerdekaan hari ini. Hak individu telah diagungkan melebihi hak umum.

Contohnya apa yang dinyatakan Tun Dr. Mahathir di bawah tajuk "A system values and the malays" didalam ensiklopedia biodata beliau yang mengakui kewujudan masyarakat melayu yang menerima budaya barat yang mengamal seks diluar nikah dengan tinggal bersedudukan lelaki dan perempuan. Sikap mereka yang melampau bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat.

Sikap mengagungkan hak kebebasan diri ini jelas terpamer pada segelintir remaja dikala malam ambang merdeka. Tanpa menghiraukan sentiviti masyarakat, muda-mudi Melayu Islam hasil tinjaun saya pada perayaan merdeka yang lepas, mereka sanggup berpelukan dikhalayak ramai, minum arak secara terbuka dan ada pula yang tanpa segan silu memperagakan tubuh badan dengan pakaian menjolok mata dihadapan umum.

Sebenarnya menurut Dr. Kamar Oniah seorang pensyarah di UIA, masyarakat Malaysia kini menuju kearah masyarakat "non-conscience" atau masyarakat yang tidak mampu membedakan yang mana baik dan yang mana buruk. Kepentingan keseronokan peribadi seringkali menjadi dalil menghalalkan tingkah laku buruk mereka. Lebih menyedihkan sikap sesetengah golongan pemuda pemuja budaya "hedonisme" telah mengambil peluang kehadiran kemerdekaan sebagai kebebasan tanpa batasan.

Selain itu, falsafah kemerdekaan juga mengajak kita untuk bersatu atas nama bangsa Malaysia. Sikap prejudis antara sesama bangsa perlu diketepikan dan sebaliknya sikap tolenrasi dan saling memahami perlu disuburkan.
Dasar "divide and rule" yang diamalkan oleh British pada zaman penjajahan telah melahirkan masyarakat saling berprasangka buruk. Justeru itu, sewaktu Malaya ingin menuju kemerdekaan terdapat mereka yang masih ingin berada dibawah pemerintahan British.

Antara faktor yang menyebabkan mereka kurang bersetuju dengan seruan Tunku Abdul Rahman untuk merdeka ialah kerisauan mereka berhubung status kaum Cina yang bakal menjadi warga Negara Malaya dengan hak-hak yang terpelihara.

Namun Tunku Abdul Rahman pantas menyanggah pandangan seumpama ini sambil menegaskan bahawa kemerdekaan yang dicapai tanpa memberikan hak yang sewajarnya bakal mencetuskan huru-hara lalu menghancurkan matlamat kemerdekaan itu sendiri. Bagi beliau keamanan yang ingin dicapai bukan sekadar keamanan sementara akan tetapi keamanan sehingga akhir zaman.

Perkara ini jelas dinyatakan didalam ucapan bapa kemerdekaan Malaysia.

“Merdeka yang kita tuntut ialah merdeka yang membawa kesenangan bukan sahaja pada masa ini malahan sehingga keakhir zaman”

Kita perlu menyedari untuk mengekalkan keharmonian yang kita capai hasil daripada kemerdekaan, kita perlu bersatu tanpa menghiraukan perbezaan diantara kita. Lihat sahaja contoh agung Nabi Muhammad S.A.W yang amat memahami bahawa kesatuan adalah kunci memelihara keharmonian dan kedaulatan Negara.

Menurut pengarang buku "Sejarah Islam Abad Pertama" Mohd Mokhtar Shafie , Rasullah S.A.W telah menyatukan penduduk madinah yang terdiri dari pelbagai puak dan kaum melalui piagam madinah. Baginda juga telah memperkenalkan perkataan "umat" buat kali pertama digunakan didalam lapangan politik yang merujuk semua warga madinah samaada kaum muhajirin, ansar atau pun yahudi.

Begitulah pentingnya perpaduan yang dapat menjaga keharmonian Negara agar kemerdekaan yang dicapai tidak luput dari tangan kita. Bak kata pepatah " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Biarlah kedatangan hari Merdeka yang baru ini menjadi titik tolak untuk kita benar-benar memahami falsafah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Pengorbanan dan jerit perih mereka untuk perlu dihargai dengan cara yang paling bermakna dan kemerdekaan pula disyukuri dengan kita terus berjuang mempertahankan kemerdekaan ini.
Thursday, August 30, 2007

PostHeaderIcon Taraf zikir harian



Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Assalammualaikum..

Sahabat-sahabat terima kasih kerana bertanyakan taraf hadis tersebut...

Sebenarnya tiada dinyatakan didalam A'un Ma'bud taraf hadis tersebut, namun bacaan zikir yang dinyatakan adalah sahih dan turut diriwayatkan didalam hadis muslim dan attirmizi..

Disini saya nyatakan apa yang terkandung dalam attimizi.. yang menghukum hadis ini hasan gharib. Maksudnya hadis ini adalah hadis sahih bertaraf hasan.. digalakkan untuk mengamalkannya. Gharib pula merujuk kepada sanad hadis yang tunggal. Bermasud hadis ini tidak diriwayatkan dari sanad yang berbeza.


حدثنا ‏ ‏ محمد بن رافع ‏ ‏حدثنا ‏ ‏مؤمل ‏ ‏عن ‏ ‏ حماد بن سلمة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الزبير ‏ ‏عن ‏ ‏جابر ‏ عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة ‏ قال ‏ ‏أبو عيسى ‏ ‏هذا ‏ ‏حديث حسن غريب


Waallahualam...

ok sambung kemudian.. tak sempat nak hurai lagi... ade keja sikit
Friday, August 10, 2007

PostHeaderIcon Zikir Harian Dari Hadis




Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi




Assalammualaikum,




Kepada sahabat-sahabat telah tiba bagi kita mengamalkan zikir-zikir yang telah dibaca oleh nabi junjungan kita. Sebenarnya banyak zikir-zikir yang terkandung dalam buku hadis namun sering diabaikan. Lebih mengecewakan kita sibuk pula mencari zikir-zikir yang lain yang tiada asasnya dari Nabi Muhammad S.A.W.




Perkara ini kadang-kadang amat merisaukan saya, kerana 2 perkara. Yang pertama, sememangnya termaktub dalam Qaidah Fiqhiyah (Al-Aslu fil I'badah haramun)




Maksudnya, asal ibadah itu haram kecuali datang wahyu yang menyuruh kita melaksanakannya. Dalam erti kata lain kita tidak boleh memandai-mandai untuk menambah-nambah dalam perihal ibadah.




Sebab kedua yang mengukuhkan lagi sebab mengapa kita tidak perlu mengamalkan zikir-zikir yang tiada asasnya adalah kerana tiada janji Allah tentang pahala yang bakal diterima.




Zikir-zikir yang terkandung dalam hadis, sebahagiannya dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri fadhilat yang bakal diterima. Setiap zikir dengan lafaz yang pelbagai ada ganjaran tertentu yang dijanjikan. Seolah-olah membayangkan kepada kita bahawa lafaz zikir yang betul amat dititik beratkan.




Baiklah, disini saya ingin memetik hadis yang termaktub didalam kitab hadis Abu Daud dalam bab adab. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Menurut penafsiran "Aun Ma'bud" berdasar hadis Nabi Muhammad S.A.W, sesiapa yang membaca zikir tersebut 100 kali pagi dan petang maka dihari akhirat nanti dia akan menjadi orang yang mulia berbanding yang lain kecuali ada yang baca sama banyak dengannya atau lebih. Zikir tersebut berbunyi:






سبحان الله العظيم وبحمده





Inilah, serba sikit ilmu yang dapat dikongsikan. InsyaAllah nanti kita bincang lagi....
Friday, July 13, 2007

PostHeaderIcon Berapa Lama Telah Kita Biarkan Umat?


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Persoalan ini benar-benar mengetuk hati saya bilamana seorang sahabat berasa amat bersalah terhadap dirinya yang alpa dari memikirkan umat. Kesibukan kerjaya yang menghambat menyebabkan kita lupa ada tanggungjawab dakwah yang perlu dipenuhi. Bahkan kita juga semakin lokek untuk mengeluarkan sedikit dari perbendaharaan gaji kita untuk disumbangkan kepada perjuangan Islam kerana tidak cukup duit.


Barangkali, apa yang berlaku kepada sahabat ini bukanlah sekadar berlaku kepada dirinya tetapi turut dirasai oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang dahulunya begitu aktif terlibat didalam aktiviti dakwah sewaktu dialam kampus namun "mandom" bila masuk kealam pekerjaan.


Apakah akhirnya kita menjadi mereka yang dahulu kita kecewa dengan sikap mereka yang tidak ambil peduli terhadap umat. Dimanakah laungan Al-Quran yang biasa kita lafaz dan kita pegang seerat-eratnya . Mafhum firman Allah " Jadilah kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan"


Apakah tidak kita nampak umat yang kian parah? Mengapa kita biarkan mereka? Mengapa kita malas? Mengapa kita tunggu berteman baru nak berdakwah? Mengapa kita perkecilkan usaha dakwah yang dahulu pernah kita junjung sebagai mulia?


Pernahkah kita persoalkan diri " Apakah sumbangan untuk umat Islam yang besar yang pernah aku lakukan?" Bila soalan ini ditanyakan pada diri kita barulah tersentak jiwa mengingatkan betapa kerdilnya kita untuk mendapatkan balasan syurga diakhirat kelak....


Kita memilih hidup untuk diri kita, dan kita sengaja memilih untuk tidak fikir pasal umat sedangkan berdakwah itu wajib dan merupakan sebahagian daripada ibadat yang dapat kita persembahkan kepada Allah diakhirat kelak. Fikir-fikirkanlah....


Tuesday, July 10, 2007

PostHeaderIcon Baca Merdeka Tulis Merdeka


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sambil-sambil hadir mesyuarat di PPD saya ambil masa untuk menulis, sudah lama tidak menulis. Rasa macam beku pula minda bila tidak diluahkan buah fikiran dek kerana dah terbiasa rasanya meluahkan apa yang dibaca dan apa yang difikir.

Baru-baru ini saya sibuk melihat kembali kepada buku-buku berkaitan makna "kemerdekaan". Perkataan ini biasa berkumandang ditelinga kita namun apa pula maksudnya. Ada yang mentakrifkan kemeredekaan sebagai kebebasan. Justeru itu, malam diambang kemerdekaan disambut dengan segala macam sikap yang melambangkan kebebasan pada pandangan mereka.

Merujuk kepada penubuhan Yathrib sebagai negara Islam yang pertama yang dikenali sebagai Madinah. Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan kemerdekaan kepada penduduk Madinah melalui pembebasan jahiliah, pembebasan dominasi yahudi, pembebasan dari kezaliman namun telah menakluk jiwa warga Madinah dengan Islam.

Sebenarnya hakikat kemerdekaan ialah untuk membangun sesuatu umat. Justeru itu, bila kita menyebut merdeka ia bukanlah bermaksud kebebasan mutlak namun bererti kebebasan dari segala unsur yang membinasakan.

Berdasarkan fahaman ini, kita perlu jelas bahawa adalah tidak wajar sekiranya sambutan kemerdekaan menjadikan umat Islam Malaysia meraikan kebebasan yang menghancurkan generasi yang baik.
Thursday, May 17, 2007

PostHeaderIcon Selamat Hari Guru


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Selamat hari Guru saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sekarang ini menjadi guru. Dahulu kita diajar sekarang tibalah masa pula kita mengajar. Hari ini barulah kita sedar mengapa cikgu kekadang marah dan kekadang bertegas sehingga kita rasa naik menyampah..


Kalau dahulu kita yang dok menyampah dekat cikgu hari ini... bagai meludah ke langit.. kita pun kadang-kadang tidak boleh mengelak dari bertegas dengan murid. itulah yang terjadi sekarang.


Sahabat-sahabat,

Profesion guru bagi saya cukup mulia kerana besar sungguh pengorbanan yang perlu diberikan demi memastikan anak-anak murid kita memahami pelajaran yang diajar. Nak kata giji guru mewah... saya rasa, anadaian ini sudah tak boleh pakai apatah lagi gaji setakat RM2000 dalam dunia yang makin meningkat kos sara hidupnya.


Tanyalah.. pada mana-mana guru, pasti mereka juga tidak terlepas dari kekangan kewangan. Oleh itu bagi saya, duit bukanlah penguat semangat guru untuk mengajar. Kalaulah kerana duit, sayalah kot yang paling lemah... sebab hanya dapat elaun bukan gaji.


Tapi yang menjadikan kita semangat ialah bila melihat sinaran mata anak-anak murid kita yang jernih dan dahagakan ilmu dari kita. Semalam, anak-anak murid saya bagi hadiah sempena hari guru... terasa bagai dihargai yang membakar jiwa untuk mengajar.... ( lebih terharu lagi, ada pelajar darjah satu sanggup bungkus pembaris sendiri dengan kertas yang dikoyak dari buku untuk dihadiahkan kepada saya, barangkali keluarganya takde budget nak beli hadiah, tapi dia sendiri tak nak ketinggalan dari menunjukkan tanda terima kasihnya pada saya)


Akhir kata biarlah saya muat masukkan sedikit pengertian guru untuk tatapan bersama:


1)Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar

2) Dalam bahasa arab guru diistilahkan sebagai "mualim" yang bermakna orang yang mengajarkan ilmu. Mengajar merupakan tuntutan islam bahkan tinggi kedudukannya dalam hadis Nabi S.A.W ada menyebut:


"Jadilah orang yang berilmu,atau yang belajar, atau yang mendengar,atau yang mencintai, dan janganlah jadi yang kelima maka kamu akan binasa"


3)Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual/kejiwaan murid-muridnya.

2)Dalam agama Buddha, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.

5)Dalam agama Sikh, guru mempunyai makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting lagi, karena salah satu inti ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap ajaran Sepuluh Guru Sikh. Hanya ada sepuluh Guru dalam agama Sikh, dan Guru pertama, Guru Nanak Dev, adalah pendiri agama ini.



Wallahualam
Tuesday, May 15, 2007

PostHeaderIcon Bakarlah Diri Sendiri demi Kesejahteraan Akhirat


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Wahai rakan-rakanku… apakah ubat penyakit malas.. malas beribadat, malas baca al-quran… malas belajar… dan macam-macam lagi. Setelah saya kaji buku motivasi karya Imam Az-Zarnuji (Ta'lim Muta'lim Toriq Ta'lum) baru saya sedar bagaimana ulamak dahulu mengekalkan motivasi mereka dan terus istiqamah atas kebaikan. Rahsia ini saya kongsi dengan rakan-rakan agar kita sama-sama terus bermotivasi berjuang menegakkan Islam hingga ke akhir hayat.

Rupa-rupanya kita perlu memBAKAR diri, maaf.. jangan salah faham ye.. saya bukan suruh bakar diri sendiri.. itu bunuh diri namanya. Apa yang saya maksudkan ialah membakar jiwa dengan kata-kata motivasi atau buatlah apa sahaja yang boleh membangkitkan jiwa kita yang lemah asalkan halal disisi Islam.

Walaupun ia nampak mudah, kesannya cukup hebat. Bila jiwa kita mula terbakar dengan kata-kata motivasi maka akan terasa kekuatan menjalar disetiap urat-urat kita menggesa kita melaksanakan apa yang dicita.

Contoh kata motivasi yang berkesan bagi saya (barangkali berbeza dengan sahabat-sahabat sekalian): Nabil, bangun engkau perlu sudahkan kerjamu buat sehabis baik bukankah engkau ingin membantu umat!!!

Sebagai contoh yang lain, saya petik kata-kata Imam Az-Zarnuji didalam membakar semangat jiwanya:

"Wahai nafsuku, tinggalkan kemalasan dan penundaan masalah, sebab jika tidak, maka kau jatuhkan aku dalam kehinaan. Sebab aku belum pernah melihat pemalas bernasib untung selain dalam penyesalan dan terhalang seluruh harapannya"



دعي نفسي التكاسل والتوان وإلا فاثبتاني في ذي الهوان
فلم أر للكسالي الحظ يحظى سوى ندم وحرمان الامانى


Wallahualam, semoga kita terus bersemangat. Selamat berjuang sahabat-sahabatku.. jangan patah semangat… Terus berjuang dalam jamaah… Realisasikan KPU (Kompleks Pembangunan Ummah) pada 2026… (p/s- alhamdulillah saya dah nampak beberapa orang sahabat yang bakal menerajui KPU… bakat berniaga depa mmg terselah)
Monday, May 07, 2007

PostHeaderIcon Join- syarahan Ma'al Hijrah Institut Pendidikan Peringkat Kebagsaan


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Pada 2-4 Mei yang lepas telah berlangsung Pertandingan Syarahan Ma'al Hijrah bagi Institut Perguruan peringkat kebangsaan di Tawau, Sabah.. Alhamdulillah saya dipilih menyertai pertandingan tersebut... mewakili Institut.. berikut adalah teks syarahan saya untuk dikongsi bersama.


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih pengerusi majlis,
Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin hadirat sekalian,

"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.

Menurut Kamus dewan, "guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.
"Berkualiti" pula beerti bermutu tinggi
"Menjana" pula ditakrifkan sebagai menghasilkan
Manakala insan pula merujuk kepada individu manusia dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.

Dari definisi tadi jelaslah bahawa Pendidik yang bersifat dengan mutu yang tinggi mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Kualiti Guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat redho Rabbul Jalil dan diserahkannya kepada Tuhan untuk dinilai. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah : 5

"وما أمر إلا ليعبد الله مخلصين له الدين"

Maksudnya: "Mereka tiadalah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya"

Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah bermaksud untuk dipamerkan kepada orang ramai. Andaikata dia berseorangan maka segala perbuatan baik itu ditinggalkannya.

Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar dipedalaman. Kisah mereka dipaparkan didada-dada akhbar dan dikaca televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.
Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan pelajaran dengan baik kepada murid-murid. Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang berbunyi:

إن مثل العلماء في الأرض كمثل النجوم في السماء يهتدى بها في ظلمات البر و البحر

Maksudnya: "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.

Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para murid kearah kecemerlangan. Sesungguhnya, Ilmu adalah ibarat bintang yang menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah arah.

Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh Negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Hadirin-hadirat,

Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik Hikmah disini bererti bijaksana. Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl A:125

أدعو إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

Maksudnya: Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan yang baik.

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan method dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.

Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa disekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la :

إنكم لن تسعوا الناس بأموالكم، فسعوهم ببسط الوجه وحسن الخلق

Ertinya: Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi perketi.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.

Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri kearah melahirkan insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Wabillhi taufiq wal hidayah, Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Friday, April 27, 2007

PostHeaderIcon Apa bestnya cerita kartun jepun?


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Gambar diatas diambil dari siri animasi mangga jepun yang bertajuk "NARUTO". Cerita ini sebenarnya menjadi kegilaan dikalangan peminat animasi jepun di Malaysia. Patung-patung permainan naruto nampaknya makin banyak dijual dipasaran.
Kalau dinilai dari aspek pergerakan, ternyata.. seperti kebanyakan cerita kartun jepun yang lain.. pergerkannya agak lambat dibandingkan cerita-cerita kartun dari barat. { Tapi berkali ganda lebih laju dari kartun Malaysia=) }
Namun. cerita kartun jepun ini masih mendapat sambutan yang hangat... Tarikan yang ada pada kartun jepun ini, menarik minat saya untuk mengkaji kelebihan jalan ceritanya. Jalan cerita "Noruto" ini cukup unik...
Dia mewakili individu yang tidak pandai tapi rajin berusaha yang akhirnya mencapai kejayaan. Kesusahan yang dilaluinya bukan penghalang bahkan adalah perangsang kepadanya untuk bangun. Mesej baik sebegini, yang cuba disampaikan oleh pelukis komik ini bukanlah asing dengan budaya yang ditekankan oleh Islam.
Barangkali, kerana kehadiran komik-komik yang sarat dengan mesej yang bermanfaat dijepun maka sedikit sebanyak mempengaruhi budaya hidup mereka. Para pelajarnya lebih rajin berbanding di Malaysia. Adalah satu langkah yang baik sekiranya kita dibidang dakwah mula memikirkan untuk mengeluarkan cerita-cerita yang menarik dan bermanfaat sebegitu.
Teringat tentang kegigihan belajar... biarlah saya petik ungkapan Imam Abu Hanifah kepada Imam Abu Yusuf yang pada mulanya mengalami masalah dalam pembelajaran. Kata-kata ini boleh didapati didalam buku "Ta'lim Muta'lim Toriq Ta'lum" yang dikarang oleh Imam Azzarnuji pada kurun ke 14
"Engkau tidak pandai, hapuskanlah kejahilan mu dengan berusaha terus menerus"
Thursday, April 26, 2007

PostHeaderIcon Bagaimana mempengaruhi Orang Lain


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Mafhum hadis yang diriwayatkan dari Abu Ya'la yang terdapat didalam "Majmu' Zawaid":

"Sesungguhnya kamu sekalian tidak boleh mempengaruhi manusia dengan harta kamu, kamu hanya dapat mempengaruhi manusia dengan wajah yang manis dan budi pekerti yang baik"

Hadis Dhaif kerana terdapat Said Al-Maqbari yang dihukum lemah oleh ulamak. Namun sengaja saya petik hadis ini sekadar menggalakkan kita untuk "berwajah manis dan berbudi pekerti" kerana inilah "art of influence people" yang diajar oleh Islam. Hadis ini asalnya saya terjumpa dalam "Bimbingan Mukmin" ringkasan daripada Ihya' Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali.

Hadis yang dihidangkan oleh Imam Ghazali dalam menggalakkan umat Islam untuk berbudi pekerti amat menarik minat saya. Bukan apa, bila membaca hadis ini alangkah takjubnya saya bahawa Islam telah mendahului sarjana barat dalam mengemukakan teori mempengaruhi orang lain.

Antara buku sarjana barat atau motivator barat yang membicarakan hal ini ialah "Dale Carnigie". Buku beliau "How to influence people" telah saya baca 2 tahun yang lepas, malah 2 bulan yang lepas saya baru sahaja menyampai ceramah yang berkisar tentang tokoh ini. Didalam buku Carnigie, beliau telah mengemukakan peri pentingnya untuk kita berwajah manis dengan senyuman dan berbudi baik terhadap orang lain untuk mempengaruhinya.

Antara cerita yang dibawanya ialah kisah pekerja syarikat yang tidak disukai oleh rakan-rakan kerana tidak senyum. Dia merasa amat sedih namun apabila dia menyedari kesilapannya ini dia cepat membetulkannya. Rupa-rupanya perkara seremeh senyuman telah mengembalikan kehidupan bahagianya yang kini disukai ramai.

Apabila mengenang betapa perlunya kita senyum, teringat saya kepada beberapa orang yang pernah saya kenal cukup mempertahankan idea bahawa kita perlu bertegas supaya orang lain dengar cakap kita. Idea sebegini kurang tepat, ya benar... kita perlu bertegas... tapi dalam perkara yang sesuai...

Ada pula yang pernah saya jumpa cukup sukar memberikan senyuman, justeru itu kawan-kawan kurang menyenanginya... Lalu dia bertindak menyalahkan rakan-rakan kerana tidak memahaminya.... Bak kata pepatah.. "Satu jari tunjuk kat orang, 4 jari lagi tunjuk kat kita"

Wallahualam...
Tuesday, April 24, 2007

PostHeaderIcon Mengapa kita Malas


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Malas adalah pemusnah no 1 kejayaan, mereka yang dilahirkan sempurna menjadi cacat kerana malas. Mereka seolah-olah tidak mampu untuk menghasilkan sebuah kejayaan seperti mereka tidak punya kudrat...

Sebenarnya, sengaja saya utarakan tajuk ini... hanya ingin mengajukan persoalan kalau-kalau kawan-kawan ada jawapannya.. PERNAHKAH ORANG MALAS BERJAYA? ATAU YANG MALAS HANYA YANG GAGAL.... Fikir-fkirkanlah kalau ada jawapan bagi tahu...
Sunday, January 07, 2007

PostHeaderIcon Bagaimana Mengasihi Seorang Kekasih?

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sebagai seorang yang bergiat didalam bidang dakwah seringkali saya diajukan tentang bercinta sebelum kahwin dalam Islam, Apakah dibenarkan atau tidak boleh sama sekali. Sulit benar saya menjawab persoalan ini kerana setelah saya menilai melalui pembacaan terdapat 2 pandangan yang berbeza tentang perkara ini. Ada yang memberikan kebenaran namun bersyarat. Ada pula yang melarang secara total.

Dalam tulisan kali ini, saya tidak akan menyebut nas-nas yang saya ambil kerana nas-nas al-quran tersebut perlu saya tulis dengan betul. Namun demikian, oleh kerana sekarang saya berada di "cyber cafe" maka saya tidak mampu berbuat demikian. Oleh itu, demi menjaga diri saya daripada melakukan kesalahan didalam menyatakan nas-nas wahyu, eloklah kiranya saya mengemukakan dalil tersebut dalam sessi yang akan datang.

Menyimpan perasaan cinta terhadap seseorang lelaki atau perempuan sememangnya boleh. Mana mungkin kita menidakkan perasaan yang datang dari dalam jiwa ini. Namun demikian yang menjadi permasalahan ialah kita mengikut kata hati melebihi batasan syariat. Didalam sejarah Nabi Muhammad S.A.W ada kisah berhubung seorang sahabat Nabi S.A.W yang "frust" bilamana isteri tersayang meninggalkannya. Kesedihannya disebabkan oleh perasaan cintanya ini tidaklah dicela oleh Nabi S.A.W. dan tidak pula sahabat ini mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Begitu juga perasaan cinta dan kasih Nabi Nuh a.s sebagai seorang bapa kepada anaknya tidaklah menjadikannya orang yang sanggup membelakangi perintah dan suruhan Allah S.W.T. Jika begitu, bolehlah kita simpulkan bahawa perasaan cinta adalah anugerah Allah sebagai satu ujian bagi kita. Mempunyai perasaan tersebut tidak berdosa, namun demikian yang menjadikan kita berdosa ialah bagaimana kita menghadapi perasaan ini.

Sesetengah golongan, melayan perasaan ini dengan mendengar dendangan-dendangan lagu-lagu yang membuai perasaan yang akhirnya menyebabkan mereka lalai dari mengingati Allah malah bertambah rindu kepada kekassih hati. Nafsu yang sebenarnya mampu dibendung kian membuak-buak bilamana diransang oleh halwa telinga. Bagai api disimbah minyak tanah begitulah nafsu itu marak membara.

Pepatah Inggeris ada mengatakan "Emotion created by Motion". Emosi sebenarnya adalah hasil daripada gerakan anggota badan kita. Kalau kita murung dan melonglaikan badan kerana menghadapi perasaan cinta begitu jugalah perasaan kita akan terkesan. Namun kalau kita, tidak melayan nafsu tersebut malah memastikan kita sentiasa beraksi ceria maka hati yang murung kerana cinta akan ikut ceria.

Justeru itu, bilamana Imam Al-Ghazali memesan bagaimana melawan nafsu didalam himpunan surat-surat nasihatnya (telah dibukukan didalam buku yang bertajuk "Ayyuhal Awlad"), beliau memetik kata-kata seorang ulamak yang menceritakan bahawa "nafsu jangan dimanja"

Ok... bersambung lagi nanti..