Showing posts with label Agenda Ummah. Show all posts
Showing posts with label Agenda Ummah. Show all posts
Saturday, July 26, 2008

PostHeaderIcon Jin Dalam Botol


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Barangkali kita pernah mendengar kisah Aladin yang miskin kemudian menjadi kaya dengan bantuan Jin yang dijumpainya yang terperangkap didalam sebiji botol. Sebagai membalas jasa Aladin, jin tersebut memberikan peluang kepada Aladin untuk menyatakan 3 hajatnya yang akan dipenuhi olehnya. Maka Aladin telah meminta dari Jin tersebut beberapa perkara yang kemudiannya menjadi realiti.

Kisah ini mungkin cerita kanak-kanak yang pada pandangan kita sekadar cerita dongeng yang menghiburkan. Namun pernahkah kita terfikir bahawa kisah ini telah mengajar kanak-kanak untuk menjadikan jin dan syaitan sebagai tempat bersandar. Kisah Aladin telah menggambarkan bahawa seteru Allah iaitu syaitan adalah makhluk yang baik. Malah unsur syirik juga telah diterapkan dengan menggambarkan bahawa ada kuasa lain yang mampu memberikan manfaat kepada kita selain Allah.

Semasa saya kecil sering terlintas difikiran saya kalau-kalau satu hari nanti saya akan berjumpa dengan sebuah botol seperti Aladin yang membolehkan saya meminta segala perkara yang saya inginkan. Nah, inikan perkara yang bahaya untuk kanak-kanak.

Tidak hairanlah ada sesetengah manusia yang rosak aqidahnya sanggup memuja syaitan kerana syaitan itu dipandang sebagai makhluk yang baik dan mampu memberikan manfaat kepada mereka.Ini semua adalah hasil dari pengaruh media barat yang cukup membahayakan.(Takperlu saya nyatakan disini beberapa filem barat yang mengankat martabat syaitan). Mereka memilih untuk meminta kepada makhluk halus tersebut berbanding meminta kepada Tuhan. Justeru itu mereka sanggup membayar wang beribu untuk mendapatkan khidmat tok dukun dan bomoh untuk membantu mereka berjaya dalam kerjaya mereka.

Alangkah naifnya pemikiran ini, lupakah kita bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Pemurah yang akan memberi jika kita meminta dengan ikhlas. Kalau jin dalam cerita Aladin hanya mampu menunaikan 3 hajat, Allah mampu menunaikan segala hajat kita. Pintalah dan rayulah kepada Allah kerana adalah sesuatu yang memalukan sekiranya Allah tidak mengabulkan doa kita (perbincangan doa makbul dan tertolak ini panjang perlu huraian lain) seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi :

“Daripada Salman Al-Farisi, Nabi S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah amat malu dan Maha Mulia. Adalah suatu yang memalukan bagi Allah , apabila seseorang insan mengangkat dua tangannya , lalu Allah menolaknya kosong dan rugi”

Justeru janganlah kita bermalas-malasan untuk meminta kepada Allah dan janganlah kita lalai dari meminta doa selepas solat fardhu kerana itulah waktu yang mustajab untuk berdoa. Bagaimana sibuk pun kita,moga-moga dapatlah kita luangkan sejenak waktu untuk berdoa. Hadis Nabi S.A.W dari riwayat Al-Tirmizi ada menyebut :

“Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a, Rasulullah s.a.w ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab”? Baginda bersabda : “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardhu”

Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya khususnya bagi saya yang meminta dari Allah agar memberikan kekuatan untuk saya mengamalkan apa yang saya tulis.

Wallahualam
Faqir Ila Allah
Saturday, June 21, 2008

PostHeaderIcon Worksheet Excel: Muhasabah Diri


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Konsep muhasabah diri merupakan konsep yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana individu yang ingin mencari keredhoan Allah. Tanpa muhasabah diri terhadap amal yang telah kita lakukan maka sering sahaja kita merasa cukup dan mulalah penyakit hati meresap menguasai jiwa.

Antara penyakit hati yang bahaya ialah “Tulul amal” atau panjang angan-angan seperti yang dinyatakan didalam buku “An-Nasaih Dinniyah Al-Wasaya Imaniyah” karangan Imam Hadad merupakan petanda kerasnya hati seseorang manusia. Bahaya “Tulul amal” ialah seseorang individu itu merasa aman dan berangan bahawa akan dapat mengecapi syurga sedangkan usahanya kearah itu amat sedikit sekali.

Orang yang tinggi takwanya tidak akan merasa aman dengan amal ibadat yang telah dilakukannya kerana dia menyedari bahawa amal yang baik belum dapat memastikan dia mati dalam husnul khatimah. Justeru itu dia akan terus berusaha meningkatkan amal moga dengan itu Allah mengasihinya dan memberikannya pengakhiran yang baik.

Usaha meningkatkan amal perlu diteruskan demi mendapat keredhoan Allah. Sebagai inisiatif saya telah membuat worksheet muhasabah diri menggunakan “excel” (ini sahaja kemampuan saya)untuk memudahkan kita memuhasabah amal harian kita. Diharapkan worksheet yang telah saya masukkan beberapa formula penilaian ini merupakan permulaan dan dapat diperbaiki oleh mereka yang mahir dalam computer. Sistem muhasabah ini saya usahakan agar dapat digunakan untuk meningkatkan amal ahli-ahli usrah dari seminggu ke seminggu. Jika ingin dapat perisian ini saya boleh bagi dengan percuma melalui email NAMUN dengan syarat sahabat-sahabat menghantarkan reply muhasabah kepada saya kembali. Ini adalah untuk membolehkan saya memperbaiki “Kebolehpercayaan” sistem ini melalui respons sahabat-sahabat. Marilah kita berkhidmat untuk Islam.. Bagi yang berminat sila tuliskan email sahabat-sahabat dibahagian komentar…(Hujung minggu ini baru saya dapat sendkan.. internet slow di tempat kursus ini tidak memampukan saya menghantar sesegera mungkin)

Wallahualam…

Tuesday, June 10, 2008

PostHeaderIcon Raja Petra Sudah Gila:Menafsir Quran Membabi Buta


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Apalagi yang mampu saya ucapkan dalam kemarahan yang meluap-luap membaca artikel yang dikirimkan oleh Raja Petra di dalam blognya "Malaysia Today" . Dia sudah melampau malah tuduhannya juga langsung tidak berasas. "Raja Petra sudah Gila" istilah ini pada perkiraan saya lebih baik dari tuduhannya bahawa "ABIM is bullshit of Islam" tidak termasuk tuduhannya bahawa ABIM munafik dan fasiq.Berikut adalh petikan butir katanya yang merbahaya lagi bukan dari seorang yang faham Islam:

Umno and ABIM are enemies of the community. Umno and ABIM are enemies of Islam. Umno and ABIM serve the party and their own race. Umno and ABIM are not true Muslims. Umno and ABIM are bullshit Muslims. Umno and ABIM are practicing bullshit Islam.

Lebih mengguriskan hati saya ialah kenyataannya yang memperkecil mufti Perak Dato Harussani. Cukup sekadar melihat kepada watak yang dipamerkan oleh Dato' Mufti dan Raja Petra (isterinya pun tak tutup aurat) budak kecil pun tahu Raja Petra tidak layak mempersoalkan ilmu Dato' Mufti. Kalau mahu berdebat tak perlu panggil Dato' Mufti cukup saya yang tak seberapa ini pun boleh berdebat dengan hujah Raja Petra yang dangkal. Hujahnya langsung terkeluar dari landasan qawaid fiqhiyyah. Kefahamannya tentang maksud ayat al-Quran juga adalah tidak sempurna. Al-Quran dan sirah para sahabat ditafsirkan mengikut rasa hati yang buta kerana kefanatikan yang membabi buta.

Lihat sahaja bagaimana dia membuat hukum dengan logik dan beberapa ayat Al-Quran yang bukan ayat hukum untuk membenarkan perkataannya. Dia mengatakan bahawa Islam menuntut persamaan. Sebenarnya Islam tidak pernah menuntut persamaan yang dituntut oleh Islam ialah keadilan.Seperti yang dinyatakan Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 11:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan”

Keadilan bukan persamaan hak. Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai kata Islam menuntut persamaan pasti Islam sudah memberi pembahagian harta pusaka yang sama rata kepada lelaki dan perempuan. Namun adakah perbuatan seperti itu adil. Jelas sekali tidak adil kerana pembahagian sedemikian akan meletakkan lelaki dalam keadaan yang tidak adil.

Sebenarnya, wanita dalam Islam ditanggung oleh lelaki. Lelaki sebagai suami, bertanggungjawab memberi nafkah kepada wanita sebagai isteri walaupun wanita tersebut bekerja. Duit gaji perkerjaan isteri pula tidak boleh diambil atau digunakan oleh suami tanpa izin isteri. Nah, lihat tentu sahaja lelaki yang banyak belanja jika ditambah lagi bahawa lelakilah yang perlu memberi nafkah kepada anak-anaknya. Disinilah Allah meletakkan hikmah bahawa pembahagian pusaka harta berbeda antara lelaki dan perempuan untuk memberi keadilan kepada semua.

Justeru itu, saya katakan bahawa Raja Petra terkeliru apabila ABIM mempersoalkan isu pembahagian biasiswa 45% kepada bukan bumiputra. Pada pemikirannya, "apa yang mahu sangat ditentang persamaan hak sedangkan itu tuntutan Islam". Walhal yang menjadi tuntutan Islam bukan persamaan tapi keadilan. Justeru itu ayat al-Quran ada menyebut


Apakah Al-Quran sudah salah kerana menyuruh kita berlemah lembut dengan sesama Islam dan tegas dengan yang bukan Islam. Al-Quran tidak akan salah sama sekali salah, yang salah ialah persepsi bahawa orang bukan Islam sentiasa jujur dengan orang Islam.

Maaf andai ada yang berkata bahawa ramai juga yang bukan non-bumiputera Islam. Jadi bila ABIM seolah-olah mempertahankan bumiputera maka ABIM tidak islamik. Pemikiran ini juga tidak tepat mengikut qaidah fiqhhiyyah "masalihul mursalah" dan fiqh awlawwiyat yang menekankan "kepentingan umum lebih penting dari kepentingan peribadi".

Bersabarlah, saudara-saudaraku seislam dari bangsa-bangsa yang lain. Mungkin kepentingan kalian tergugat tapi lihatlah dari konteks yang lebih luas. Demi hak Islam terus dijaga buat masa ini berilah sedikit kelebihan kepada Melayu yang majoritinya Islam. Andai atas takdir Allah, Allah menaikkan bangsa saudara-saudara kerana saudara-saudara sekalian lebih layak mengangkat panji Islam maka InsyaAllah saya akan bersama saudara-saudara sekalian.


Selain itu, tindakan Raja Petra menyelar Mufti Perak kerana menyanggah tindakan Karpal Sigh juga tidak tepat. Logik yang digunakannya ialah Abu Bakar As-Sidiq pernah berkata bahawa sekiranya beliau melakukan kesalahan maka betulkanlah dia dengan pedang maka dari sini Raja Petra berijtihad bahawa tiada salahnya kalau kita mengkritik raja secara terbuka. Sekali lagi dia berijtihad dalam keadaan dia tidak layak berijtihad. Orang lain terpaksa belajar 20-30 tahun untuk berijtihad, tetapi Raja Petra sudah berijtihad dengan pembacaannya yang dangkal.

Dia tidak tahu pesanan Imam Al-Ghazali tentang bagaimana menasihat para pemimpin yang salah. Dia juga tidak mengerti bahawa sejarah tidak boleh diambil sebagai sumber hukum. Kalau nak ambil hukum kenalah dari sumbernya yang betul.Ambillah dari Quran dan ambil dari hadis.

Dari Ibnu Abbas ra berkata: Rasullullah s.a.w bersabda : Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya sabar. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau sekadar sejengkal kemudian ia mati, mati dalam jahiliyyah (Riwayat Bukhari, Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan kestabilan. Kepentingan Islam perlu diletakkan atas dari semua kepentingan. Andainya menentang pemerintah boleh menganggu gugat kepentingan Islam dan umatnya maka ia patut ditinggalkan. Lihat sahaja bagaimana gerakan wahabi yang berniat baik namun penentangan mereka terhadap pemerintahan Khilafah Uthmaniyaah dengan merampas Mekah telah menyebabkan kerajaan Islam menghadapi krisis yang akhirnya membawa kejatuhan kerajaan Islam. Peristiwa tersebut amat merugikan umat Islam.

Akhir kata saya menyeru Raja Petra agar bertaubat kerana telah mentafsirkan Al-Quran mengikut kejahilan yang hukumnya haram. Begitu juga menuduh orang lain sebagai munafiq dan fasiq juga berdosa apatah lagi tanpa asas ilmu yang kukuh. Waalahhualam...

Friday, May 16, 2008

PostHeaderIcon Modul Usrah dalam Gerakan Tersasar?


gambar hiasan

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Tajuk artikel ini bukanlah sebagai provokasi agar dibaca oleh ramai orang tetapi adalah luahan pandangan saya setelah membaca "ihya' ulumuddin" dalam bab "Kitab Ilmu". Buku yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali ini, telah benar-benar menyentak jiwa dan perasaan saya. Apatah lagi saya merupakan salah seorang yang mengikuti perjalanan usrah seawal saya selaku pelajar Matrik UIA. Namun mungkin inilah jawapan kepada pencarian saya terhadap punca ketidak kebersanan usrah dan mengapa pelajar aliran agama gagal menghayati agama.

Sahabat-sahabat sekalian,

Imam Al-Ghazali dengan tegas membetulkan kefahaman makna "FIQH" yang kini telah tersasar dari makna sebenar seperti yang tercatat didalam Al-Quran dan yang difahami oleh para salafus soleh yang terdahulu. Menurutnya masyarakat pada zamannya telah terkeliru sehingga menyangka bahawa fiqh atau fekah itu adalah ilmu furu' (cabang) agama, yang ganjil mengenai fatwa, mengetahui sebab-sebab yang mendalam fatwa tersebut,dan penghafalan dalil-dalil fatwa. Lalu orang yang menguasai ilmu ini disebut "al-afqah" atau dalam konteks sekarang digelar "orang yang faqih."

Ini sebenarnya menurut syeikh Imam adalah bersalahan dengan pemahaman salafus soleh. Pada zaman awal, mereka memahami fiqh sebagai ilmu tentang jalan menuju akhirat, pengtahuan mengenal penyakit jiwa dan ilmu yang memberikan perhatian kepada meneguh pendirian beragama, membersihkan daripada memberhalakan dunia, membangkitkan keghairahan mengejar akhirat dan melahirkan rasa takut kepada Allah. Ya.. Inilah pengertian Fekah yang sebenar. Dalam ayat Al-Quran ada menyebut :

"Untuk mempelajari (berfiqih) dalam agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila telah kembali (dari menuntut ilmu) kepada mereka". (al-Baqarah ayat 22)

Ayat ini jelas merujuk bahawa mereka yang "faqih" ialah mereka yang telah terkesan ilmu yang menjadikan mereka beringat dan takut kepada Allah. Kemudian selepas itu, mereka pula memberikan peringatan pada yang lain. Fiqh disini tidak merujuk kepada persoalan hukum talak, lia'n, sewa menyewa yang mana persoalan itu tidak memberikan peringatan atau ketakutan. Bahkan andai dipebesarkan isu khilaf sehingga bertelagah sesama sendiri maka hati makin menjadi kasar kerana sibuknya kita bertikam lidah.

Sebenarnya menurut Imam Al-Ghazali kita juga telah tersalah memamhami makna ilmu sehingga kita menyangka mereka yang pandai berbicara. berdebat dengan mengemukakan dalil merupakan orang yang berilmu. Sebenarnya orang yang berilmu ialah orang mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah. Sehingga dengan mengetahuinya maka takutlah orang yang berilmu kepada Allah.

Lanjutan dari salah faham makna pandai feqah dan berilmu telah menyebabkan kita sering menjadikan silibus usrah sebagai untuk mengupas permasalahan-permasalahan furu', ayat al-quran dan hadis,serta isu semasa secara intelektual yang mungkin memberikan kita kepuasan berfikir namun telah melupakan kita tujuan al-Quran diturunkan iaitu untuk diamalkan. Pada perkiraan kita silibus sebegini telah menjadikan ahli-ahli gerakan seorang yang faqih dan berilmu tapi adakah mereka telah menjadi seorang yang faqih dan berilmu dalam konteks pemikiran Imam Al-Ghazali.

Saya tidak membantah perkara-perkara intelektual dinyatakan didalam usrah. Sekali lagi saya nyatakan saya tidak membantah namun penekanan perlulah diberi kepada soal memahami ayat al-quran dan hadis sebagai peringatan dan menghadirkan rasa keimanan dan ketakutan kepada Allah kerana itulah yang lebih penting. Tidakkah kita pelik, kiranya kita membincangkan tafsir al-quran dengan melihat pelbagai buku tafsir disamping menghujahkan pula perbezaan pandangan buku-buku tersebut namun tidak langsung ayat yang kita bahas itu mengingatkan kita kepada perasaan takwa kepada Allah.Ini berpunca dari sibuknya kita memerhatikan hujah yang dikemukakan agar kita boleh pula berhujah dan kurangnya kita menghayati ayat-ayat Al-Quran itu sebagai firman Allah S.W.T yang paling baik sebagai penasihat kita.

Biarlah saya akhiri artikel ini dengan kata-kata pengarang kitab Al-Quut yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali :

"Maka berpalinglah Anas kepada Zaid Ar- Raqqasyi dan Ziyad An-Numairi, seraya berkata: Tidaklah majlis mengingati Tuhan (berdzikir) itu seperti majlis ini, dimana salah seorang dari kamu menceritakan pengajaran kepada teman-temannya dan membawa hadis-hadis. Sesungguhnya kami duduk lalu mengingati iman, memahami Al-Quran dan berfaham (berfiqih) dalam agama serta menghitung ni'mat Allah Ta'ala kepada kami, dengan penuh pemahaman (fiqih)"

Wallahualam...
Friday, May 02, 2008

PostHeaderIcon Can I forgive than forget what ever they wrote???


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sekadar mengajak berfikir.. bagaimana pilihanraya telah mencorakkan pemikiran baru terhadap pengamalan Islam di Malaysia? InsyaAllah akan datang saya akan kemukakan apakah dasar perjuangan dakwah Islam selepas pilihanraya yang perlu kita pegang.. kerana pilihanraya yang lepas tidak meyakinkan saya bahawa Islam telah menang.. (This statement is free from any mainstream medias' ideas). Bacalah petikan dari lim kit siang blog :

Turks do not want Turkey to be another Malaysia turning into an Islamic state

On Friday, two journalists from Turkey biggest-circulation newspaper Hurriyet interviewed me.

I was taken aback when they told me that their prime interest was how Turkey could learn from the mistakes of Malaysia as there is great concern among the Turks of Turkey becoming another Malaysia down the road of an Islamic state.

They wanted to know what were the major and significant events which marked Malaysia turning from its original commitment towards a secular state towards an Islamic state.

Later on the same day, I received an email from a Malaysian enclosing a Turkish media report of Turkish President Gul allaying Turkish fears of Turkey turning into another Malaysia and becoming an Islamic state.

Entitled “Turkey would never turn into another Malaysia”, President Gul answered the question of those who fear Turkey will become a country like Malaysia during his first official trip to Northern Cyprus by responding: “Turkey is negotiating with the EU for full membership. If there are people who still have worries on the scarf issue, then we should fear those people instead.” (SABAH Newspaper)

Malaysians should be aware that Malaysia is already regarded as an example which Turkey must avoid becoming — a nation which deviated from its secular origins and moving headlong towards an Islamic state.

It should be a wake-up call for all Malaysians who hold dear the Merdeka social contract that Malaysia is a multi-religious secular nation with Islam as the official religion but not an Islamic state.

Let the debate and disquiet among Turks that Turkey could become another Malaysia moving down the road of an Islamic state be a salutary reminder to Malaysians how the world outside is seeing our country and the urgent need for all Malaysians to stay true and strong to the Merdeka social contract that Malaysia is a multi-religious secular nation with Islam as official religion but not an Islamic state.

Sebenarnya.. banyak lagi yang boleh sahabat-sahabat baca di blog lim kita siang.. Ini belum lagi diambil kira ulasan-ulasan negatif terhadap pembentukan negara Islam oleh pembaca blog. Dear friends, I just could not stand seeing Islam been misunderstood by these peoples. For years they had wage enmity towards the idea of islamic state. Maybe I can forgive but never never I will forget. Moga kerja-kerja dakwah Islam terus kita semarakkan.. itulah ajaran salafus saleh yang kita contohi.. Wallahualam...



Thursday, March 13, 2008

PostHeaderIcon Dilemma MB Perak: PAS dan BN Bersatu


Ir. Mohammad Nizar

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sebenarnya ruangan blog ini bukanlah untuk membicarakan politik, namun hakikat hak umat Islam dan hala tuju mereka yang tergugat telah menyebabkan saya perlu menulis artikel ini. Apatah lagi "memartabatkan Islam" sebahagian seruan Islam yang perlu kita amalkan.

PAS dan BN perlu bersatu untuk memastikan sebuah parti yang stabil boleh dibentuk di Perak. Namun diharap pimpinan yang dibentuk telus dan jujur terhadap rakyat. Pemikiran ini hadir selepas melihat konflik yang berpanjangan diantara PAS-DAP-PKR.

Semalam Lim Kit Siang telah menggesa DAP untuk memboikot perlantikan Ir Muhammad Nizar sebagai MB. Ini merupakan penghinaan besar terhadap istana. Hari ini pula Timbalan Presiden PKR menggesa pembahagian kerusi exco adalah berdasarkan komposisi bangsa di Perak.

Di Perak ,53.7% adalah Melayu, 31.4% adalah Cina dan 13.% adalah India (sumber Malaysiakini). Justeru itu, pembahagian awal yang dicadangkan oleh DAP iaitu 8 kerusi untuk DAP manakala selebihnya adalah untuk parti yang lain adalah tidak adil. Malah ia pastinya seolah-olah menafikan bahawa ramai orang Melayu di Perak.

Hujah PKR ada benarnya dan saya juga merasa cukup bimbang ,apabila mengetahui melalui Malaysiakini bahawa pada peringkat awal persetujuan bahawa perlantikan Ir. Muhammad Nizar adalah bersyarat. Beliau perlu terlebih dahulu membincangkan segala perkara dengan DAP dan hanya boleh melaksanakannya dengan persetujuan DAP.

Bagi saya, apa gunanya menjadi MB andai tiada kuasa.. seolah-olah memberitahu kepada semua bahawa beliau hanya "kuda tunggangan" DAP. Cukuplah orang melayu merasa bimbang dengan tindakan DAP mengabaikan DEB di Penang. Mereka ingin semua bangsa bersaing secara adil namun mana mungkin kita bersaing secara adil andai kita dalam padang yang berbeza. Mereka golongan cina sudah jauh kehadapan dalam perniagaan manakala Melayu dan India masih ketinggalan.

Kalau mahu hapuskan DEB hapuskan dahulu ketidak adilan pemborong-pemborong Cina yang menindas peniaga-peniaga Melayu. Saya secara terbuka mengharapkan umat Islam bersatu. Inilah medan ujian kita... Apakah perasaan kepartian telah menguasai kita atau benar seperti yang dikata kita ingin menegakkan Islam dan memajukan bangsa Melayu....

Wallahualam

PostHeaderIcon Unwise Statement


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Yesterday after a decision was made by Sultan to appoint assemblyperson Ir Muhamad Nizar as Perak's new MB .Lim Kit Siang shockly wrote in his blog an objection and asked DAP to boycott the swearing in ceremony for Perak Menteri Besar scheduled today.. shown here is his statement which published in his blog...


No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak

The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP leaders, members and supporters.

The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.

DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.

As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.



His statement was condemened by many of the blog's readers. His remarks only jeopardize the coalition formed by the oppositions before the election. His words is an insult to the decision made by Sultan. .... Lim kit Siang please don't do such a childish action like this..

Wednesday, March 12, 2008

PostHeaderIcon Dilemma MB Perak: Lihatlah Dari Kaca Mata Islam


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Suasana di Perak yang menanti perlantikan Menteri Besar yang baru cukup mendebarkan. Adakah buat pertama kalinya negeri Perak akan ditadbir oleh golongan daripada masayarakat Cina. Bagaimana pula dengan penyerapan nilai-nilai Islam di negeri ini setelah DAP menang besar? Apakah model pentadbiran yang bakal digunakan?

Kesemua persoalan ini, mengasak minda kita untuk melihat dengan teliti apakah yang bakal terjadi di Perak. Apatah lagi saya adalah anak jati negeri Perak yang menetap di Perak. Berdasarkan penilaian saya, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak menitik beratkan pembangunan yang seimbang yang mampu membawa Malaysia menjadi Negara maju disamping mengangkat tinggi nilai-nilai murni dalam masyarakat. Model yang diperjuangkan oleh DAP adalah berdasarkan model secular yang sememangnya jelas ditolak oleh seluruh oleh umat Islam didunia.

Perkara ini diakui oleh Huntington didalam bukunya “Clash of Civilization” yang menyatakan bahawa kebangkitan Islam seluruh dunia telah menyebabkan umat Islam telah memisahkan pemahaman definisi “modenisasi” dari makna “pembaratan”. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak melihat bahawa untuk menjadi moden maka kita perlu menjadi seperti barat. Malah menurutnya lagi Islam begitu dominan dimana-mana Negara Islam sehinggakan parti-parti politik di Negara-negara Islam perlu dilihat memperjuangkan Islam untuk menang. Ini bermakna nilai-nilai secular yang dahulunya mendominasi pemikiran umat Islam telah ditolak.

Namun penolakan terhadap definisi “pemodenan” yang bermaksud “pembaratan” hanya berlaku dikalangan umat Islam. Manakala penganut agama lain tidak melihatnya sebegitu. Ini amat jelas andainya kita membaca buku “Rise of Japan”. Rakyat jepun menghadapi konflik antara mengekalkan tradisi dan menerima “pemodenan”. Pada pandangan saya konflik ini berlaku kerana mereka melihat bahawa untuk menjadi moden maka mereka perlu seperti barat. Maka tidak hairanlah satu ketika dahulu saya pernah membaca surat khabar yang menyiarkan bahawa penduduk jepun begitu teruja kerana buat pertama kalinya penduduk jepun boleh melihat “ari-ari kemaluan manusia” di pawagam-pawagam mereka yang menyiarkan sebuah filem tanpa tapisan.

Berdasarkan ini, saya cukup yakin bahawa beginilah bentuk pemikiran yang memonopoli DAP. Mereka melihat kebebasan sebagai pra-syarat untuk membina tamadun sedangkan umat Islam yang dipandu oleh Al-Quran dan Hadis melihat nilai-nilai murni adalah syarat utama membentuk tamadun yang berjaya. Kebebasan yang diperjuangkan Islam bukanlah kebebasan mutlak yang merosakkan.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang sebelum ini sememangnya dikuasai oleh DAP. Apakah nilai-nilai akhlak yang diterapkan disana? Menjawab persoalan ini, biarlah saya ceritakan pengalaman saya bersama-sama dengan rakan-rakan dalam PKPIM yang pernah membuat survey sewaktu malam merdeka dibeberapa buah tempat di ibu Negara antaranya bukit bintang. Hasil pendapatan kami, bukit bintang adalah tempat maksiat yang berleluasa. Muda-mudi lelaki dan perempuan bercampur gaul tanpa batasnya, arak diminum bagaikan air minuman biasa dan pakaian-pakaian jelas sekali menjolok mata.

Lalu bagaimanakah kita boleh menerima DAP sebagai MB Perak. Saya melihat dalam hal ini PAS perlu melihat dari kaca mata Islam dan melupakan persengketaan dengan BN. Mereka perlu bersama demi survival umat Islam di Perak. Mungkin para pendokong PAS merasakan BN telah melampau dan tidak memperjuangkan Islam namun adakah DAP lebih baik dari BN? Buatlah keputusan berdasarkan qaidah fiqhiyyah “Akaful Darrain” iaitu memilih antara dua keburukan yang paling kurang impak keburukannya.

Wallahualam…

Without prejudice….

Tuesday, January 22, 2008

PostHeaderIcon Tiada Siapa Pun Yang Sudi Menggerakkan Satu Jari Mereka!!


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi


"Tiada siapa pun yang sudi untuk menggerakkan walau satu jari untuk membantu, jeritan dan tangisan kami tidak mampu meruntun mereka untuk bergerak" keluh Ahmad seorang warga emas Palestin. Ucapan ini saya peyik dari berita yang dipaparkan di islamonline.


Apabila membaca keperitan yang dialami oleh umat Islam Palestin terasa malu saya dengan Allah atas ketidak mampuan saya membantu mereka. Moga-moga tulisan ini Allah berikan ganjaran kepada saya sebagai salah satu cara membantu umat disana.


Biarlah saya dedahkan peristiwa kekejaman Israel yang bermula pada 18 januari 2008 dimana mereka telah menyekat sebarang bekalan makanan untuk masuk ke sempadan Gaza. Tanpa belas ihsan juga mereka tidak membenarkan sebarang bahan api dibawa masuk. Kesannya semua stesen minyak ditutup dan lebih menyedihkan tiada bahan api yang boleh digunakan untuk menjana stesen janakuasa elektrik.


Penduduk palestin terpaksa hidup dalam kegelapan dan yang paling menyedihkan ialah kilang-kilang makanan terpaksa ditutup malah hospital-hospital juga mengalami nasib yang sama. Bayangkanlah berapa ramai yang bakal mati kerana penindasan mereka??? Lihat sahaja gambar diatas... bagaimana nasib pesakit kronik tersebut???
Yahudi membunuh umat Islam dalam senyap.. fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan.. Adakah kita hanya ingin menjadi golongan pemerhati...?? Perhatikanlah hadis nabi S.A.W yang pernah menyebut:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

"Barang siapa yang tidak mengambil peduli hal ehwal umat Islam maka dia bukan dari golongan mereka"
Selamat Berfikir, Wallahualam
Wednesday, October 12, 2005

PostHeaderIcon Warkah Manhaj Buat Mujahid Dakwah

Warkah Manhaj Buat Mujahid Dakwah: Gerakan Bersepadu ke arah An-Nahdhah


Belenggu masalah yang sering kali membantutkan pegerakan jamaah perlu diatasi dan satu usaha yang bersepadu perlu sesegera mungkin diusaha demi mengangkat kembali wadah dakwah PKPIM sebagai badan dakwah yang aktif menyebarkan kalimah Allah di tanah air kita yang tercinta ini.

Pelbagai teori telah kita dengar malah terdapat juga dikalangan ahli jamaah yang cuba mngutip mutiara kata dari bapa-bapa kita yang aktif berjuang dalam jamaah sekitar zaman 70an. Zaman mereka dijadikan kayu ukur kejayaan sebuah jamaah. Lantas dari itu, lahirlah mereka yang berpandangan bahawa usrah merupakan tunjang kekuatan jamaah, ada juga yang mengatakan qiyamulail asas kepada kekuatan gerakan, malah ada pula sebilangan mereka yang berpendapat bahawa “anti-establishment” punca gerakan mahasiswa menjadi kuat dan tidak kurang yang menyatakan dengan terjun ke arena politik kampus ukhuwah akan menjadi lebih mantap.

Pandangan-pandangan ini akhirnya menimbulkan fragmentasi dalam jamaah kerana wujudnya pandangan yang berbeza dalam mengembangkan sayap dakwah. Lahirlah golongan tarbiyyah yang menekankan betapa kita perlu memberi fokus kepada tarbiyyah dan mengurangkan keterlibatan dengan program-program luar atau politik kampus kerana ahli belum bersedia dan mereka percaya bahawa fikrah tidak akan terbina tanpa usrah. Di sebelah lain pula, lahir golongan aktivis masyarakat yang menganggap bahawa jamaah akan terus mundur tanpa sokongan rakyat dan sudah sampai masanya jamaah untuk keluar bukan sekadar duduk dibawah tempurung . Mereka semuanya merujuk kepada pimpinan bapa-bapa kita yang terdahulu pada tahun 70an. Lalu yang mana satu yang benar?

Alangkah peliknya apabila kita bertengkar dan mempertahankan pandangan kita tanpa menilai pandangan yang lain. Keadaan kita benar-benar ibarat kisah popular “evergreen” , kisah tiga orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Si buta yang pertama cuba mengenali gajah dengan memegang belalainya manakala si buta yang kedua memegang gading gajah tersebut untuk tahu bagaimana bentuk seekor gajah dan akhir sekali si buta yang ketiga diantara mereka memegang kaki gajah. Akhirnya mereka bertelagah dalam mempertahankan pandangan masing-masing tentang rupa sebenar seekor gajah. Sekiranya mereka insan yang celik dan dapat melihat keseluruhan bentuk gajah itu pastinya mereka akan menyedari kedhaifan diri sendiri.

Begitulah ibarat mereka yang tidak melihat bahawa segala kata mutiara generasi terdahulu sebagai sebuah solusi yang saling sokong menyokong. Apa gunanya usrah tanpa aktivisme dan apa gunanya aktivisme tanpa tarbiyyah. Usrah atau tarbiyyah menjadi kukuh dengan wujudnya praktikal dalam bentuk aktivisme yang mampu membakar kembali semangat . Begitulah sebaliknya aktiviti masyarakat mahupun pilihanraya kampus akan berjalan dengan lancar sekiranya jawatankuasanya terlatih melalui tarbiyyah.Secara konklusinya, kehebatan generasi zaman 70an adalah adunan dari tarbiyyah, politik dan aktivisme yang menjadi janakuasa semangat luar biasa mahasiswa yang sehingga kini menjadi ingatan kita.

Perkara inilah yang dititik beratkan oleh Ustaz Fathi Yakan dalam mengulas isu penguasaan luaran dan penguasaan dalaman sesebuah jamaah.Buku tersebut menyifatkan terdapat dua agenda terpenting jamaah iaitu memastikan kelansungan tarbiyaah dalam jamaah disamping tidak mengabaikan masyarakat luar yang perlu didakwah. Beliau memberikan gambaran rotasi institusi tarbiyyah dan institusi dakwah yang saling memerlukan antara satu sama lain.Madu’ yang berjaya ditawan hatinya melalui program yang pelbagai samaada program masyarakat, motivasi atau pilihanraya akan kemudian ditarbiyyah melalui usrah,qiyamualail atau ceramah dan seterusnya mereka pula menjadi pendakwah untuk memikat hati para madu’ yang baru, Begitulah rotasi tarbiyyah dan dakwah berlaku yang menunjukkan kepada kita saling pergantungan antara satu sama lain.

Kelemahan mana-mana institusi pastinya akan menyebabkan jamaah bergerak dalam keadaan yang tempang. Justeru itu adalah mustahil untuk kita pisahkan antara gerakan tarbiyyah yang melibatkan program dalaman jamaah dan gerakan dakwah yang melibatkan program luaran jamaah. Kedua-duanya amat penting dalam memastikan survival jamaah di masa akan datang.

Namun demikian timbul isu berkenaan yang mana lebih utama dan yang mana perlu digerakkan dahulu. Sebenarnya persoalan ini sendiri adalah tidak tepat kerana kedua-duanya perlu bergerak seiring dan isu ini amat bergantung kepada kesesuaian masa dan waktu.

Lihatlah Sirah Nabawiyyah karangan Mustafa As-Sibai yang mengisahkan betapa Islam itu bermula dalam kelompak kecil di Mekah. Diperingkat permulaan ini, para sahabat yang baru sahaja mengenali Islam tidak dituntut untuk melaksanakan jihad demi menyebarkan Islam akan tetapi diajar dengan pembelajaran Aqidah Islamiyyah oleh Nabi Muhammad S.A.W. Malah, pada waktu ini ayat- ayat Al-quran yang diturunkan lebih banyak menyentuh persoalan aqidah . Adakah ini dalil bahawa kita perlu untuk kukuhkan tarbiyyah dalaman kita dahulu dan jangan berdakwah selagi belum sempurna tarbiyyah?

Sebenarnya kita perlu melihat sirah nabawiyyah ini secara keseluruhannya bukan sekadar sejarah di kota Mekah malah turut perlu dinilai ialah zaman pemerintahan Islam di Madinah . Ibnu Taimiyyah didalam bukunya “Siyasah Syari’ah”, mengisahkan tentang Khalid Al-Walid r.a yang baru sahaja memeluk Islam telah dilantik oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi panglima perang Islam malah nabi menggelarnya dengan gelaran “Saifullah al-Maslul” yang bermaksud pedang Allah yang terhunus.

Sekiranya benar bahawa setiap yang ingin dihantar untuk berjuang perlu dipastikan dahulu silibus pembelajaran tarbiyyahnya lengkap maka Nabi Muhammad S.A.W telah menyalahi prinsip itu. Nabi S.A.W telah menghantar seorang yang masih kurang arif tentang Islam untuk berjuang dibarisan hadapan . Justeru itu, jelaslah kepada kita bahawa isu penekanan terhadap tarbiyyah dan keperluan untuk berdakwah di kalangan masyarakat adalah bergantung kepada situasi dan keadaan dalam menentukan yang mana satukah yang perlu didahulukan.

Kesimpulannya , adalah tidak wajar untuk dipanjangkan lagi isu diantara golongan aktivis dan golongan tarbiyyah kerana kedua-duanya saling lengkap-melengkapi dan kedua-duanya perlu digerakkan seiring dalam usaha memastikan kebangkitan semula (An-Nahdhah) PKPIM selaku sebuah jamaah Islam yang berwibawa. Sesungguhnya pudarlah seri usrah tanpa aktiviti dakwah dan hilanglah arah tuju serta pedoman dakwah tanpa pembentukan fikrah didalam usrah.


Mohd Nabil Majdi Arip
muslih_iman82@yahoo.com