Wednesday, March 12, 2008

PostHeaderIcon Dilemma MB Perak: Lihatlah Dari Kaca Mata Islam


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Suasana di Perak yang menanti perlantikan Menteri Besar yang baru cukup mendebarkan. Adakah buat pertama kalinya negeri Perak akan ditadbir oleh golongan daripada masayarakat Cina. Bagaimana pula dengan penyerapan nilai-nilai Islam di negeri ini setelah DAP menang besar? Apakah model pentadbiran yang bakal digunakan?

Kesemua persoalan ini, mengasak minda kita untuk melihat dengan teliti apakah yang bakal terjadi di Perak. Apatah lagi saya adalah anak jati negeri Perak yang menetap di Perak. Berdasarkan penilaian saya, DAP adalah sebuah parti yang langsung tidak menitik beratkan pembangunan yang seimbang yang mampu membawa Malaysia menjadi Negara maju disamping mengangkat tinggi nilai-nilai murni dalam masyarakat. Model yang diperjuangkan oleh DAP adalah berdasarkan model secular yang sememangnya jelas ditolak oleh seluruh oleh umat Islam didunia.

Perkara ini diakui oleh Huntington didalam bukunya “Clash of Civilization” yang menyatakan bahawa kebangkitan Islam seluruh dunia telah menyebabkan umat Islam telah memisahkan pemahaman definisi “modenisasi” dari makna “pembaratan”. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak melihat bahawa untuk menjadi moden maka kita perlu menjadi seperti barat. Malah menurutnya lagi Islam begitu dominan dimana-mana Negara Islam sehinggakan parti-parti politik di Negara-negara Islam perlu dilihat memperjuangkan Islam untuk menang. Ini bermakna nilai-nilai secular yang dahulunya mendominasi pemikiran umat Islam telah ditolak.

Namun penolakan terhadap definisi “pemodenan” yang bermaksud “pembaratan” hanya berlaku dikalangan umat Islam. Manakala penganut agama lain tidak melihatnya sebegitu. Ini amat jelas andainya kita membaca buku “Rise of Japan”. Rakyat jepun menghadapi konflik antara mengekalkan tradisi dan menerima “pemodenan”. Pada pandangan saya konflik ini berlaku kerana mereka melihat bahawa untuk menjadi moden maka mereka perlu seperti barat. Maka tidak hairanlah satu ketika dahulu saya pernah membaca surat khabar yang menyiarkan bahawa penduduk jepun begitu teruja kerana buat pertama kalinya penduduk jepun boleh melihat “ari-ari kemaluan manusia” di pawagam-pawagam mereka yang menyiarkan sebuah filem tanpa tapisan.

Berdasarkan ini, saya cukup yakin bahawa beginilah bentuk pemikiran yang memonopoli DAP. Mereka melihat kebebasan sebagai pra-syarat untuk membina tamadun sedangkan umat Islam yang dipandu oleh Al-Quran dan Hadis melihat nilai-nilai murni adalah syarat utama membentuk tamadun yang berjaya. Kebebasan yang diperjuangkan Islam bukanlah kebebasan mutlak yang merosakkan.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang sebelum ini sememangnya dikuasai oleh DAP. Apakah nilai-nilai akhlak yang diterapkan disana? Menjawab persoalan ini, biarlah saya ceritakan pengalaman saya bersama-sama dengan rakan-rakan dalam PKPIM yang pernah membuat survey sewaktu malam merdeka dibeberapa buah tempat di ibu Negara antaranya bukit bintang. Hasil pendapatan kami, bukit bintang adalah tempat maksiat yang berleluasa. Muda-mudi lelaki dan perempuan bercampur gaul tanpa batasnya, arak diminum bagaikan air minuman biasa dan pakaian-pakaian jelas sekali menjolok mata.

Lalu bagaimanakah kita boleh menerima DAP sebagai MB Perak. Saya melihat dalam hal ini PAS perlu melihat dari kaca mata Islam dan melupakan persengketaan dengan BN. Mereka perlu bersama demi survival umat Islam di Perak. Mungkin para pendokong PAS merasakan BN telah melampau dan tidak memperjuangkan Islam namun adakah DAP lebih baik dari BN? Buatlah keputusan berdasarkan qaidah fiqhiyyah “Akaful Darrain” iaitu memilih antara dua keburukan yang paling kurang impak keburukannya.

Wallahualam…

Without prejudice….

1 komentar:

Anonymous said...

Untuk PAS bekerjasama dengan BN dalam konteks zaman sekarang adalah susah. Dari pihak PAS, sebilangan besar daripada mereka masih lagi terhimbau dengan kisah pahit Oktober 1977, di mana parti itu disingkirkan dari BN. Untuk BN/UMNO pula, bekerjasama dengan PAS adalah perkara terakhir yang terlintas difikiran mereka terutama, sekali di kalangan generasi pemimpin muda mereka. Untuk membolehkan kerjasama ini berlaku, PAS perlu mempunyai pemimpin yang berjiwa besar seperti Mohd Asri Muda ataupun mungkin Nik Aziz (beliau adalah antara yang menyokong kuat kerjasama di antara UMNO dan PAS). Untuk UMNO pula, kita masih lagi menunggu pemimpin yang berfikiran jauh serta terbuka seperti Tun Abdul Razak, bukan hanya lalang yang mengikut deru angin bertiup mahupun pemimpin yang hanya memikirkan periuk nasi serta ego mereka sahaja. wallahualam