Tuesday, April 14, 2009

PostHeaderIcon Terimalah Dengan Hati Terbuka Nasihat UntukMu



Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sebagai seorang manusia biasa yang penuh kelemahan, kekadang kita begitu sedih apabila mendengar nasihat dan teguran untuk kita. Seboleh-bolehnya kita ingin mendengar pujian tetapi tidak pada kritikan.

Sekiranya ia benar.. mengapa tidak, lapangkan sahaja dada untuk menerimanya. Bukankah itu akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada kita berbanding kita berkeras untuk menegakkan benang yang basah.

Hairan..

kekadang kita sering berfikir songsang.Bagaimana kita boleh berpandangan bahawa dengan mendengar nasihat maka maruah kita akan jatuh? Sebenarnya, setakat ini belum pernah saya mendengar orang mengutuk peribadi seseorang kerana suka mendengar nasihat. Tetapi kalau pasal orang yang keras kepala tak nak dengar kata, banyak sekali.

Nah.. itu pun sudah menunjukkan bahawa tidak akan hilang maruah orang yang mendengar nasihat. Bahkan menurut Dale Carnigie dalam bukunya "How to influence peoples and make friends" menyatakan bahawa meminta dan mendengar nasihat orang lain adalah sebahagian dari teknik yang berkesan melembutkan hati dan mempengaruhi orang lain.

Justeru itu, kita perlulah memelihara diri dari sifat takabbur dan angkuh, bilamana ditegur. Malah kita perlu menjaga percakapan dari menyatakan sesuatu yang boleh difahami sebagai membenci kebenaran kerana dikhuatiri kita terjatuh dalam golongan yang dicelakakan Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:206

Apabila dikatan kepadanya: Patuhlah kepada Allah maka kebongkakannya telah menariknya kepada dosa. Memadailah balasan untuknya neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat istirehat


Semoga ayat Allah ini dapat memperingatkan kita agar berlapang dada menerima kebenaran walau ianya pahit untuk ditelan.

Wallahualam

0 komentar: