Wednesday, October 17, 2007

PostHeaderIcon Siapa Bedeah... dan Siapa Bida'h? Zikir Selepas Solat


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi





PASAL ZIKIR SELEPAS SOLAT


Selamat hari raya kepada semua rakan yang mengenali saya, jemputlah datang rumah menjamu selera di Ipoh.

To all friends out there, I warmly welcome you guys to my house at Ipoh. Hopefully you guys still remember my handphone number...

Saja bercakap bahasa Inggeris dah lama tak menulis dalam bahasa Inggeris sejak meninggalkan UIA. Baiklah berhubung tajuk yang saya kemukakan sebenarnya hadir setelah saya membaca sebuah buku yang bertajuk "Wirid Selepas Sembahyang"

Buku ini sebenarnya adalah satu usaha yang murni untuk mengembalikan umat Islam Malaysia agar berwirid dengan cara yang diajarkan oleh Rasullah S.A.W dan menjauhi bidaah yang merosakkan.

Namun ada beberapa perkara yang saya bersetuju dan ada juga yang saya tidak setuju. Buat pengetahuan pembaca sekalian, buku ini telah mengenengahkan bahawa "boleh" membaca zikir selepas sembahyang secara kuat. Ulamak yang berpegang pada pandangan ini menurut beliau antaranya ialah Imam Bukhari, Imam Muslim dan Ibnu Taimiyyah.

Anehnya penulis ini tidak membuat kajian yang cukup berhubung kebenaran pandangan-pandangan ulamak-ulamak diatas dan beliau sekadar menulis "kemungkinan " yang bermaksud kemungkinan besar ulamak tersebut berpegang kepada bolehnya membaca secara kuat.

Yang lebih memusykilkan saya ialah syarat-syarat membaca secara kuat yang diutarakan beliau. Beliau mensyaratkan boleh membaca kuat tetapi tidak boleh bacaan tersebut serentak dengan bacaan imam.
Sahabat-sahabat bayangkanlah suasana yang gamat apabila tiada keseragaman dalam membaca zikir dalam masjid. Masing-masing baca kuat pulak tu..

Sudah tentu ini tidak menepati pandangan ulamak yang mengharuskan membaca zikir secara kuat untuk mengajar. Apakah pengajaran yang boleh ditimba dengan bacaan demikian. (Menurut Dr. Wahbah Zuhaili dalam bukunya Fiqh Islami wa adilatahu, membaca zikir secara kuat dengan tujuan mengajar adalah harus)

Akan tetapi saya amat menghargai pandangan beliau bahawa berzikir selepas solat adalah amat dituntut. Malah beliau menganggap bahawa siapa yang meninggalkan zikir selepas solat telah melakukan bida'h kerana Nabi Muhammad S.A.W tidak meninggalkan zikir selepas solat. Antara hadis yang beliau petik ialah hadis Muslim berbunyi:

"Adalah Nabi jika selesai bersolat subuh akan duduk ditempat solatnya(berzikir) sehingga terbit matahari"

Begitulah tegasnya beliau menganggap mereka yang tak berzikir selepas solat adalah pembuat bida'h. Namun bagi saya, mungkin keterlaluan dikatakan pembuat bida'h kerana mereka yang membuat bida'h adalah berdosa sedangakan meninggalkan zikir yang hukumnya sunat tidak sampai menjadi dosa.

Saya lebih suka menyifatkan mereka yang tidak berzikir sebagai seorang yang BEDE-AH( Bahasa Perak yang merujuk kepada individu yang punya masalah sikap). Moga-moga Allah berikan kekuatan kepada saya dan sahabat sekalian untuk berzikir selepas solat.

Wallahualam.....

1 komentar:

Anonymous said...

Assalamualaikum Nabil.

Satu tulisan yg cukup bagus membicarakan soal zikir secara jahar (kuat) dan keharusan berzikir selepas solat. Seperti kata saudara Nabil sendiri di mana kita dituntut berzikir secara kuat (jika tidak mengganggu org lain) bagi mendapatkan kemanisan (zouq) zikir itu sendiri dan amalan ini telah diamalkan oleh golongan pengamal tarekat tasauf sejak dari dahulu lagi. Berkenaan dengan wirid selepas solat, saya juga bersetuju di mana kita perlu berwirid selepas solat sebaik2nya jika kita solat berjemaah, kita berwirid dgn suara yg kuat dengan bacaan secara serentak bacaan wirid itu dipimpin oleh Imam solat berkenaan.

-SallehWasunni-