Saturday, June 21, 2008

PostHeaderIcon Worksheet Excel: Muhasabah Diri


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Konsep muhasabah diri merupakan konsep yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana individu yang ingin mencari keredhoan Allah. Tanpa muhasabah diri terhadap amal yang telah kita lakukan maka sering sahaja kita merasa cukup dan mulalah penyakit hati meresap menguasai jiwa.

Antara penyakit hati yang bahaya ialah “Tulul amal” atau panjang angan-angan seperti yang dinyatakan didalam buku “An-Nasaih Dinniyah Al-Wasaya Imaniyah” karangan Imam Hadad merupakan petanda kerasnya hati seseorang manusia. Bahaya “Tulul amal” ialah seseorang individu itu merasa aman dan berangan bahawa akan dapat mengecapi syurga sedangkan usahanya kearah itu amat sedikit sekali.

Orang yang tinggi takwanya tidak akan merasa aman dengan amal ibadat yang telah dilakukannya kerana dia menyedari bahawa amal yang baik belum dapat memastikan dia mati dalam husnul khatimah. Justeru itu dia akan terus berusaha meningkatkan amal moga dengan itu Allah mengasihinya dan memberikannya pengakhiran yang baik.

Usaha meningkatkan amal perlu diteruskan demi mendapat keredhoan Allah. Sebagai inisiatif saya telah membuat worksheet muhasabah diri menggunakan “excel” (ini sahaja kemampuan saya)untuk memudahkan kita memuhasabah amal harian kita. Diharapkan worksheet yang telah saya masukkan beberapa formula penilaian ini merupakan permulaan dan dapat diperbaiki oleh mereka yang mahir dalam computer. Sistem muhasabah ini saya usahakan agar dapat digunakan untuk meningkatkan amal ahli-ahli usrah dari seminggu ke seminggu. Jika ingin dapat perisian ini saya boleh bagi dengan percuma melalui email NAMUN dengan syarat sahabat-sahabat menghantarkan reply muhasabah kepada saya kembali. Ini adalah untuk membolehkan saya memperbaiki “Kebolehpercayaan” sistem ini melalui respons sahabat-sahabat. Marilah kita berkhidmat untuk Islam.. Bagi yang berminat sila tuliskan email sahabat-sahabat dibahagian komentar…(Hujung minggu ini baru saya dapat sendkan.. internet slow di tempat kursus ini tidak memampukan saya menghantar sesegera mungkin)

Wallahualam…

Tuesday, June 10, 2008

PostHeaderIcon Raja Petra Sudah Gila:Menafsir Quran Membabi Buta


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Apalagi yang mampu saya ucapkan dalam kemarahan yang meluap-luap membaca artikel yang dikirimkan oleh Raja Petra di dalam blognya "Malaysia Today" . Dia sudah melampau malah tuduhannya juga langsung tidak berasas. "Raja Petra sudah Gila" istilah ini pada perkiraan saya lebih baik dari tuduhannya bahawa "ABIM is bullshit of Islam" tidak termasuk tuduhannya bahawa ABIM munafik dan fasiq.Berikut adalh petikan butir katanya yang merbahaya lagi bukan dari seorang yang faham Islam:

Umno and ABIM are enemies of the community. Umno and ABIM are enemies of Islam. Umno and ABIM serve the party and their own race. Umno and ABIM are not true Muslims. Umno and ABIM are bullshit Muslims. Umno and ABIM are practicing bullshit Islam.

Lebih mengguriskan hati saya ialah kenyataannya yang memperkecil mufti Perak Dato Harussani. Cukup sekadar melihat kepada watak yang dipamerkan oleh Dato' Mufti dan Raja Petra (isterinya pun tak tutup aurat) budak kecil pun tahu Raja Petra tidak layak mempersoalkan ilmu Dato' Mufti. Kalau mahu berdebat tak perlu panggil Dato' Mufti cukup saya yang tak seberapa ini pun boleh berdebat dengan hujah Raja Petra yang dangkal. Hujahnya langsung terkeluar dari landasan qawaid fiqhiyyah. Kefahamannya tentang maksud ayat al-Quran juga adalah tidak sempurna. Al-Quran dan sirah para sahabat ditafsirkan mengikut rasa hati yang buta kerana kefanatikan yang membabi buta.

Lihat sahaja bagaimana dia membuat hukum dengan logik dan beberapa ayat Al-Quran yang bukan ayat hukum untuk membenarkan perkataannya. Dia mengatakan bahawa Islam menuntut persamaan. Sebenarnya Islam tidak pernah menuntut persamaan yang dituntut oleh Islam ialah keadilan.Seperti yang dinyatakan Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 11:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan”

Keadilan bukan persamaan hak. Keadilan ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai kata Islam menuntut persamaan pasti Islam sudah memberi pembahagian harta pusaka yang sama rata kepada lelaki dan perempuan. Namun adakah perbuatan seperti itu adil. Jelas sekali tidak adil kerana pembahagian sedemikian akan meletakkan lelaki dalam keadaan yang tidak adil.

Sebenarnya, wanita dalam Islam ditanggung oleh lelaki. Lelaki sebagai suami, bertanggungjawab memberi nafkah kepada wanita sebagai isteri walaupun wanita tersebut bekerja. Duit gaji perkerjaan isteri pula tidak boleh diambil atau digunakan oleh suami tanpa izin isteri. Nah, lihat tentu sahaja lelaki yang banyak belanja jika ditambah lagi bahawa lelakilah yang perlu memberi nafkah kepada anak-anaknya. Disinilah Allah meletakkan hikmah bahawa pembahagian pusaka harta berbeda antara lelaki dan perempuan untuk memberi keadilan kepada semua.

Justeru itu, saya katakan bahawa Raja Petra terkeliru apabila ABIM mempersoalkan isu pembahagian biasiswa 45% kepada bukan bumiputra. Pada pemikirannya, "apa yang mahu sangat ditentang persamaan hak sedangkan itu tuntutan Islam". Walhal yang menjadi tuntutan Islam bukan persamaan tapi keadilan. Justeru itu ayat al-Quran ada menyebut


Apakah Al-Quran sudah salah kerana menyuruh kita berlemah lembut dengan sesama Islam dan tegas dengan yang bukan Islam. Al-Quran tidak akan salah sama sekali salah, yang salah ialah persepsi bahawa orang bukan Islam sentiasa jujur dengan orang Islam.

Maaf andai ada yang berkata bahawa ramai juga yang bukan non-bumiputera Islam. Jadi bila ABIM seolah-olah mempertahankan bumiputera maka ABIM tidak islamik. Pemikiran ini juga tidak tepat mengikut qaidah fiqhhiyyah "masalihul mursalah" dan fiqh awlawwiyat yang menekankan "kepentingan umum lebih penting dari kepentingan peribadi".

Bersabarlah, saudara-saudaraku seislam dari bangsa-bangsa yang lain. Mungkin kepentingan kalian tergugat tapi lihatlah dari konteks yang lebih luas. Demi hak Islam terus dijaga buat masa ini berilah sedikit kelebihan kepada Melayu yang majoritinya Islam. Andai atas takdir Allah, Allah menaikkan bangsa saudara-saudara kerana saudara-saudara sekalian lebih layak mengangkat panji Islam maka InsyaAllah saya akan bersama saudara-saudara sekalian.


Selain itu, tindakan Raja Petra menyelar Mufti Perak kerana menyanggah tindakan Karpal Sigh juga tidak tepat. Logik yang digunakannya ialah Abu Bakar As-Sidiq pernah berkata bahawa sekiranya beliau melakukan kesalahan maka betulkanlah dia dengan pedang maka dari sini Raja Petra berijtihad bahawa tiada salahnya kalau kita mengkritik raja secara terbuka. Sekali lagi dia berijtihad dalam keadaan dia tidak layak berijtihad. Orang lain terpaksa belajar 20-30 tahun untuk berijtihad, tetapi Raja Petra sudah berijtihad dengan pembacaannya yang dangkal.

Dia tidak tahu pesanan Imam Al-Ghazali tentang bagaimana menasihat para pemimpin yang salah. Dia juga tidak mengerti bahawa sejarah tidak boleh diambil sebagai sumber hukum. Kalau nak ambil hukum kenalah dari sumbernya yang betul.Ambillah dari Quran dan ambil dari hadis.

Dari Ibnu Abbas ra berkata: Rasullullah s.a.w bersabda : Siapa yang membenci sesuatu dari pemerintahnya hendaknya sabar. Sesungguhnya siapa yang keluar dari pemerintahnya walau sekadar sejengkal kemudian ia mati, mati dalam jahiliyyah (Riwayat Bukhari, Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan kestabilan. Kepentingan Islam perlu diletakkan atas dari semua kepentingan. Andainya menentang pemerintah boleh menganggu gugat kepentingan Islam dan umatnya maka ia patut ditinggalkan. Lihat sahaja bagaimana gerakan wahabi yang berniat baik namun penentangan mereka terhadap pemerintahan Khilafah Uthmaniyaah dengan merampas Mekah telah menyebabkan kerajaan Islam menghadapi krisis yang akhirnya membawa kejatuhan kerajaan Islam. Peristiwa tersebut amat merugikan umat Islam.

Akhir kata saya menyeru Raja Petra agar bertaubat kerana telah mentafsirkan Al-Quran mengikut kejahilan yang hukumnya haram. Begitu juga menuduh orang lain sebagai munafiq dan fasiq juga berdosa apatah lagi tanpa asas ilmu yang kukuh. Waalahhualam...