Sunday, January 27, 2008

PostHeaderIcon Ahli Sufi Seorang Suami Terbaik


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Siapakah yang lebih tinggi taqwanya daripada Rasullah S.A.W sehingga tergamak untuk dia melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya pada diri baginda S.A.W adalah contoh terbaik yang patut kita ikuti.


Sesungguhnya Al-Quran menggambarkan peribadi mulia baginda S.A.W. Namun seringkali kita tergelincir daripada meneladani peribadi mulia Rasullah S.A.W. Sebagai contoh kita sering mengabaikan peri laku mulia Nabi Muhammad S.A.W dirumah yang unggul. Sehingga kita tidak berusaha meneladaninya. Fikir kita, kita sudah melakukan yang terbaik. Segala ibadah dengan rahmat Allah dapat kita lakukan dengan sempurna. Kita juga telah cuba jadi suami yang terbaik dengan menyediakan segala keperluan isteri. Bekerja mencari nafkah dari pagi hinggalah ke petang.


Sebaik sampai rumah kita disambut oleh si isteri lalu kita pun berehat bersandar diatas sofa sambil membiarkan isteri sibuk menguruskan rumah tangga. Sikap begini kadang-kadang berlanjutan sehinggalah ke waktu cuti dihujung minggu. Isteri dibiarkan bekerja sendirian didapur. Barangkali kita sudah biasa dimomokkan bahawa tugas isteri adalah menjaga rumahtangga sedang suami batasan kerjanya ialah mencari nafkah. Oleh itu, walaupun kadang-kadang si isteri turut penat bekerja membantu suami mencari nafkah, si suami masih tiada rasa bersalah membiarkan isteri melakukan kerja-kerja rumah yang lain.


Malah ada juga suami yang baik, alim malah sering keluar untuk tujuan dakwah turut berpandangan yang demikian. Baginya, rumah adalah tempat istirehat setelah begitu letih bekerja untuk Islam.


Sahabat-sahabat..


Hakikatnya, pandangan-pandangan ini adalah menyeleweng dari apa yang ditunjukkan oleh Rasullah S.A.W. Di dalam buku "Pendidikan anak-anak dalam Islam" karangan Abdullah Nasih Ulwan yang memetik hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh At-Thabari bahawa daripada Aisyah r.a bahawasanya apabila ditanya: Apakah yang dibuat oleh Rasullah S.A.W ketika baginda berada dirumahnya? Jawab Aisyah r.a : Baginda buat seperti yang kamu lakukan,mengangkat yang ini, dan meletakkan yang itu,sentiasa menolong isterinya, memotong daging, menyapu rumah, dan membantu khadam dalam kerja-kerja rumah.


Lihatlah betapa mulianya Rasullah S.A.W. Kalaulah kita ditempat tersebut pada zaman tersebut pastinya kita sudah beralasan pelabagai untuk tidak membantu isteri. Masakan tidak , isteri pada masa itu bukan seperti sekarang yang turut bekerja mencari nafkah. Mereka adalah suri rumah sepenuh masa. Namun ini semua tidak menghalang Rasullah S.A.W daripada membantu isterinya lalu apakah pula yang menghalang kita?


Sebenarnya tanggungjawab seorang suami memang berat dan inilah pelaburan kita untuk ke syurga. Isteri perlu dilakukan sebaik-baiknya barulah kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan barulah si isteri dengan rela menerima nasihat si suami. Jika hak-hak ini tidak ditunaikan hancurlah kebahagiaan keluarga. Si isteri tidak redho pada si suami dan si suami tidak redho pada si isteri.


Sahabat-sahabat


Andai kita tercari zikir-zikir untuk menambahkan bekalan amal apakata kita cari juga kerja-kerja di dapur untuk membantu isteri... Itukan ibadah juga...


Wallahualam..
Tuesday, January 22, 2008

PostHeaderIcon Tiada Siapa Pun Yang Sudi Menggerakkan Satu Jari Mereka!!


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


"Tiada siapa pun yang sudi untuk menggerakkan walau satu jari untuk membantu, jeritan dan tangisan kami tidak mampu meruntun mereka untuk bergerak" keluh Ahmad seorang warga emas Palestin. Ucapan ini saya peyik dari berita yang dipaparkan di islamonline.


Apabila membaca keperitan yang dialami oleh umat Islam Palestin terasa malu saya dengan Allah atas ketidak mampuan saya membantu mereka. Moga-moga tulisan ini Allah berikan ganjaran kepada saya sebagai salah satu cara membantu umat disana.


Biarlah saya dedahkan peristiwa kekejaman Israel yang bermula pada 18 januari 2008 dimana mereka telah menyekat sebarang bekalan makanan untuk masuk ke sempadan Gaza. Tanpa belas ihsan juga mereka tidak membenarkan sebarang bahan api dibawa masuk. Kesannya semua stesen minyak ditutup dan lebih menyedihkan tiada bahan api yang boleh digunakan untuk menjana stesen janakuasa elektrik.


Penduduk palestin terpaksa hidup dalam kegelapan dan yang paling menyedihkan ialah kilang-kilang makanan terpaksa ditutup malah hospital-hospital juga mengalami nasib yang sama. Bayangkanlah berapa ramai yang bakal mati kerana penindasan mereka??? Lihat sahaja gambar diatas... bagaimana nasib pesakit kronik tersebut???
Yahudi membunuh umat Islam dalam senyap.. fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan.. Adakah kita hanya ingin menjadi golongan pemerhati...?? Perhatikanlah hadis nabi S.A.W yang pernah menyebut:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

"Barang siapa yang tidak mengambil peduli hal ehwal umat Islam maka dia bukan dari golongan mereka"
Selamat Berfikir, Wallahualam
Monday, January 07, 2008

PostHeaderIcon Kita dalam peperangan..


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Setiap detik yang berlalu, kita tidak pernah terlepas dari peperangan besar yang menakutkan. Itulah peperangan kita dengan hawa nafsu yang bersatu dengan syaitan. Saban waktu sering kita dicucuk oleh nafsu dan syaitan agar kita jauh dari jalan menuju Redho Allah.


Setelah kita selamat diatas jalan yang lurus, nafsu dan syaitan tidak akan membiarkan begitu sahaja, mereka bakal hadir dalam bentuk yang lain untuk menggoda dan menghasut kita. Misalnya setelah kita istiqamah melaksanakan perintah Allah maka datang perasaan riya' yang diapi-apikan oleh syaitan.



Justeru itu, mana mungkin peperangan besar ini akan tamat... Mereka pasti tidak mahu mengalah, asal ada peluang mereka akan memastikan kita tewas. Mahu atau tidak mahu kita perlu juga melawan mereka dengan sehabis daya kita. Menurut Imam Al-Ghazali sebenarnya jiwa ini boleh didik dengan usaha yang berterusan kerana itu beliau menulis buku bertajuk "Minhajul A'bidin" yang menghuraikan langkah-langkah menuju ke jalan Allah.(buku ini akan saya cuba beri sipnosis pada article akan datang.. InsyaAllah)



Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk melawan nafsu durjana...Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami.. Wallahualam


Sunday, January 06, 2008

PostHeaderIcon Psikologi kematian


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


Seorang psikiatrist bernama Elisabeth Kubler-Ross telah menemuramah lebih daripada 200 orang dari pelbagai umur yang berhadapan dengan risiko kematian disebabkan penyakit untuk memahami psiklologi kematian. Hasil daripada temuramah tersebut beliau telah mendapati terdapat 5 peringkat reaksi manusia terhadap kematian.

Pada peringkat awal apabila manusia mengetahui dirinya akan mati maka menurut Elisabeth, manusia akan cuba menafikan hakikat bahawa dia diambang kematian. Pelbagai tanggapan akan dibuat bagi menidakkan usianya yang kian menghampiri ke penghujungnya. Dalam peringkat ini manusia akan cuba untuk memanjangkan usianya dengan pelbagai cara alternatif yang ada.

Reaksi penafian terhadap kedatangan maut bukanlah suatu isu baru terhadap mereka yang tidak bersedia menghadapi kematian. Malah ketakutan terhadap maut telah menyebabkan mereka masuk ke peringkat kedua iaitu timbulnya perasaan “marah”. Pada tahap ini manusia sudah dapat menerima hakikat bahawa dirinya hanya mampu hidup untuk waktu yang kian suntuk dan mereka menunjukkan rasa cemburu terhadap yang bakal hidup selepas kematiannya.

Persoalan “Mengapa saya?” acapkali hadir mengganggu fikiran bakal si mati dan seringkali perasaan tidak puas hati serta marah ini dilepaskan terhadap para doktor yang merawat dan kadang-kadang kepada sesiapa sahaja yang ada disekitar.

Seterusnya tekanan perasaan yang mendesak untuk terus hidup dan tidak mati telah membawa manusia ke peringkat “tawar-menawar”. Mereka cuba membeli masa yang kian hampir dengan tarikh kematian mereka. Malah mereka juga, cuba berunding dengan doktor, kaum keluarga, para ahli agama dan tuhan untuk memanjangkan lagi waktu hidup mereka.

Setelah mereka menyedari bahawa mereka gagal dalam perundingan dan masa kian suntuk maka mereka menunjukkan ciri-ciri kemurungan. Mereka mula menangisi dan menyesali terhadap setiap perbuatan salah yang pernah mereka lakukan.

Akhir sekali, setelah segala jalan gagal bagi mereka untuk memanjangkan umur maka perasaan lemah dan letih mula menyelubungi diri mereka. Pada peringkat terakhir ini, bakal si mati sekadar pasrah terhadap takdir tanpa rasa perlu untuk berusaha.


Inilah pandangan yang diutarakan seorang pakar jiwa barat yang mengakui bahawa kematian merupakan ketakutan yang paling besar dihadapi oleh penduduk Amerika Syarikat.
Ketakutan ini hadir kerana tiadanya keimanan bahawa dunia ini bukan perhentian akan tetapi persinggahan.


Berbeza bagi kita yang beragama Islam, kita adalah kaum yang mencintai mati. Kita sanggup mati kerana Allah kerana kita percaya akan balasannya dihari kiamat kelak. Para ahli psikologi barat gagal memahami perasaan sanggup mati ini sehingga mereka menggelar pejuang-pejuang palestin sebagai "suicicide bombers" atau mereka yang membunuh diri dengan bom. Kesilapan dalam memahami para shuhada' menyebabkan mereka menuduh para pejuang palestin sebagai golongan yang menghadapi tekanan yang melampau sehingga sanggup membunuh diri.

Dakwaan mereka adalah palsu belaka. Umat Islam ialah umat yang mencintai mati sepertimana orang-orang barat mencintai hidup ,wanita,harta dan anak pinak mereka. Dalam hadis ada menyeru agar kita sentiasa mengingati mati:



حدثنا ‏ ‏محمود بن غيلان ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الفضل بن موسى ‏ ‏عن ‏ ‏محمد بن عمرو ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سلمة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏ قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏" أكثروا ذكر ‏ ‏ هاذم ‏ ‏ اللذات ‏ ‏يعني الموت" ‏



Hadis ini merupakan hadis yang diriwayat oleh Imam Tarmizi di dalam sunannya dan merupakan hadis sahih hasan gharib. Mudahnya hadis ini dituntut untuk diamalkan kerana tarafnya yang mencapai martabat sahih pada sesetengah pandangan dan hasan pada sesetengah yang lain.


Wallhualam, Semoga Allah berikan kekuatan kepadaku untuk membela agamanya.

I love Islam ‏