Thursday, March 13, 2008

PostHeaderIcon Dilemma MB Perak: PAS dan BN Bersatu


Ir. Mohammad Nizar

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sebenarnya ruangan blog ini bukanlah untuk membicarakan politik, namun hakikat hak umat Islam dan hala tuju mereka yang tergugat telah menyebabkan saya perlu menulis artikel ini. Apatah lagi "memartabatkan Islam" sebahagian seruan Islam yang perlu kita amalkan.

PAS dan BN perlu bersatu untuk memastikan sebuah parti yang stabil boleh dibentuk di Perak. Namun diharap pimpinan yang dibentuk telus dan jujur terhadap rakyat. Pemikiran ini hadir selepas melihat konflik yang berpanjangan diantara PAS-DAP-PKR.

Semalam Lim Kit Siang telah menggesa DAP untuk memboikot perlantikan Ir Muhammad Nizar sebagai MB. Ini merupakan penghinaan besar terhadap istana. Hari ini pula Timbalan Presiden PKR menggesa pembahagian kerusi exco adalah berdasarkan komposisi bangsa di Perak.

Di Perak ,53.7% adalah Melayu, 31.4% adalah Cina dan 13.% adalah India (sumber Malaysiakini). Justeru itu, pembahagian awal yang dicadangkan oleh DAP iaitu 8 kerusi untuk DAP manakala selebihnya adalah untuk parti yang lain adalah tidak adil. Malah ia pastinya seolah-olah menafikan bahawa ramai orang Melayu di Perak.

Hujah PKR ada benarnya dan saya juga merasa cukup bimbang ,apabila mengetahui melalui Malaysiakini bahawa pada peringkat awal persetujuan bahawa perlantikan Ir. Muhammad Nizar adalah bersyarat. Beliau perlu terlebih dahulu membincangkan segala perkara dengan DAP dan hanya boleh melaksanakannya dengan persetujuan DAP.

Bagi saya, apa gunanya menjadi MB andai tiada kuasa.. seolah-olah memberitahu kepada semua bahawa beliau hanya "kuda tunggangan" DAP. Cukuplah orang melayu merasa bimbang dengan tindakan DAP mengabaikan DEB di Penang. Mereka ingin semua bangsa bersaing secara adil namun mana mungkin kita bersaing secara adil andai kita dalam padang yang berbeza. Mereka golongan cina sudah jauh kehadapan dalam perniagaan manakala Melayu dan India masih ketinggalan.

Kalau mahu hapuskan DEB hapuskan dahulu ketidak adilan pemborong-pemborong Cina yang menindas peniaga-peniaga Melayu. Saya secara terbuka mengharapkan umat Islam bersatu. Inilah medan ujian kita... Apakah perasaan kepartian telah menguasai kita atau benar seperti yang dikata kita ingin menegakkan Islam dan memajukan bangsa Melayu....

Wallahualam

PostHeaderIcon Unwise Statement


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Yesterday after a decision was made by Sultan to appoint assemblyperson Ir Muhamad Nizar as Perak's new MB .Lim Kit Siang shockly wrote in his blog an objection and asked DAP to boycott the swearing in ceremony for Perak Menteri Besar scheduled today.. shown here is his statement which published in his blog...


No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak

The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.



His statement was condemened by many of the blog's readers. His remarks only jeopardize the coalition formed by the oppositions before the election. His words is an insult to the decision made by Sultan. .... Lim kit Siang please don't do such a childish action like this..

Wednesday, March 12, 2008

PostHeaderIcon Dilemma MB Perak: Lihatlah Dari Kaca Mata Islam


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Suasana di Perak yang menanti perlantikan Menteri Besar yang baru cukup mendebarkan. Adakah buat pertama kalinya negeri Perak akan ditadbir oleh golongan daripada masayarakat Cina. Bagaimana pula dengan penyerapan nilai-nilai Islam di negeri ini setelah DAP menang besar? Apakah model pentadbiran yang bakal digunakan?

Kesemua persoalan ini, mengasak minda kita untuk melihat dengan teliti apakah yang bakal terjadi di Perak. Apatah lagi saya adalah anak jati negeri Perak yang menetap di Perak. Berdasarkan penilaian saya, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak menitik beratkan pembangunan yang seimbang yang mampu membawa Malaysia menjadi Negara maju disamping mengangkat tinggi nilai-nilai murni dalam masyarakat. Model yang diperjuangkan oleh DAP adalah berdasarkan model secular yang sememangnya jelas ditolak oleh seluruh oleh umat Islam didunia.

Perkara ini diakui oleh Huntington didalam bukunya “Clash of Civilization” yang menyatakan bahawa kebangkitan Islam seluruh dunia telah menyebabkan umat Islam telah memisahkan pemahaman definisi “modenisasi” dari makna “pembaratan”. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak melihat bahawa untuk menjadi moden maka kita perlu menjadi seperti barat. Malah menurutnya lagi Islam begitu dominan dimana-mana Negara Islam sehinggakan parti-parti politik di Negara-negara Islam perlu dilihat memperjuangkan Islam untuk menang. Ini bermakna nilai-nilai secular yang dahulunya mendominasi pemikiran umat Islam telah ditolak.

Namun penolakan terhadap definisi “pemodenan” yang bermaksud “pembaratan” hanya berlaku dikalangan umat Islam. Manakala penganut agama lain tidak melihatnya sebegitu. Ini amat jelas andainya kita membaca buku “Rise of Japan”. Rakyat jepun menghadapi konflik antara mengekalkan tradisi dan menerima “pemodenan”. Pada pandangan saya konflik ini berlaku kerana mereka melihat bahawa untuk menjadi moden maka mereka perlu seperti barat. Maka tidak hairanlah satu ketika dahulu saya pernah membaca surat khabar yang menyiarkan bahawa penduduk jepun begitu teruja kerana buat pertama kalinya penduduk jepun boleh melihat “ari-ari kemaluan manusia” di pawagam-pawagam mereka yang menyiarkan sebuah filem tanpa tapisan.

Berdasarkan ini, saya cukup yakin bahawa beginilah bentuk pemikiran yang memonopoli DAP. Mereka melihat kebebasan sebagai pra-syarat untuk membina tamadun sedangkan umat Islam yang dipandu oleh Al-Quran dan Hadis melihat nilai-nilai murni adalah syarat utama membentuk tamadun yang berjaya. Kebebasan yang diperjuangkan Islam bukanlah kebebasan mutlak yang merosakkan.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang sebelum ini sememangnya dikuasai oleh DAP. Apakah nilai-nilai akhlak yang diterapkan disana? Menjawab persoalan ini, biarlah saya ceritakan pengalaman saya bersama-sama dengan rakan-rakan dalam PKPIM yang pernah membuat survey sewaktu malam merdeka dibeberapa buah tempat di ibu Negara antaranya bukit bintang. Hasil pendapatan kami, bukit bintang adalah tempat maksiat yang berleluasa. Muda-mudi lelaki dan perempuan bercampur gaul tanpa batasnya, arak diminum bagaikan air minuman biasa dan pakaian-pakaian jelas sekali menjolok mata.

Lalu bagaimanakah kita boleh menerima DAP sebagai MB Perak. Saya melihat dalam hal ini PAS perlu melihat dari kaca mata Islam dan melupakan persengketaan dengan BN. Mereka perlu bersama demi survival umat Islam di Perak. Mungkin para pendokong PAS merasakan BN telah melampau dan tidak memperjuangkan Islam namun adakah DAP lebih baik dari BN? Buatlah keputusan berdasarkan qaidah fiqhiyyah “Akaful Darrain” iaitu memilih antara dua keburukan yang paling kurang impak keburukannya.

Wallahualam…

Without prejudice….