Tuesday, December 19, 2006

PostHeaderIcon Tiada Seorang Pun Masuk Syurga Kerana Amalan Ibadahnya

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Tiada Seorang Pun Masuk Syurga Kerana Amalan Ibadahnya


“Dengan engkau kami tidak boleh mencapai (tujuan), Tetapi perlu dengan engkau” inilah kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani seorang ulamak Sufi yang terkenal. Kata-kata beliau ini dipetik oleh Imam Hadad didalam bukunya “An-Nasaih Ad-Diniah wal Wasaya Imaniah”.

Maksud daripada lafaz kata tersebut ialah kita sebagai manusia sebenarnya tidak boleh berpandangan bahawa kita masuk syurga kerana banyaknya amalan kita sedangkan hakikatnya kerana rahmat Allah sahajalah kita digolongkan golongan yang soleh dan dimasukkan kedalam syurga.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud kita bebas untuk tidak beribadat kepada Allah S.W.T dan sekadar menjadi orang yang berharap kepada rahmat Allah. Justeru itu dalam rangkap yang kedua ayat kata Syeikh Abdul Qadir Jailani beliau menegaskan bahawa untuk mencapai rahmat Allah kita perlu beribadat dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Seburuk-buruk angan-angan dan pengharapan ialah mengimpikan keampunan dan keredhoan Allah sedangkan dirinya bermalas-malasan untuk melakukan ibadah kepada Allah. Dalam satu hadis ada dinyatakan:

“Empat petanda kerosakan hati: Keras hati, Kerasnya air mata, Berkira-kira, Panjang angan-angan”

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa mereka yang mengharap rahmat Allah tanpa beramal adalah mereka yang rosak hatinya dan telah tertipu oleh perasaan mereka sendiri. Malah berhubung isu ini, Hassan al-Basri seorang tabiin yang dikenali sebagai ahli hadis, ahli feqah dan ahli tasawuf pernah melalui seorang pemuda yang sedang bermain-main dengan tanah sambil berangan-angan dengan kata-kata pengharapan semoga Allah memberikannya bidadari disyurga nanti. Lalu Hassan al-Basri mengkritik pemuda tersebut kerana tertipu dengan perasaan diri sendiri.

Merujuk kepada doa yang dipetik dari hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah kami atas Agamamu”

Hadis ini memberi gambaran bahawa hanya dengan rahmat Allah kita dapat kekal diatas agamanya dan memperoleh keredhoannya. Sebab hati ini milik Allah bila-bila masa sahaja hati kita yang putih boleh bertukar hitam dan yang hitam boleh bertukar menjadi putih.

Melalui kefahaman yang benar berhubung sebab kita dimasukkan syurga atau mendapat keredhoaan Allah maka akan terhapuslah perasaan ujub diri dengan ibadah yang kita lakukan. Setiap ibadah yang kita lakukan pula akan bertambah lagi kekhusyukan serta keikhlasannya keran sedar bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan ibadat untuk mendapat rahmat disisi Allah.

Membuang perasaan ujub terhadap ibadah yang kita lakukan adalah perkara yang amat penting kerana menurut Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Minhajul Abidin” antara faktor penyebab kematian “suu’l khotimah” ialah tertipu dengan amalan sendiri. Hanya mereka yang menyedari bahawa diri yang banyak beribadat bukanlah jaminan pengakhiran yang baik sahaja dapat membuangkan perasaan ujub ini.

Secebis lontaran pemikiran ulamak –ulamak ini saya lontarkan untuk-untuk sahabat-sahabat agar tidak berpuas hati dengan amalan yang kita lakukan.
Tuesday, December 12, 2006

PostHeaderIcon Sambungan Syed Qutb

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Persoalan kedua yang menarik perhatian saya ialah kenyataan bhawa seluruh ulamak salaf mencela Syed Qutb dan tiada yang memujinya kerana pemahamannya yang salah berkenaan sifat Allah.

Baiklah, sebenarnya sesiapa yang mengatakan sedemikian beerti dia tidak memahami hakikat maksud "golongan salaf". Salaf ialah golongan yang hidup 300 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Antara ulamak salaf yang terkenal ialah imam 4 mazhab iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie' dan Imam Hambali.

Manakala golongan kotemporeri yang mengiktirafi diri mereka sebagai "Salafiy" ialah golongan yang turut juga dikenali sebagai "Wahabiy". Mereka menisbatkan diri dengan golongan salaf yang lampau kerana mereka percaya bahawa jalan yang mereka lalui sepertimana ynag ditunjukkan oleh Imam Muhammad bin Abd Wahab adalah jalan yang diguna pakai oleh Ulamak Salaf yang terdahulu.

Persoalannya, apakah golongan ini sahaja yang layak digelar sebagai golongan "salafiy". Adakah mereka yang mengikuti Imam 4 mazhab bukan golongan salafiy. Sebenarnya mereka yang mengikut jalan Imam 4 mazhab adalah mengikut jalan para salaf dan mereka juga layak menisbatkan diri mereka sebagai golongan "salafiy"

Justeru itu, kenyataan sms yang menyatakan bahawa ulamak salaf semuanya mengutuk Syed Qutb adalah tidak benar, malah yang mengutuknya kebanyakannya adalah golongan "wahabiy" yang barangkali terlepas pandang terhadap kenyataan Syed Qutb didalam "Tafsir Fi Zilal".

Bacalah Tafsir Fi Zilal, sahabat-sahabt pasti akan mendapati bahawa Syed Qutb amat berhati-hati dalam menghuraikan ayat-ayat Allah berhubung perkara-perkara sami'yat. Beliau jelas sekali menolak tafsir israiliyat dan beliau amat tidak suka kepada ta'wil.

Dalam tulisannya berhubung pentafsiran ayat Allah yang menceritakan tentang "tiupan sangkakala", Syed Qutb dengan tegas menolak sebarang penta'wilan yang datang daripada akal malah menyatakan bahawa perbicangan lanjut tentang bagaimana dan bentuk tiupan itu adalah tidak perlu dan tidak mendatangkan sebarang faedah.

Sebab itu, Ustaz saya di UIA pernah mengklasifikasikan bahawa Syed Qutb ialah " As-Salafiy Al-Mu'tadil". Beliau didalam pentafsirannya menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh para salaf yang terdahulu. Antara methodologi pentafsirannya ialah:

1) Mentafsir Al-Quran dengan Al-Quran
2) Menafsir Al-Quran dengan Hadis

kemudian barulah beliau mentafsir dengan Fikiran namun demikian beliau menolak penta'wilan yang menyesatkan.

Kepada para sahabat,

Adalah amat malang bagi kita, apabila dengan pewnuh emosi kita hukum orang lain tanpa kita membuat penilaian yang sewajarnya. Kita menuduh bukan kerana kita mengkaji tetapi atas dasar kata-kata bicara.

Kita mengaku kita mengikut cara ulamak salaf yang sentiasa berijtihad dan tidak betaklid membabi buta. akan tetapi kita sendiri mengamalkan taklid... Apabila datang seseorang menyatakan "Haza Asoh" atau ini yang" paling sahih" terus sahaja kita mengikut atau bertaklid tanpa banyak persoalan. Sepatutnya kita perlu mengkajinya terlebih dahulu. Lebih malang lagi, kalau adapun usaha untuk mengkaji, kita hanya bersandar pada satu aliran pandangan pula.

Contoh yang paling mudah, ada orang mengatakan bahawa hadis tentang qunut subuh adalah lemah lalu dia menyarankan kepada anda untuk menyemak buku Subulus Salam, Buhjatun Nazirin dan Majmu' Fatawa. Ya benar, memang dalam kesemua buku ini menafikan qunut Subuh kerana mereka satu aliran. Barangkali bagi mereka yang dangkal fikirannya pasti akan merasa bhawa mereka telah menemui kebenaran setelah melihat dalil2 yang dikemukakan walaupun pada hakikatnya pengkajian mereka tidak menyeluruh. Kalau anda ingin benar2 mengkaji kenapa tidak baca pula buku Fiqh Manhaji, atupun "Mukhtalaful Hadis" yang dikarang sendiri oleh Imam Assyafie. Disana anda akan mendapati bahawa Imam Assyafie sebenarnya pada dasarnya tidak bersandar kepada hadis dhaif bahkan beliau bersandarkan hadis sohih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Cukuplah sekadar ini, Wallahualam...
Friday, November 24, 2006

PostHeaderIcon Syed Qutb Mati Syahid atau Bulghah

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Syed Qutb: Mati Syahid atau Mati Bulghah

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja saya amat terkejut mendapat sms dari seorang adik pkpim bertanyakan samada Syed Qutb mati syahid atau mati bulghah. Lebih menggerunkan ialah tuduhan yang mengatakan bahawa aqidah Syed Qutb tentang sifat-sifat Allah adalah menyeleweng dan para ulamak salaf secara ijmak mencelanya.

Adik ini kemudian menyatakan bahawa persoalan ini sebenarnya timbul dari kenyataan seorang rakannya menerusi sms. Meneliti daripada kenyataan sms tersebut, amat jelas mereka yang mengatakan sedemikian adalah seseorang yang tidak arif tentang sejarah, tidak membaca dan tidak mengerti hukum.

Pertamanya perlu dimengerti apakah itu mati syahid dan apa itu bulghah. Mati syahid ialah mati menegakkan kalimah Allah manakala Bulghah pula ialah pemberontakan terhadap pemerintah. Menurut Islam para pemberontak wajar dihukum bunuh.
Namun demikian perlu difahami apakah maksud pemberontakan? Adakah menasihati pemerintah agar tunduk kepada hukum Islam tergolong daripada pemberontakan? Bukankah ada hadis berbunyi:

“Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaanNya,hendaklah kamu menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat, dan menegah orang yang zalim, ataupun Allah akan menurunkan azabNya keatas kamu”

Saya cuba menyemak taraf hadis ini namun saya tidak dapat namun demikian saya menjumpai 2 hadis yang mempunyai lafaz yang berbeza tetapi maksud yang sama. Salah satu hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Akan tetapi ini teidaklah bermaksud bahawa Islam memberikan kebebasan kepada orang yang zalim. Bahkan seluruh ulamak bersepakat bahawa pemimpin yang zalim perlu dinasihati.

Sesungguhnya, Islam tidak pernah membezakan status manusia berdasarkan darjat kedudukannya. Sekiranya kita bersetuju bahawa yang lemah perlu didakwah maka kita patut bersetuju bahawa yang kuat juga patut didakwah. Sekiranya kita bersetuju bahawa rakyat perlu didakwah maka pemerintah juga perlu didakwah. Mengapa perlu kita wujudkan “double standard” sehingga mereka yang menyatakan perkara yang hak dihadapan para pemerintah dianggap pemberontak.

Apatah lagi pemerintah itu sememangnya terkenal sebagai orang yang melampaui batas. Dalam peristiwa Syed Qutb, beliau terpaksa berhadapan dengan pemerintah pada masa itu iaitu Jamal Abd Nasir yang terkenal dengan pemerintahan kuku besi. Dia telah memenjarakan berpuluh ribu anggota Ikhwanul Muslimin.

Syed Qutb tidak pernah mengangkat senjata sehingga beliau begitu digeruni oleh Jamal Abd Nasir. Beliau sekadar menulis buku-buku tentang tasawur Islam yang sebenar. Antara buku yang menyebabkan beliau ditangkap ialah buku “Maa’lim fi Toriq”. Bacalah buku ini anda akan mendapati bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Syed Qutb bukanlah cercaan kepada kerajaan sebaliknya hanya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Buku beliau berkenaan tasawur Islam berhubung hakikat hidup didunia adalah amat bertepatan dalam menangani pandangan hidup sekular yang kian membarah dikalangan umat Islam pada masa itu. Islam pada masa itu, dilihat sebagai amalan ritual diatas tikar sejadah. Pandangan ini begitu dominan dalam masyarakat Islam pada masa itu.

Namun berkat ketegasan Syed Qutb menyatakan apa yang hak walaupun dicerca, dipenjara serta dibunuh, ialah hari ini banyak memberi kesedaran kepada umat Islam malah menyemarakkan lagi kebangkitan Islam contohnya Malaysia yang telah berubah menjadi sebuah negara yang lebih Islamik kesan daripada buku-buku beliau yang menjadi tatapan pemuda-pemudi Islam Malaysia sekitar tahun 70an. (Sila rujuk lebih lanjut dalam buku ”Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar” oleh ”Zainah Anwar” bagi mengetahui bagaimana pelajar-pelajar Islam tahun 70an berjuang)

Menurut buku ”An-Nasaih Ad-Diniah wa Al –wasaya Al-Imaniah” karangan Imam Habin Abdullah Hadad, mereka yang sanggup bersabar dengan segala bahaya yang datang kerana menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah petunjuk bahawa dia mencintai Allah dan amatlah besar baginya pahala dari sisi Allah kerana mengutamakan kepentingan agama berbanding kepentingan dirinya. Dalam ayat Allah ada menyebut:

”Perintahlah orang supaya berbuat baik dan larangilah ia daripada berbuat jahat, serta bersabarlah terhadap apa yang menimpamu sesungguhnya yang demikian tu termasuk perintah yang sungguh-sungguh” Luqman:17

Jelas sekali berdasarkan dalil dan sejarah yang mengatakan tiada unsur –unsur yang melampau yang dilakukan oleh Syed Qutb adalah tidak wajar sekali mengatkan Syed Qutb mati kerana Bulghah..... bersambung.....
Saturday, November 11, 2006

PostHeaderIcon Isu SMS - Saya Tertipu..

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Alhamdulillah, semalam Allah telah membuka mata saya daripada terus tertipu. Sebelum sembahyang Jumaat di Masjid Negeri, saya meninjau dahulu barang yang dijual dihadapan masjid tersebut dan tanpa diduga saya menemukan VCD berhubung ucapan Dato' Mufti berkenaan sejumlah Melayu akan dibaptiskan di Gereja Silibin.

Saya rasa terkejut, lalu terus membeli VCD tersebut. Malam tadi dengan penuh debaran saya mendengar dengan berhati-hati butir kata-kata Dato' Mufti Perak dan saya amat yakin saya tidak salah dengar bahawa Dato' Mufti telah menyatakan kekecewaan terhadap 500 pelajar Politeknik yang telah Murtad.

Dalam ucapan ringkas Dato' Mufti di Masjid Negeri pada petang Sabtu5hb/11/06, beliau telah mendapat maklumat bahawa Dato' Azhar Mansor akan datang ke Gereja Silibin untuk membaptiskan sejumlah orang Melayu. Namun yang mengecewakan beliau ialah apakah tindakan yang telah kita ambil untuk menghalang semua perkara ini berlaku.

Menurut Dato' Mufti lagi, ada pemuda PAS yang datang padanya mencadangkan agar dibuat demontrasi tapi Doto' Mufti menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bodoh kerana kita hanya akan menyebabkan golongan Islam terdedah kepada fitnah.

Berdasarkan apa yang di ucapkan oleh Dato' Mufti ada beberapa perbezaan fakta yang patut diberikan perhatian. Pertama: Jumlah sebenar Pelajar Politeknik yang Murtad ialah 500 orang bukan 600 seperti yang didakwa. Kedua: Dato' Mufti bukan mendengar sendiri dari Dato' Azhar Mansor sebaliknya maklumat diperolehi daripada rakan Dato' Azhar Mansor yang hadir ke rumah Dato' Mufti untuk beraya. Ketiga: Dato' Mufti telah melarang daripada mengadakan demontrasi yang pada pandangannya tidak membantu.

Jumlah orang yang murtad bukanlah suatu isu, kerana kalau ada seoarang pun yang murtad itu sudah cukup mendesak kita untuk melakukan perubahan. Akan tetapi yang menjadi isu adakah betul tindakan kita mengadakan demontrasi untuk membetulkan aqidah umat Islam. Apa yang jadi betulnya dengan kita melaungkan kata-kata amarah.

Maaf kalau ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Tetapi saya amat menyokong pendirian Dato' Mufti. Murtad adalah masalah aqidah yang melibatkan kepercayaan. Kepercayaan seseorang tidak boleh berubah melalui demontrasi sebaliknya dakwah sahajalah jalan untuk mengembalikan mereka yang murtad ke jalan yang benar.

Mengapa tidak kita kumpulkan beberapa pemuda yang berilmu dalam "Usuludin dan Ilmu Perbandingan Agama" untuk berdakwah secara proaktif. Saya yakin berdakwahla jawapannya untuk menyelesaikan masalah ini. Kita perlu berdakwah kepada seluruh masyarakat Melayu agar kukuh iman dan kepada semua masyarakat bukan Islam agar mereka beriman. Sesungguhnya sudah puluhan tahun lamanya kita telah bergaul dengan golongan bukan Islam di Malaysi tetapi malangnya sedikit sahaja, yang menyedari kepentingan berdakwah kepada golongan bukan Islam di Malaysia. Wallahualam, fikir-fikirkanlah..
Friday, November 10, 2006

PostHeaderIcon Pelik Betui... Kenyataan Azhar Mansor

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Antara perkara yang paling pelik berikutan sms hari ahad ialah kenyataan Dato Azhar Mansur..
Beliau menurut berita pukul 8 Malam di TV3 enggan mengulas isu agamanya kerana tidak mahu menimbulkan konflik yang lebih besar..

Dalam "Harian Metro" pula Dato Azhar Mansur ketika ditanyakan tentang dakwaan bhawa dia telah murtad mengambil tindakan untuk berdiam diri dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat...

Duhai Dato' Azhar Mansor....

Apalah yang payah sangat untuk mengatakan engkau masih Islam ... kenapalah suruh polis lak yang siasat engkau agama apa???

Wallahualam..

PostHeaderIcon Lagi Tentang SMS...

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Semalam, menerusi berita yang disiarkan di TV3 ternyatalah sms yang dihantar berhubung pembaptisan sejumlah orang melayu di Gereja Silibin adalah palsu. Ini berikutan, sms tersebut jelas mengaitkan Dato Mufti Harussani.

Merujuk kepada sms tersebut, pengirim jelas mengatakan bahawa maklumat tersebut diperolehi daripada Dato' Mufti yang mendedahkannya didalam sessi ceramah di Masjid Negeri pada petang Sabtu sedangkan pada masa tersebut Dato' Mufti berada di Syria.

Malah, yang lebih pelik lagi... ada segelintir penganut kristian turut mendakwa menerima sms yang meminta mereka mempertahankan Dato' Azhar Mansor yang menurutnya dihalang daripada untuk melafaazkan pengakuan menganut kristian oleh sejumlah besar umat Islam dihapan Gereja Silibin. Berikut adalah maklumat yang saya terima dari kiriman email seorang sahabat kepada saya:
“well, much earlier, i.e. around 2.00pm, i hadreceived the sms but it did not mentioned anythingabout the mass conversion of muslims. this was whatthe sms said:police dispersed muslim mob demonstrating outsidesilibin church family day celebration, where guestspeaker datuk azhar mansor, noted malaysian sailor wasgiving his testimony. he is now a catholic and residesin singapore. fr. xxx ask for support of your prayers.please pass on.”“Lebih awal sekitar jam 2 ptg, saya menerima sms, tapitidak menyebut apa-apa mengenai ramai orang Islam akanmasuk Kristian. Berikut ialah smsnya :polis menyuraikan kumpulan orang Islam yangberdemonstrasi di luar gereja silibin yang sedangmengadakan hari keluarga, dimana penceramah jemputandatuk azhar mansor, pelayar terkenal malaysia sedangmemberikan ucapan, dia sekarang katolik dan tinggal disingapura. Dari xxx mohon bantuan doa anda semua. Silasebarkan”



Sms ini dipetik dari laman web :http://lucialai. org/2006/ 11/05/mob- mentality- again/ .Begitulah bahayanya kalau kita tidak berhati-hati dalam mengambil tindakan. Kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa waspada daripada diperalatkan oleh mana-mana pihak...
Wallhualam
Tuesday, November 07, 2006

PostHeaderIcon BerHubung SMS Isu Pembaptisan di Perak: Antara Benar dan Palsu

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi



Heboh diperkatakan isu sms yang diterima oleh orang ramai berhubung Dr. Azhar Mansor yang bakal memurtadkan sejumlah orang Islam Melayu di Silibin Perak.
Sebenarnya tempat ini tidaklah begitu jauh dengan tempat tinggal saya dahulu, jadi mudah bagi saya mengetahui lokasi gereja yang dimaksudkan.
Dalam kebingungan antara benar dan tidak, petang itu saya ambil keputusan untuk pergi ke gereja yang dimaksudkan. Namun demikian suasana nampak tenang. Cuma yang ada ialah sejumlah polis yang ramai berkawal dihadapan gereja tersebut.
Hati saya tertanya-tanya.. Ada polis? Mesti ada perhimpunan.. Tapi benarkah sms yang dihantar atau hanya ingin mencetuskan kekacauan. Bukan apa, saya tidak menerima sebarang maklumat daripada pimpinan PKPIM atau ABIM, jadi risau pula kalu ini propaganda untuk memperalatkan umat Islam agar menimbulkan kekecohan lantas dilabelkan sebagai “terrorist”
Keesokannya, dipejabat.. isu ini hangat dibahaskan oleh rakan-rakan disini. Ada yang mendapat sumber dari seseorang Ustaz bahawa perkara ini benar berlaku. Dato’ Azhar Mansur memang telah murtad dan ingin memurtadkan orang Melayu yang lain. Malah ustaz tersebut turut menegaskan bahawa perkara ini telah disahkan oleh Dato’ Mufti Perak
Dikatakan juga ramai orang yang datang untuk menghalang upacara pembatisan tersebut. Namun demikian, tiada apa yang berlaku. Mengikut cerita lagi ada pegawai agama Perak yang turun menafikan hal tersebut.
Sms yang tersebar ini benar-benar menakutkan dengan mengatakan sejumlah 600 orang pelajar Politeknik Ipoih telah murtad. Sewajarnya perkara ini mendapat perhatian NGO-NGO islam bagi memastikan kesahihannya. Jika benar, kita tidak sanggup lagi ada Azlina JOY yang baru.
Walau apa pun, “moral of the story” semoga kita tidak tertipu oleh sms sehingga menyebabkan kita dipergunakan oleh pihak berkepentingan. Bagi NGO-NGO islam pulak sepatutnya, awal-awal lagi sudah memastikan kebenarannya melalui Dato’ Mufti. Jika benar, maka tindakan perlu diambil, jika tidak benar tindakan perlu juga diambil. Inilah tugas-tugas pendakwah… Menyelamatkan umat…. Wallahualam.
Friday, November 03, 2006

PostHeaderIcon Rindu Kepada Redho Allah Namun Sukarnya Menawan Nafsu



Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sukarnya mencapai Redho ilahi bilamana hati bersarang mazmumah dan bilamana nafsu bermaharajalela. Walau sepastinya seseorang manusia amat mengidamkan redho ilahi akan tetapi mengapa masih jua dia mengingkari perintah ilahi.

Sesetengah mereka tahu malah arif pula tentang hukum-hakam agama namun tetap gagal mengekang nafsu yang selalu merosakkan jiwa. Mengapa begitu sukar mendidik jiwa? Tiadakah jalan pintas untuk mendidik jiwa lantas terus menjadi kekasih Allah?

Duhai kawan,

Tiada jalan pintas dan jalan mudah. Bukankah mengharapkan kesenangan dimuka bumi ini suatu fantasi. Apakah tidak kita mengerti bahawa hidup ini adalah dugaan untuk menguji kita. Bukankah Yang Maha Esa telah berfirman:

"Adakah manusia mengira bahawa kami akan membiarkan mereka mengatakan kami beriman kepada Allah, sedang Mereka tidak diuji"

Kalaupun ada kesenangan itu hanyalah bonus dari Rabb Jalil kepada manusia. Hakikatnya hidup ini suatu cubaan. Yang kaya diuji untuk bersyukur manakala Yang miskin pula untuk bersabar.

Justeru itu, mahu atau tidak mahu perlu kita didik hati kita dengan perjuangan dan jihad. Memerangi nafsu mazmumah dan hasutan syaitan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Bersabar terhadap tuntutan nafsu itu sendiri sebahagian daripada tuntutan agama.

Ya Rabbi ku panjatkan doa agar hati terdidik dan jiwa terlatih dengan amalan soleh demi mengecap redhoMu.

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Wednesday, November 01, 2006

PostHeaderIcon Cara Hidup Biasa Bersama Secawan Kopi

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Baru sebentar tadi ku melayari laman blog rakan-rakan, merisik berita khabar dari rakaan-rakan seperjuangan yang jauh beratus batu. Ada yang sedang bekerja, ada yang berkhidmat dalam jamaah dan ada yang tidak aktifkan blog.

Menjalani hidup di alam pekerjaan menyebabkan aku rindu pada perjuangan dialam kampus. Perjuangan yang tidak mengenal erti lelah disamping teman-teman. Perjuangan untuk menegakkan Islam dalam diri sendiri, rakan-rakan, dan masyarakat.

Masih terngiang-ngiang ditelingaku kata bicara Mantan Presiden ABIM En. Ahmad Azam berhubung langkah perjalanan yang biasa diikuti oleh mereka yang “biasa” yang memilih cara hidup “biasa” amat berbeza sekali dengan perjalanan “Mujahid Dakwah” yang penuh dengan onak dan duri.

Ramai yang memilih cara hidup biasa kerana ia lebin mudah dan sememangnya itulah system hidup yang mereka teladani dari keluarga mereka. Apa itu cara “hidup biasa”?

“Cara Hidup Biasa” ialah hidup sekadar hidup, hidup untuk diri sendiri dan keluarga seperti kebanyakan orang. Mereka yang mengamalkan kehidupan sebegini tidaklah bermaksud mereka adalah golongan fasik yang sentiasa melakukan maksiat. Mereka barangkali adalah golongan yang kuat berpegang kepada agama cuma mereka memilih kitaran hidup yang biasa.

Kebanyakan manusia selepas dilahirkan akan dididik dan diajarkan untuk menjadi manusia yang berguna. Kemudian apabila diperingkat remaja, manusia mula menanam cita-cita. Kemudian bermulalah pemburuan manusia mencapai cita-citanya. Dia akan melanjutkan pelajarannya ke universiti. Setelah tamat belajar dia akan mencari kerjaya dan kemudian berkahwin. Dalam memastikan keluarganya terbela dia akan cuba menaikkan taraf kehidupan keluarganya dan akhirnya dia boleh senang hati meninggalkan dunia.

Barangkali inilah perjalanan hidup segelintir golongan manusia. Mereka orang yang baik-baik serta soleh disamping menjadi seorang yang setia menjaga keluarga mereka. Apa yang mereka buat ini amat dituntut oleh Islam. Cuma ada satu perkara sahaja yang kurang. Apa ya agaknya?

Ya,Dimanakah agaknya sumbangan mereka untuk Islam? Fikir-fikirkanlah.. Bagaimana agaknya kita nak jawab dihadapan Allah jika ditanyakan apa yang kita buat untuk agamanya? Malu rasanya bila mengenangkan sikap kita yang acuh tak acuh mengahadapi krisis umat yang kian meruncing?

Kita kebiasaannya mengambil sikap tidak ambil peduli. Lihat sahajalah adakah kita buat sesuatu terhadap isu umat yang disiarkan didalam surat khabar. Mungkin kita prihatin, tapi prihatin kita hanya berakhir dengan bicara kosong dengan penuh perasaan dikedai kopi. Akhirnya, tiada sebarang usaha yang diambil sekadar menghabiskan secawan kopi berharga 80 sen. Wallahualam.
Monday, October 30, 2006

PostHeaderIcon Selamat Hari Raya

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Selamat Menyambut Hari Raya… Hari Raya bagi umat Islam merupakan perayaan ibadah yang disyariatkan. Saban tahun kita menyambut hari raya selepas pemergian Ramadhan namun berapa kalikah Raya kita menjadi ibadah.

Raya bagaikan sudah menjadi adat. Biarlah Syawal kali ini menjadi muhasabah kepada kita. Berusahalah kita bersama-sama membersihkan hati.

Menyucikan hati dari segala sifat mazmumah adalah yang paling susah sekali. Namun menurut Imam Al-Ghazali, hati boleh ditundukkan melalui latihan. Hati dan Nafsu perlu dilatih tidak boleh dimanjakan sangat kelak menguasai diri.

Memandangkan kita sudah menghampiri akhir tahun 2006, buat pengetahuan kawan- kawan SISMA, “gathering” kita tahun depan akan dilaksanakan pada Mei 2007, Jangan lupa ye.. Disana kita akan bincangkan soal penubunuhan KPU (Kompleks Pembangunan Ummah)

InsyaAllah dalam tempoh yang terdekat ini saya akan siarkan dalam blog ini maklumat berkenaan KPU untuk maklumat rakan-rakan. Selamt Berjuang Rakan-Rakan… Berjuanglah demi mendapatkan keredhaan Allah… Tentangilah Syaitan dan Nafsu Sepenuh Hati… Wassalam
Monday, October 16, 2006

PostHeaderIcon Ulamak Pun Masih Perlu Pada Tarbiyyah.

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

"Iman itu berkurang dan bertambah"
Begitulah bunyi hadis yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin. Walaupun hadis ini dihukum tiada asalnya, ataupun dalam erti kata lain tidak dilafazkan oleh Rasullah S.A.W malah tidak diketahui dilafazkan oleh siapa, masih jua boleh kita ambil pengajaran dari apa yang dipetik oleh Hujjatul Islam itu.

Sebenarnya itulah sifat manusia kecuali para nabi yang maksum dan sememangnya akan terus meningkat imannya. Sedangkan kita pula sentiasa perlu bermujahadah untuk meningkatkan iman.

Perkataan "mujahadah" itu sendiri telah membawa makna yang mendalam. Mujahadah dalam bahasa melayunya bermaksud "saling berjuang". Perkataan ini digunakan dalam mengambarkan peri perjuangan membersihkan hati. Maksud mujahadah melambangkan apa yang berlaku, kita terpaksa berlawan dengan nafsu di dalam hati yang sememangnya suka melawan. Kalau kita alpa nafsu dan syaitan akan mengambil alih peranan iman dan akal. Begitulah lawan dan melawan yang berlaku didalam hati.

Justeru itu, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa dirinya tidak lagi perlu untuk ditarbiyyah hatta ulamak sekali pun. Sengaja penulis membawa isu ini untuk mengingatkan kita bahawa dalam jamaah para naqib dan para pempinan perlu juga mengikuti proses tarbiyyah.

Adalah amat tidak bertepatan sekali sekiranya wujud pandangan bahawa Para
pempinan dan Para Naqib adalah mereka yang sudah ditarbiyyah dan telah
habis melalui proses tarbiyyah. Tiada siapa yang boleh mengaku bahawa dia
sudah habis ditarbiyyah. Membiarkan para pimpinan dan para naqib tidak dididik kerana status mereka akan mengakibatkan hati mereka kian luntur dari iman yang pernah mekar bak bunga yang merah disanubari mereka waktu tika dulu.

Menurut Ibnu Taimiyyah, Imam Al-Ghazali sebelum wafatnya gigih mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam. Nah, seorang Hujjatul Islam "Penhujah Islam" pun masih terus berguru, mengapa pula kita menongkat langit mengatakan tidaak untuk ditarbiyyah dengan berguru.
Saturday, October 14, 2006

PostHeaderIcon Mat Rempit Oh.. Mat Rempit...Pejuang Berani Mati

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Semalam, justeru bosan dengan karenah "Mat Rempit" polis telah mengeluarkan kenyataan untuk bertindak tegas terhadap mat rempit yang dilihat makin berleluasa.
Keberkesanan operasi membanteras "mat rempit" tidak boleh dipastikan sama ada akan berjaya atau menemui kegagalan. Mereka ini "pejuang berani mati" yang sanggup mati di medan jalan raya demi nama dan keseronokan. Kalau di Palestin "Pejuang Berani Mati" yang dipelopori oleh Mujahid Islam, sanggup juga mati tapi di Jalan Allah demi mempertahankan agama dan negara.
Barangkali ada yang menyanggah, pandangan ini kerana adalah tidak sesuai untuk dianggap Mat Rempit sebagai pejuang kalau dikategorikan penyangak sesuailah. Biarlah apa yang ingin ditimbulkan, maksud sebenar penulis dengan menulis sebegini ialah untuk mengetengahkan sikap mereka yang tidak "takut mati". Membawa motor dengan risiko yang tinggi.
Sikap untuk tidak takut mati memang dituntut dalam Islam tapi sayangnya mereka telah menyalurkan perasaan berani ini ke tempat yang salah. Alangkah baik,sekiranya mereka menjadi orang yang berani untuk membuat kebaikan. Menjadi mujahid yang sanggup mati demi mempertahankan Islam.
Dengan ribuan jumlah mereka, kalau mereka sanggup berubah dari suka mati dekat jalan raya dengan mati katak kepada mati dijalan Allah dengan penuh kemuliaan pasti ketakutan musuh- musuh Islam.
Bila difikirkan kembali, alangakah sayangnya cara kematian yang berpunca dari berlumba. Sudahlah rugi didunia berdepan pula dengan kegagalan diakhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya yang mulia hanya yang mati dijalan Allah. Tiada kemuliaan disisi Allah kerana mati untuk tunjuk berani, untuk dipuji, dan untuk berbangga-bangga. Dalam hadis nabi ada menyebut:

حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏وابن نمير ‏ ‏وإسحق بن إبراهيم
‏ ‏ومحمد بن العلاء ‏ ‏قال ‏ ‏إسحق ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏و قال ‏ ‏الآخرون ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو
معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏شقيق ‏ ‏عن ‏ ‏أبي موسى ‏ ‏قال ‏ سئل رسول الله ‏
‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل ‏ ‏حمية ‏ ‏ ويقاتل ‏ ‏رياء ‏
‏أي ذلك في سبيل الله فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من قاتل لتكون كلمة
الله هي العليا فهو في سبيل الله ‏ ‏
"Ditanyakan kepada Rasullah S.A.W tentang pemuda yang berjuang kerana menonjolkan keberanian, dan yang berjuang kerana semangat mempertankan(kaum sendiri) dan yang berjuang demi kebanggaan, yang manakah berjuang dijalan Allah. Berkata Rasullah S.A.W: Sesiapa yang telah berjuang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi maka dia dijalan Allah"
Hadis Sahih Muslim, Hadis ke-3525
Akhir kata, buat para "Mat Rempit" dan "Minah Rempit" marilah mati jalan Allah bukan dijalan raya atau highway.
Wednesday, October 11, 2006

PostHeaderIcon SAJAK: STRATEGI PERJUANGAN PENAKUT

Strategi Perjuangan Penakut


Ramai bilang ketidakupayaan,
Pebagai alasan kekang perjuangan,
Lidah petah menyata pendirian,
Berdiri teguh demi Islam ditegakkan
Namun diri tidak betah berkorban,

Bilangnya…
Kalau berjuang jangan terkorban,
Kalau berusaha jangan letih,
Kalau berdakwah jangan dibenci,
Takut risiko strategi perjuangan

Mana mungkin berjuang tanpa berkorban
Mana mungkin Berusaha tanpa letih,
Mana mungkin berdakwah tanpa dibenci
Si buta pun pasti mengerti

Mana tidaknya…
Sirah Nabi sudah tercatat
Perihal kisah perjuangan pengorbanan,
Perihal kisah berusaha letih,
Perihal kisah pendakwah dibenci

Takut ombak menghempas rumah,
Jangan berumah ditepi pantai,
Kiranya penakut berderau darah,
Jangan ungkap berani lagak Si Murai,

PostHeaderIcon Bila Islam Akan Gah..???

BILA BARU ISLAM AKAN GAH..?

Inilah persoalan yang bermain dibenak pemikiranku… bilakah tarikh untuk Islam akan bangkit menjadi peneraju tamadun dunia seperti waktu dulu. Apabila membaca buku Dr. Yusof Al-Qardhawi bertajuk “Islam Hadharatul Ghad” atau dalam bahasa Melayunya “Islam Tamadun akan datang” maka yakinlah aku bahawa dunia masa akan datang adalah milik Islam.

Islam adalah tamadun yang terbaik sebagai ganti tamadun keduniaan yang banyak merosakkan. Pendekatan barat yang mengabaikan soal kerohanian melalui pengangan sekularisme telah menyebabkan manusia kehilangan arah dalam memahami tujuan hidup mereka.

Tamadun barat adalah atamadun yang kosong dari nilai budi yang akhirnya merebakkan pelbagai penyakit social didalam masyarakat. Kehadiran penyakit social yang kronik adalah petanda kehancuran sesebuah tamadun sepertimana yang dinyatakan didalam buku Al-Muqaddimah karangan “Ibn Khaldun”

Justeru, Dr Yusof Al-Qardhawi menyatakan bahawa kehancuran dan kekecewaan terhadap Tamadun Barat akan menyebabkan Islam menjadi semakin relevan sebagai Tamadun yang lebih baik bagi umat manusia.

Kehadiran Tamadun Islam sebagai alternatif bukanlah menolak segala kemodenan yang dibawa oleh Tamdun Barat. Sebaliknya Islam bersifat neutral terhadap pembangunan material yang diasaskan oleh Tamadun Barat.

Apa yang ingin dibawa oleh Islam hanyalah, mengharmonikan diantara aspek pembangunan rohani dan material agar seirng. Tamadun yang ingin dibentuk ialah Tamadun yang mencapai tahap pembangunan yang tinggi disamping tunduk patuh kepada “Rabb Al-Jalil” sebagai Pencipta. Dalam erti kata lain, dalam Tamadun Islam kemodenan tidak mengalpakan manusia terhadap tuhan malah mendekatkan diri manusia kepada Tuhan.

Namun demikian, bilakah Islam akan Gah??? Adakah selepas barat jatuh baru Islam akan naik atau kita boleh naik tanpa perlu menanti kejatuhan Tamadun Barat yang tidak tahu bila bakal terjadi.

Sebenarnya Umat Islam boleh membina tamadun Islam kembali tanpa perlu mengharap kejatuhan Tamadun Barat. Mengapa perlu dinanti pada kelemahan orang lain? Apakah kita sebagai umat Islam tidak mampu untuk bangkit dengan menonjolkan kekuatan kita bukan mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain? Mengapa tidak kita berdiri diatas kaki kita sendiri?

Saban waktu kita sekadar mendoakan kehancuran tamadun barat tanpa berusaha membangunkan Tamadun Islam. Lihat sahajalah betapa umat Islam berpecah belah dalam menetapkaan isu. Dalam peperangan terhadap Iraq contohnya, Negara-negara umat Islam betelagah menentukan tindakan yang perlu diambil.

Sebenarnya, segala isu boleh ditangani dengan mudah kalau umat Islam bersatu. Seorang cendekiawan kristian berbangsa Palestin menyatakan kalau seluruh penduduk arab bersatu dan “mengaum” pasti akan takutlah musuh-musuh yang ingin mengambil kesempatan.

Akan tetapi, sayang seribu kali sayang.. kita bukan sekadar berpecah kita turut meninggalkan ajaran Islam. Banyak sekali yang kita langgar sehingga kita menjadi seperti orang yang tidak beragama.

Kesimpulannya, selagi Islam tidak dibangunkan didalam hati kita jangan dicita “Tamadun Islam Peneraju Dunia”
Tuesday, October 03, 2006

PostHeaderIcon Hakikat Hidup Cinta dan Amal 2

HAKIKAT HIDUP, CINTA DAN AMAL –BHG2


Ayat kedua dari kata-kata Imam al-Ghazali berbunyi “ Cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya’.

Itulah hakikat cinta didunia ini. Segala perkara yang kita cintai dari ibubapa, isteri,kekasih, anak-anak serta harta segalanya akan meninggalkan kita apabila jasad dikebumikan jauh 7 kaki dibawah bumi.

Cinta kepada segala isi dunia adalah suatu ujian kepada kita agar tidak membelakangkan cinta kita kepada Allah dan rasulnya yang merupakan cinta yang paling unggul.

Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita harus menafikan perasaan cinta kepada dunia. Mana mungkin kita menafikan rasa cinta sesame insan misalnya sedangkan bukankah Nabi junjungan kita pernah bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya”

Malah didalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa pada hubungan suami isteri itu dikurniakan perasaan “mawaddah wa rahmah”. Jelas di sini sekiranya kita dilarang mencintai dunia maka apa perlunya arahan Nabi Muhammad S.A.W dan apa pula perlunya Allah membenarkan perasaan kasih dan sayang dalam hubungan suami isteri.

Sebenarnya kehendak dari kata-kata Imam Al-Ghazali ialah kita boleh mencintai apa sahaj tapi perlu beringat bahawa cinta kita kepada Allah dan Rasul perlu mengatasi cinta kepada dunia. Kalau ditakdirkan kita perlu memilih antara dua cinta maka pilihlah Cinta kepada Allah kerana itulah yang hakiki.

Seterusnya didalam rangkap kata Imam Al-Ghazali yang ketiga berbunyi “buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu” mengingatkan kita bahawa setiap perbuatan pasti dihitung walau sebesar zarah.

Setiap perbuatan kita samaada secara terang atau secara sembunyi-sembunyi pasti akan dihitung kerana Allah Maha Mengetahui. Kadang-kadang manusia sering menganggap ringan dosa kecil yang mereka lakukan sesetengah dari mereka pula menganggap biasa apabila melakukan dosa besar. Mereka lupa bahwa Allah pasti menghitung setiap perbuatan mereka, pada perkiraan mereka amal baik mereka telah lebih banyak dan pada perkiraan mereka taubat itu mudah digapai.

Alangkah dangkalnya pemikiran seperti ini, mereka berangan masuk syurga Allah tanpa melalui jalan mujahadah yang dilalui oleh para solihin. Tepuk dada tanya iman adakah kita tergolong dari golongan Solihin. Dalam satu hadis yang dinyatakan oleh Imam Hadad didalam bukunya ada menyebut 4 petanda kerosakan hati. Antaranya ialah panjang angan-angan tanpa amal dan usaha.

Akhir kata, tulisan ini sebenarnya daku tulis untuk mendidik diri ini kerana yang paling memahami apa yang ditulis sepastinya penulis sendiri. Semoga Allah ampun dosa daku dan kawan-kawan. Selamat Berjuang
Friday, September 29, 2006

PostHeaderIcon Hakikat Hidup Cinta dan Amal

Wahai anakku yang tercinta,

"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engaku akan dibalas mengikut amal perbuatanmu"
-Petikan daripada Ayuhal Awlad oleh Imam Al-Ghazali-
Nasihat yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali kepada muridnya cukup mendalam bagai panahan menusuk kalbu. Masakan seorang insan yang berfikiran waras tidak tersentak dengan perlian yang cukup pedas tapi penuh dengan kebenaran.
Telitilah bicara awal beliau yang menyuruh kita buat apa sahaja selagi hayat masih ada tapi perlu diingat kita pasti akan mati. Setiap yang mati pasti akan dihisab amal baik dan buruknya. Mereka yang beriman dan beramal soleh didunia dahulu akan dimasukkan kedalam syurga . Bagi yang ingkar dan memilih hidup "enjoy" maka pintu neraka terbuka luas mempersilakan kehadirannya.
Berdasarkan hakikat bahawa hidup ini hanya sementara dan sekadar pentas ujian untuk mencapai keredhaan Allah yang abadi. Mana mungkin seorang manusia sengaja menempah gagal didunia agar diazab diakhirat kelak jika benar dia memahami bahawa dia pasti akan mati dan pasti akan dihisab.
Sebenarnya mengingati mati adalah saranan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis ada menyatakan:
"Cukuplah mati sebagai pengajaran"
Apabila kita sentiasa berpesan kepada diri bahawa kita akan menemui ajal suatu hari nanti dan sentiasa beringat apabila setiap kali kita bangun tidur diawal pagi maka makin hampir kita kepada ajal yang telah ditetapkan bagi kita maka akan wujud rasa gerun mengenangkan nasib disana. Perasaan takut inilah benteng yang akan menghalang kita dari membuat semua perkara mengikut citarasa kita dalam erti kata lain membelakangkan syariat. Mereka yang mengingati mati tahu bahawa setiap amalan pasti akan dibalas.
Namun sayang seribu kali sayang, ramai dikalangan kita pada hari ini lupa bahawa kita akan mati. Kita bagaikan lupa bahawa setiap detik yang berlalu akan menghampirkan kita kepada mati. Fikiran kita apabila berimaginasi sering membayangkan bahawa tahun yang bakal mendatang bakal mendekatkan kita dengan cita-cita kita. Sehingga kita terlupa bahawa tahun yang mendatangkan juga bakal mendekatkan kita dengan mati. Semoga dengan ini makin selalu kita mengambil sejenak waktu untuk bertafakur tentang kematian untuk membangkitkan jiwa kita yang lesu dan malas untuk beribadat.
Bersambung....
Thursday, September 28, 2006

PostHeaderIcon Gambar Si Comel


Assalammualaikum.. inilah gambar saya masa ambil scroll hari tu,hehe, leh percaya ke??? gurau je.. ini gambar adik paling..kecil.

Hari ni saya ingin mengupas sebuah buku yang mana saya kira elok kalau diulas untuk manfaat semua. Buku ini telah habis saya baca semoga dengan menulis berkenaan buku tersebut ilmunya akan lebih melekat.

Buku yang bertajuk "Ayyuhal Walad" tulisan Imam al-Ghazali dan diterjemahkan kepada "Wahai Anak" oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam. Buku ini sebenarnya ialah kiriman surat-surat yang dihantar oleh Imam Al-Ghazali kepada muridnya sebagai bingkisan nasihat. Walaupun beliau telah menulis "ihya' ulumuddin" yang sudah sarat dengan ilmu yang pelbagai sebagai panduan hidup yang boleh dibaca oleh muridnya, beliau tidak mahu mengecewakan muridnya yang meminta beliau menuliskan surat nasihat kepadanya.

Nasihat- nasihat dalam buku ini cukup mendalam pengertiannya dan luas kegunaannya dalam membaiki hati kita yang rosak. Sebenarnya nasihat-nasihat ini adalah isi pati pengajaran "ihya ulumuddin". Besar sekali peranan 25 nasihat yang disampaikan oleh Imam al-Ghazali kepada muridnya kerana setiap nasihat berperanan merangsang jiwa agama dalam hati setiap pembaca.

Baiklah sekadar ini dahulu.. esok saya akan ulas nasihat yang diberikan....
Wednesday, September 27, 2006

PostHeaderIcon Buat Rakan Dan Taulan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencuba untuk buka blogger ni akhirnya dapat, Dah banyak kali dah cuba tapi berakhir dengan tak jadi. Pertamanya saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan buat rakan-rakan.

Mula2nya saya kurang berminat untuk aktifkan blog nie... tapi setelah mendapati ramai kawan yang ada blog tapi tak aktifkan.. saya rasa kecewa, bukan apa.. teringin benar rasanya mengetahui kisah rakan-rakan yang telah grad UIA. Justeru itu, biarlah saya mulakan dengan diri saya sendiri.. melalui sekarang saya akan cuba untuk kemaskinikan blog nie... dengan pelbagai informasi.

Rakan- rakan boleh beri idea... nak bincang isu apa....

Baiklah, biarlah saya bercerita tentang diri saya terlebih dahulu... Segala puji bagi Allah kerana sekarang saya sudah bekerja di MAP training(Motivasi Alihan Pelajar) dibawah kelolaan Dr. Tengku Asmadi iaitu sebuah syarikat motivasi. Banyak pengalaman yang dapat ditimba disini.. khususnya dalam mengahadapi karenah pelajar Melayu yang pelbagai ragamnya...

Pengalaman bersama PKPIM sewaktu belajar dahulu benar-benar banyak membantu dalam menghadapi para pelajar.... Yang samseng kena ada caranya... Yang Manja pun ada caranya untuk dinasihati dan diberi motivasi... Walau apa pun, yang saya pegang hidayah itu semuanya milik Allah...

Oklah.... kalu ada apa2 cadangan bagilah ye.....