Saturday, March 28, 2009

PostHeaderIcon Mengapa? Mengapa? Mengapa?


"Gambar ini gambar hiasan ambil dari laman web lain yang saya sendiri belum tengok kandungannya"

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kembali mengedit laman blog ini. Baru saya tahu bahawa selama ini software java saya bermasalah. Perkara ini saya ketahui selepas saya membaca artikel di google support.

Memulakan bicara, saya tertanya mengapa saya lihat di tv segolongan manusia bersorak apabila dianugerahkan jawatan?????

Mengapa mereka seronok terima jawatan ? Mengapa mereka tidak bersedih? Mengapa mereka tidak merasa beban?

Dalam Hadis yang saya petik dari buku Imam Hadad An-Nasaih Ad-Diniyah wal Wasoyal Imaniyyah ada menyebut:

"Setiap pembesar yang mengendalikan urusan sepuluh orang ke atas, melainkan dibawa pada hari kiamat sedang kedua belah tangannya terbelenggu ke tengkuk, akan dibebaskan oleh keadilannya atau dicelakan oleh kezalimannya"

Dalam hadis lain pula:

"Bahawasanya setiap pembesar itu akan diberhentikan diatas jambatan jahanam. Kiranya ia orang yang baik(adil) selamatlah ia. Kiranya ia orang jahat (zalim), ia akan tergelincir diatas jambatan itu, lalu terjatuh ke dalam neraka jahannam selama tujuh puluh tahun"

Justeru itu, saya yakin sepatutnya setiap yang menerima jawatan perlu bimbang dan risau bukan gembira ,bersorak dan meraikannya.

Saya masih ingat bagaimana saya dan rakan-rakan sewaktu di amanahkan jawatan PKPIM yang mana kami terima bukan kerana meminta tetapi atas keputusan syura . Kami telah diucapkan takziah. Saya fikir... ada eloknya fikiran ini mewarnai politik Malaysia.

Wallhualam.