Friday, September 29, 2006

PostHeaderIcon Hakikat Hidup Cinta dan Amal

Wahai anakku yang tercinta,

"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engaku akan dibalas mengikut amal perbuatanmu"
-Petikan daripada Ayuhal Awlad oleh Imam Al-Ghazali-
Nasihat yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali kepada muridnya cukup mendalam bagai panahan menusuk kalbu. Masakan seorang insan yang berfikiran waras tidak tersentak dengan perlian yang cukup pedas tapi penuh dengan kebenaran.
Telitilah bicara awal beliau yang menyuruh kita buat apa sahaja selagi hayat masih ada tapi perlu diingat kita pasti akan mati. Setiap yang mati pasti akan dihisab amal baik dan buruknya. Mereka yang beriman dan beramal soleh didunia dahulu akan dimasukkan kedalam syurga . Bagi yang ingkar dan memilih hidup "enjoy" maka pintu neraka terbuka luas mempersilakan kehadirannya.
Berdasarkan hakikat bahawa hidup ini hanya sementara dan sekadar pentas ujian untuk mencapai keredhaan Allah yang abadi. Mana mungkin seorang manusia sengaja menempah gagal didunia agar diazab diakhirat kelak jika benar dia memahami bahawa dia pasti akan mati dan pasti akan dihisab.
Sebenarnya mengingati mati adalah saranan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis ada menyatakan:
"Cukuplah mati sebagai pengajaran"
Apabila kita sentiasa berpesan kepada diri bahawa kita akan menemui ajal suatu hari nanti dan sentiasa beringat apabila setiap kali kita bangun tidur diawal pagi maka makin hampir kita kepada ajal yang telah ditetapkan bagi kita maka akan wujud rasa gerun mengenangkan nasib disana. Perasaan takut inilah benteng yang akan menghalang kita dari membuat semua perkara mengikut citarasa kita dalam erti kata lain membelakangkan syariat. Mereka yang mengingati mati tahu bahawa setiap amalan pasti akan dibalas.
Namun sayang seribu kali sayang, ramai dikalangan kita pada hari ini lupa bahawa kita akan mati. Kita bagaikan lupa bahawa setiap detik yang berlalu akan menghampirkan kita kepada mati. Fikiran kita apabila berimaginasi sering membayangkan bahawa tahun yang bakal mendatang bakal mendekatkan kita dengan cita-cita kita. Sehingga kita terlupa bahawa tahun yang mendatangkan juga bakal mendekatkan kita dengan mati. Semoga dengan ini makin selalu kita mengambil sejenak waktu untuk bertafakur tentang kematian untuk membangkitkan jiwa kita yang lesu dan malas untuk beribadat.
Bersambung....
Thursday, September 28, 2006

PostHeaderIcon Gambar Si Comel


Assalammualaikum.. inilah gambar saya masa ambil scroll hari tu,hehe, leh percaya ke??? gurau je.. ini gambar adik paling..kecil.

Hari ni saya ingin mengupas sebuah buku yang mana saya kira elok kalau diulas untuk manfaat semua. Buku ini telah habis saya baca semoga dengan menulis berkenaan buku tersebut ilmunya akan lebih melekat.

Buku yang bertajuk "Ayyuhal Walad" tulisan Imam al-Ghazali dan diterjemahkan kepada "Wahai Anak" oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam. Buku ini sebenarnya ialah kiriman surat-surat yang dihantar oleh Imam Al-Ghazali kepada muridnya sebagai bingkisan nasihat. Walaupun beliau telah menulis "ihya' ulumuddin" yang sudah sarat dengan ilmu yang pelbagai sebagai panduan hidup yang boleh dibaca oleh muridnya, beliau tidak mahu mengecewakan muridnya yang meminta beliau menuliskan surat nasihat kepadanya.

Nasihat- nasihat dalam buku ini cukup mendalam pengertiannya dan luas kegunaannya dalam membaiki hati kita yang rosak. Sebenarnya nasihat-nasihat ini adalah isi pati pengajaran "ihya ulumuddin". Besar sekali peranan 25 nasihat yang disampaikan oleh Imam al-Ghazali kepada muridnya kerana setiap nasihat berperanan merangsang jiwa agama dalam hati setiap pembaca.

Baiklah sekadar ini dahulu.. esok saya akan ulas nasihat yang diberikan....
Wednesday, September 27, 2006

PostHeaderIcon Buat Rakan Dan Taulan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama mencuba untuk buka blogger ni akhirnya dapat, Dah banyak kali dah cuba tapi berakhir dengan tak jadi. Pertamanya saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan buat rakan-rakan.

Mula2nya saya kurang berminat untuk aktifkan blog nie... tapi setelah mendapati ramai kawan yang ada blog tapi tak aktifkan.. saya rasa kecewa, bukan apa.. teringin benar rasanya mengetahui kisah rakan-rakan yang telah grad UIA. Justeru itu, biarlah saya mulakan dengan diri saya sendiri.. melalui sekarang saya akan cuba untuk kemaskinikan blog nie... dengan pelbagai informasi.

Rakan- rakan boleh beri idea... nak bincang isu apa....

Baiklah, biarlah saya bercerita tentang diri saya terlebih dahulu... Segala puji bagi Allah kerana sekarang saya sudah bekerja di MAP training(Motivasi Alihan Pelajar) dibawah kelolaan Dr. Tengku Asmadi iaitu sebuah syarikat motivasi. Banyak pengalaman yang dapat ditimba disini.. khususnya dalam mengahadapi karenah pelajar Melayu yang pelbagai ragamnya...

Pengalaman bersama PKPIM sewaktu belajar dahulu benar-benar banyak membantu dalam menghadapi para pelajar.... Yang samseng kena ada caranya... Yang Manja pun ada caranya untuk dinasihati dan diberi motivasi... Walau apa pun, yang saya pegang hidayah itu semuanya milik Allah...

Oklah.... kalu ada apa2 cadangan bagilah ye.....