Tuesday, January 22, 2008

PostHeaderIcon Tiada Siapa Pun Yang Sudi Menggerakkan Satu Jari Mereka!!


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


"Tiada siapa pun yang sudi untuk menggerakkan walau satu jari untuk membantu, jeritan dan tangisan kami tidak mampu meruntun mereka untuk bergerak" keluh Ahmad seorang warga emas Palestin. Ucapan ini saya peyik dari berita yang dipaparkan di islamonline.


Apabila membaca keperitan yang dialami oleh umat Islam Palestin terasa malu saya dengan Allah atas ketidak mampuan saya membantu mereka. Moga-moga tulisan ini Allah berikan ganjaran kepada saya sebagai salah satu cara membantu umat disana.


Biarlah saya dedahkan peristiwa kekejaman Israel yang bermula pada 18 januari 2008 dimana mereka telah menyekat sebarang bekalan makanan untuk masuk ke sempadan Gaza. Tanpa belas ihsan juga mereka tidak membenarkan sebarang bahan api dibawa masuk. Kesannya semua stesen minyak ditutup dan lebih menyedihkan tiada bahan api yang boleh digunakan untuk menjana stesen janakuasa elektrik.


Penduduk palestin terpaksa hidup dalam kegelapan dan yang paling menyedihkan ialah kilang-kilang makanan terpaksa ditutup malah hospital-hospital juga mengalami nasib yang sama. Bayangkanlah berapa ramai yang bakal mati kerana penindasan mereka??? Lihat sahaja gambar diatas... bagaimana nasib pesakit kronik tersebut???
Yahudi membunuh umat Islam dalam senyap.. fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan.. Adakah kita hanya ingin menjadi golongan pemerhati...?? Perhatikanlah hadis nabi S.A.W yang pernah menyebut:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

"Barang siapa yang tidak mengambil peduli hal ehwal umat Islam maka dia bukan dari golongan mereka"
Selamat Berfikir, Wallahualam
Monday, January 07, 2008

PostHeaderIcon Kita dalam peperangan..


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Setiap detik yang berlalu, kita tidak pernah terlepas dari peperangan besar yang menakutkan. Itulah peperangan kita dengan hawa nafsu yang bersatu dengan syaitan. Saban waktu sering kita dicucuk oleh nafsu dan syaitan agar kita jauh dari jalan menuju Redho Allah.


Setelah kita selamat diatas jalan yang lurus, nafsu dan syaitan tidak akan membiarkan begitu sahaja, mereka bakal hadir dalam bentuk yang lain untuk menggoda dan menghasut kita. Misalnya setelah kita istiqamah melaksanakan perintah Allah maka datang perasaan riya' yang diapi-apikan oleh syaitan.



Justeru itu, mana mungkin peperangan besar ini akan tamat... Mereka pasti tidak mahu mengalah, asal ada peluang mereka akan memastikan kita tewas. Mahu atau tidak mahu kita perlu juga melawan mereka dengan sehabis daya kita. Menurut Imam Al-Ghazali sebenarnya jiwa ini boleh didik dengan usaha yang berterusan kerana itu beliau menulis buku bertajuk "Minhajul A'bidin" yang menghuraikan langkah-langkah menuju ke jalan Allah.(buku ini akan saya cuba beri sipnosis pada article akan datang.. InsyaAllah)



Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melawan nafsu durjana...Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami.. Wallahualam