Friday, April 27, 2007
Apa bestnya cerita kartun jepun?
9:48 AM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Gambar diatas diambil dari siri animasi mangga jepun yang bertajuk "NARUTO". Cerita ini sebenarnya menjadi kegilaan dikalangan peminat animasi jepun di Malaysia. Patung-patung permainan naruto nampaknya makin banyak dijual dipasaran.
Kalau dinilai dari aspek pergerakan, ternyata.. seperti kebanyakan cerita kartun jepun yang lain.. pergerkannya agak lambat dibandingkan cerita-cerita kartun dari barat. { Tapi berkali ganda lebih laju dari kartun Malaysia=) }
Namun. cerita kartun jepun ini masih mendapat sambutan yang hangat... Tarikan yang ada pada kartun jepun ini, menarik minat saya untuk mengkaji kelebihan jalan ceritanya. Jalan cerita "Noruto" ini cukup unik...
Dia mewakili individu yang tidak pandai tapi rajin berusaha yang akhirnya mencapai kejayaan. Kesusahan yang dilaluinya bukan penghalang bahkan adalah perangsang kepadanya untuk bangun. Mesej baik sebegini, yang cuba disampaikan oleh pelukis komik ini bukanlah asing dengan budaya yang ditekankan oleh Islam.
Barangkali, kerana kehadiran komik-komik yang sarat dengan mesej yang bermanfaat dijepun maka sedikit sebanyak mempengaruhi budaya hidup mereka. Para pelajarnya lebih rajin berbanding di Malaysia. Adalah satu langkah yang baik sekiranya kita dibidang dakwah mula memikirkan untuk mengeluarkan cerita-cerita yang menarik dan bermanfaat sebegitu.
Teringat tentang kegigihan belajar... biarlah saya petik ungkapan Imam Abu Hanifah kepada Imam Abu Yusuf yang pada mulanya mengalami masalah dalam pembelajaran. Kata-kata ini boleh didapati didalam buku "Ta'lim Muta'lim Toriq Ta'lum" yang dikarang oleh Imam Azzarnuji pada kurun ke 14
"Engkau tidak pandai, hapuskanlah kejahilan mu dengan berusaha terus menerus"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komentar:
Assalamualaikum ...
Citer Kartun Jepun amat laris di Malaysia. Seperti saya yang meminati kartun Jepun seperti Sin Chan, Detective Conan, Bleach terutama sekali Naruto. Tapi takdelah sampai tergila-gila sangat sampai nak menyimpan figura-figura atau berpakaian Cosplay. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada mereka. Banyak kata-kata seperti ‘Quotes’ yang boleh saya jadikan teladan. Seperti kata anda, Naruto banyak mempunyai jalan cerita yang menarik. Seperti keburukan dendam yang berpanjangan, sifat tak putus asa, kasih sayang yang tak berbelah bagi, membantu orang tanpa mengira orang tu jahat atau tidak dan berbagai lagi. (Nampaknya saya ni memang taksub dgn citer tuh… heheh).
Apa-apa hal pun, bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana nak mengadaptasikan Quotes dan pengajaran yang terdapat di dalam setiap cerita. Misalan cerita kartun Jepun yang berbaur seks atau ganas (Pembunuhan kejam) … tak patut ler kita nak contohi pula. Detective Conan misalnya, fuhhh … berbeza dengan Naruto, tak sesuai ler rasanya ditayangkan untuk peringkat kanak-kanak (Pembunuhan2 yang mengerikan, saya pun ngeri!) Seperti Kartun Sin Chan pula, kita boleh belajar macamana nak handle kanak-kanak yang nakal dan petah bercakap.
Kalau kartun Malaysia, saya berminat dengan Upin dan Ipin. Cutenye …
Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Post a Comment