Friday, August 10, 2007

PostHeaderIcon Zikir Harian Dari Hadis




Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi




Assalammualaikum,




Kepada sahabat-sahabat telah tiba bagi kita mengamalkan zikir-zikir yang telah dibaca oleh nabi junjungan kita. Sebenarnya banyak zikir-zikir yang terkandung dalam buku hadis namun sering diabaikan. Lebih mengecewakan kita sibuk pula mencari zikir-zikir yang lain yang tiada asasnya dari Nabi Muhammad S.A.W.




Perkara ini kadang-kadang amat merisaukan saya, kerana 2 perkara. Yang pertama, sememangnya termaktub dalam Qaidah Fiqhiyah (Al-Aslu fil I'badah haramun)




Maksudnya, asal ibadah itu haram kecuali datang wahyu yang menyuruh kita melaksanakannya. Dalam erti kata lain kita tidak boleh memandai-mandai untuk menambah-nambah dalam perihal ibadah.




Sebab kedua yang mengukuhkan lagi sebab mengapa kita tidak perlu mengamalkan zikir-zikir yang tiada asasnya adalah kerana tiada janji Allah tentang pahala yang bakal diterima.




Zikir-zikir yang terkandung dalam hadis, sebahagiannya dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri fadhilat yang bakal diterima. Setiap zikir dengan lafaz yang pelbagai ada ganjaran tertentu yang dijanjikan. Seolah-olah membayangkan kepada kita bahawa lafaz zikir yang betul amat dititik beratkan.




Baiklah, disini saya ingin memetik hadis yang termaktub didalam kitab hadis Abu Daud dalam bab adab. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Menurut penafsiran "Aun Ma'bud" berdasar hadis Nabi Muhammad S.A.W, sesiapa yang membaca zikir tersebut 100 kali pagi dan petang maka dihari akhirat nanti dia akan menjadi orang yang mulia berbanding yang lain kecuali ada yang baca sama banyak dengannya atau lebih. Zikir tersebut berbunyi:






سبحان الله العظيم وبحمده





Inilah, serba sikit ilmu yang dapat dikongsikan. InsyaAllah nanti kita bincang lagi....

3 komentar:

Anonymous said...

Salam. dimanakah hadith tersebut diriwayatkan? Tarafnya?

Anonymous said...

ya dalam sunan Abu Dawud.
tapi tarafnya?

world said...

"Yang pertama, sememangnya termaktub dalam Qaidah Fiqhiyah (Al-Aslu fil I'badah haramun)
Maksudnya, asal ibadah itu haram kecuali datang wahyu yang menyuruh kita melaksanakannya. Dalam erti kata lain kita tidak boleh memandai-mandai untuk menambah-nambah dalam perihal ibadah."

ye ke? ish...risau jugak ni...
bukan apa...saya ada amal hizib2...so xda dalam wahyu...haram la ye? eventhough shaikh tu claimed yang dia dapat hizib tu harfun bi harfin dari RasululLah? saya amalkan pun sebab saya "sangka baik" je la...apa bahasa arabnya tu er...husnuzhon? ye la wali yang cakapkan...saya ni pula lautan dosa hina dina plak tu...

"Sebab kedua yang mengukuhkan lagi sebab mengapa kita tidak perlu mengamalkan zikir-zikir yang tiada asasnya adalah kerana tiada janji Allah tentang pahala yang bakal diterima."

err...pahala...minta maaf ya...saya ni musykil juga bab kejar pahala ni...saya sudah jadi tidak tahu dimana kedudukan saya...saya biasanya berzikir tidak fikir pasal pahala...sebabnya ada yang berkata jika ALLAH tidak menjadikan syurga atau neraka itu tidakkah layak DIA disembah....atau dalam konteks ini
berzikrullah...

kebanyakan zikir saya tiada dalam hadis...maka ibadat saya tiada dalam wahyu..maka apa yang saya buat tu sia2?