Saturday, June 21, 2008

PostHeaderIcon Worksheet Excel: Muhasabah Diri


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Konsep muhasabah diri merupakan konsep yang tidak boleh ditinggalkan oleh mana-mana individu yang ingin mencari keredhoan Allah. Tanpa muhasabah diri terhadap amal yang telah kita lakukan maka sering sahaja kita merasa cukup dan mulalah penyakit hati meresap menguasai jiwa.

Antara penyakit hati yang bahaya ialah “Tulul amal” atau panjang angan-angan seperti yang dinyatakan didalam buku “An-Nasaih Dinniyah Al-Wasaya Imaniyah” karangan Imam Hadad merupakan petanda kerasnya hati seseorang manusia. Bahaya “Tulul amal” ialah seseorang individu itu merasa aman dan berangan bahawa akan dapat mengecapi syurga sedangkan usahanya kearah itu amat sedikit sekali.

Orang yang tinggi takwanya tidak akan merasa aman dengan amal ibadat yang telah dilakukannya kerana dia menyedari bahawa amal yang baik belum dapat memastikan dia mati dalam husnul khatimah. Justeru itu dia akan terus berusaha meningkatkan amal moga dengan itu Allah mengasihinya dan memberikannya pengakhiran yang baik.

Usaha meningkatkan amal perlu diteruskan demi mendapat keredhoan Allah. Sebagai inisiatif saya telah membuat worksheet muhasabah diri menggunakan “excel” (ini sahaja kemampuan saya)untuk memudahkan kita memuhasabah amal harian kita. Diharapkan worksheet yang telah saya masukkan beberapa formula penilaian ini merupakan permulaan dan dapat diperbaiki oleh mereka yang mahir dalam computer. Sistem muhasabah ini saya usahakan agar dapat digunakan untuk meningkatkan amal ahli-ahli usrah dari seminggu ke seminggu. Jika ingin dapat perisian ini saya boleh bagi dengan percuma melalui email NAMUN dengan syarat sahabat-sahabat menghantarkan reply muhasabah kepada saya kembali. Ini adalah untuk membolehkan saya memperbaiki “Kebolehpercayaan” sistem ini melalui respons sahabat-sahabat. Marilah kita berkhidmat untuk Islam.. Bagi yang berminat sila tuliskan email sahabat-sahabat dibahagian komentar…(Hujung minggu ini baru saya dapat sendkan.. internet slow di tempat kursus ini tidak memampukan saya menghantar sesegera mungkin)

Wallahualam…

2 komentar:

INSPIRASIHANA said...

Abang...tahniah dapat cipta satu sistem baru...semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua...teruskan usaha...(",)
Semoga Allah selalu merahmati usaha kita untuk membantu agamanya......

Anonymous said...

Assalamualaikum.
ha_zni@yahoo.com
syukran