Monday, May 07, 2007
Join- syarahan Ma'al Hijrah Institut Pendidikan Peringkat Kebagsaan
9:03 AM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Pada 2-4 Mei yang lepas telah berlangsung Pertandingan Syarahan Ma'al Hijrah bagi Institut Perguruan peringkat kebangsaan di Tawau, Sabah.. Alhamdulillah saya dipilih menyertai pertandingan tersebut... mewakili Institut.. berikut adalah teks syarahan saya untuk dikongsi bersama.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Terima kasih pengerusi majlis,
Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin hadirat sekalian,
"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"
Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.
Menurut Kamus dewan, "guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.
"Berkualiti" pula beerti bermutu tinggi
"Menjana" pula ditakrifkan sebagai menghasilkan
Manakala insan pula merujuk kepada individu manusia dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.
Dari definisi tadi jelaslah bahawa Pendidik yang bersifat dengan mutu yang tinggi mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun" atau mereka yang berjaya.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,
Kualiti Guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T akan memampukan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat redho Rabbul Jalil dan diserahkannya kepada Tuhan untuk dinilai. Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah : 5
"وما أمر إلا ليعبد الله مخلصين له الدين"
Maksudnya: "Mereka tiadalah diperintahkan, melainkan supaya beribadat kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya"
Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah bermaksud untuk dipamerkan kepada orang ramai. Andaikata dia berseorangan maka segala perbuatan baik itu ditinggalkannya.
Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar dipedalaman. Kisah mereka dipaparkan didada-dada akhbar dan dikaca televisyen beberapa bulan yang lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan pelajaran dengan baik kepada murid-murid. Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang berbunyi:
إن مثل العلماء في الأرض كمثل النجوم في السماء يهتدى بها في ظلمات البر و البحر
Maksudnya: "Sesungguhnya, orang yang berilmu didunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk dalam kegelapan didarat dan dilaut.
Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing para murid kearah kecemerlangan. Sesungguhnya, Ilmu adalah ibarat bintang yang menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah arah.
Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan seluruh Negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik Hikmah disini bererti bijaksana. Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl A:125
أدعو إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
Maksudnya: Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan contoh teladan yang baik.
Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan method dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.
Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa disekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la :
إنكم لن تسعوا الناس بأموالكم، فسعوهم ببسط الوجه وحسن الخلق
Ertinya: Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi perketi.
Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.
Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik
Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri kearah melahirkan insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.
Wabillhi taufiq wal hidayah, Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komentar:
He...he saya tengah panik ni nak siapkan syarahan nanti... anyway jumpa pula laman web ini... Terima kasih ya!
tima kasih atas kesudian memaparkan teks syarahan anda di web.. saya juga sejawatan dgn ustaz.. sy kena wakil maktab saya ke ke terenganu minggu dpn.. pening tak dpt reference.. huhu
Assalamualaikum..terima kasih Ustaz..pamirkan teks syarahan ni..saya berminat nak sertai pertandingan syarahan peringkat ipgm..jd sya dapat la rujukan dr teks syarahan ustaz ni..syukran jazilan ya ustaz..
assalamualaikum.. terima kasih ustaz kerana telah berkongsi syarahan ni..harap-harap saya juga dapat menyampaikannya kepada orang lain juga!!! moga-moga saya terpilih untuk mewakili sekolah...amin ya rabbal a'lamiin.. terima kasih ye ustaz =D!
salam empunya blog.. mohon buat pnduan syarahan tntg guru ni... tq...
Post a Comment