Monday, May 04, 2009

PostHeaderIcon Saya Telah Berpindah

Assalammualaikum,

Kepada semua sahabat-sahabat sekalian, adalah dimaklumkan bahawa laman blog ini tidak akan lagi diupdate.. saya telah berpindah ke laman web saya yang baru www.abinajwan.com.

Kita jumpa disana...
Thursday, April 16, 2009

PostHeaderIcon Study Barakah:Ta'lim Muta'lim Siri 1


Assalammualaikum,
Jika ditanyakan kepada saya, apakah sarjana Islam lampau mempunyai teknik belajar? Tanpa ragu-ragu akan saya katakan Ya!Malah pada pandangan saya sarjana Islam merupakan golongan pertama yang menyusun tips-tips teknik belajar yang sistematik misalnya buku motivasi kurun ke 14 yang dikarang oleh Imam Azzarnuji iaitu Ta'lim Muta'lim Toriq at-Ta'lum (Mengajar Pelajar Teknik Belajar)

Karya unggul ini masih dipakai di pondok-pondok dan pasentran-pasentran di alam tanah melayu sebagai sebahagian dari silibus mereka. Kandungannya yang sarat dengan tips-tips belajar yang tulen dari khazanah Islam dan tidak terpengaruh dengan pandangan barat telah memberikan

saya inspirasi tentang bagaimanakah sebenarnya teknik belajar islam yang telah melahirkan ramai sarjana Islam yang terkemuka di masa lampau.

Malah penulis buku ini sememangnya berhasrat agar bukunya dijadikan panduan dalam memahami teknik belajar yang betul agar ilmu itu bukan sahaja dapat difahami tetapi dapat diamalkan.Seperti yang diungkap oleh Imam Azzarnuji dalam Muqaddimah bukunya

Maka setelah saya amati banyak sekali pelajar pada generasi saya,ternyata mereka banyak mendapatkan ilmu tetapi tidak bisa memetik kemanfaatan dan buahnya, yaitu mengamalkan dan menyiarkannya. Hal ini disebabkan oleh kesalahan mereka dalam kaedah menuntut ilmu dan kerana meninggalkan syarat-syaratnya


Nah, inilah maksud sebenar buku motivasi ini ditulis, untuk memastikan ilmu yang didapati benar-benar melekat didada dan dapat diamalkan berbanding sifat motivasi zaman sekarang yang lebih menekankan soal cemerlang dalam peperiksaan dan melupakan peri pentingnya mengamalkan ilmu tersebut.

Pengalaman saya yang terdedah dalam bidang motivasi telah membawa saya kepada pembacaan yang yang banyak terhadap buku-buku motivasi yang ada dipasaran kebanyakannya akan memulakan tajuk utama dengan meletakkan Kaedah Menetapkan Matlamat dan diakhiri kaedah menghadapi Peperiksaan.Ini kerana kebanyakan buku-buku tersebut menjadikan kejayaan dalam peperiksaan sebagai matlamat akhir.

Ini amat berbeza dengan buku Ta'lim Muta'lim yang memulakan bicaranya dengan pemahaman hakikat kepentingan ilmu dalam kehidupan dan peri pentingnya ilmu disisi agama sebelum mengulas pula teknik-teknik belajar dan mengakhirinya dengan tips-tips mengukuhkan amalan kerohanian dikalangan para pelajar. Pada pandangan saya penulis buku ini,amat-amat menekankan hubungan dengan pemberi Ilmu iaitu Allah dalam memperoleh keberkatan dan ilmu yang bermanfaat. Terdapat lagi perbezaan teknik belajar dalam buku ini yang berbeda dengan apa yang saya baca dari buku-buku motivasi yang lain contohnya soal study smart yang sedikit berlainan dengan teknik Imam Azzarnuji yang saya sifatkan sebagai "Study Barakah"

InsyaAllah, dimasa akan datang saya akan cuba ulas lebih lanjut..

Wallahualam
Tuesday, April 14, 2009

PostHeaderIcon Terimalah Dengan Hati Terbuka Nasihat UntukMu



Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Sebagai seorang manusia biasa yang penuh kelemahan, kekadang kita begitu sedih apabila mendengar nasihat dan teguran untuk kita. Seboleh-bolehnya kita ingin mendengar pujian tetapi tidak pada kritikan.

Sekiranya ia benar.. mengapa tidak, lapangkan sahaja dada untuk menerimanya. Bukankah itu akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada kita berbanding kita berkeras untuk menegakkan benang yang basah.

Hairan..

kekadang kita sering berfikir songsang.Bagaimana kita boleh berpandangan bahawa dengan mendengar nasihat maka maruah kita akan jatuh? Sebenarnya, setakat ini belum pernah saya mendengar orang mengutuk peribadi seseorang kerana suka mendengar nasihat. Tetapi kalau pasal orang yang keras kepala tak nak dengar kata, banyak sekali.

Nah.. itu pun sudah menunjukkan bahawa tidak akan hilang maruah orang yang mendengar nasihat. Bahkan menurut Dale Carnigie dalam bukunya "How to influence peoples and make friends" menyatakan bahawa meminta dan mendengar nasihat orang lain adalah sebahagian dari teknik yang berkesan melembutkan hati dan mempengaruhi orang lain.

Justeru itu, kita perlulah memelihara diri dari sifat takabbur dan angkuh, bilamana ditegur. Malah kita perlu menjaga percakapan dari menyatakan sesuatu yang boleh difahami sebagai membenci kebenaran kerana dikhuatiri kita terjatuh dalam golongan yang dicelakakan Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:206

Apabila dikatan kepadanya: Patuhlah kepada Allah maka kebongkakannya telah menariknya kepada dosa. Memadailah balasan untuknya neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat istirehat


Semoga ayat Allah ini dapat memperingatkan kita agar berlapang dada menerima kebenaran walau ianya pahit untuk ditelan.

Wallahualam
Saturday, March 28, 2009

PostHeaderIcon Mengapa? Mengapa? Mengapa?


"Gambar ini gambar hiasan ambil dari laman web lain yang saya sendiri belum tengok kandungannya"

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kembali mengedit laman blog ini. Baru saya tahu bahawa selama ini software java saya bermasalah. Perkara ini saya ketahui selepas saya membaca artikel di google support.

Memulakan bicara, saya tertanya mengapa saya lihat di tv segolongan manusia bersorak apabila dianugerahkan jawatan?????

Mengapa mereka seronok terima jawatan ? Mengapa mereka tidak bersedih? Mengapa mereka tidak merasa beban?

Dalam Hadis yang saya petik dari buku Imam Hadad An-Nasaih Ad-Diniyah wal Wasoyal Imaniyyah ada menyebut:

"Setiap pembesar yang mengendalikan urusan sepuluh orang ke atas, melainkan dibawa pada hari kiamat sedang kedua belah tangannya terbelenggu ke tengkuk, akan dibebaskan oleh keadilannya atau dicelakan oleh kezalimannya"

Dalam hadis lain pula:

"Bahawasanya setiap pembesar itu akan diberhentikan diatas jambatan jahanam. Kiranya ia orang yang baik(adil) selamatlah ia. Kiranya ia orang jahat (zalim), ia akan tergelincir diatas jambatan itu, lalu terjatuh ke dalam neraka jahannam selama tujuh puluh tahun"

Justeru itu, saya yakin sepatutnya setiap yang menerima jawatan perlu bimbang dan risau bukan gembira ,bersorak dan meraikannya.

Saya masih ingat bagaimana saya dan rakan-rakan sewaktu di amanahkan jawatan PKPIM yang mana kami terima bukan kerana meminta tetapi atas keputusan syura . Kami telah diucapkan takziah. Saya fikir... ada eloknya fikiran ini mewarnai politik Malaysia.

Wallhualam.
Sunday, February 01, 2009

PostHeaderIcon Jom Berniaga..!


Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Assalammualaikum,
Dahulunya sewaktu di alam universit saya dan rakan-rakan telah berikrar untuk membina KOMPLEKS UMMAH yang merupakan one stop centre untuk perniagaan umat Islam disamping sebagai usaha dakwah. Namun setelah 2 tahun berlalu hanya seorang dari kami yang Berjaya menjadi usahawan.
Bukan saya tidak mahu menjadi usahawan namun risikonya amat tinggi. Teringin jua hati untuk berniaga apatahlagi perniagaan merupakan jalan mencari rezeki yang diguna pakai oleh ulamak-ulamak silam. Mereka sememangnya cuba mengelak dari makan gaji contohnya Imam Al-Ghazali yang menolak makan gaji dengan pemerintah dan Imam Abu Hanifah yang menyara hidupnya sebagai saudagar kain yang jujur.
Antara yang menghalang saya dari terlibat dalam perniagaan yang mungkin merupakan sebab sahabat-sahabat sekalian juga tidak terlibat dalam perniagaan ialah:
1) Tiada Modal
2) Tidak Tahu Macammana nak tubuhkan syarikat
3) Tidak tahu Nak jual Apa?
4) Ada ke orang yang akan beli?
5) Takut rugi
6) Takut kena tipu
7) Tak pandai nak kempen orang supaya beli
8) Malu
Banyaknya persepsi negative.. malu saya ,TETAPI baru-baru ini seorang rakan saya telah memperkenalkan
SATU PERNIAGAAN yang HALAL
dari syarak yang mampu menjana pendapatan disamping lebih
TERJAMIN DARI RISIKO
tinggi. Mengapa? Kerana perniagaan ini bercirikan:
1)Menjual barangan bukan sistem(bukan MLM.. saya fobia dengan MLM)
2)Syarikat sanggup beli balik daripada kita barang yang telah dia jual dengan harga yang lebih mahal (sell back policy)
3)Tak payah cari pelanggan kerana syarikat sudi jadi pelanggan
4)Syarikat penjual merupakan syarikat yang stabil disamping kejujurannya telah diktiraf melalui anugerah KERIS AWARD(anugerah untuk syarikat yang jujur peringkat Asia Pasifik setiap tahun)
5) Dalam tempoh 2 tahun InsyaAllah sahabat-sahabat sekalian dapat menjana duit sebanyak
RM16,700.00
(satu jumlah yang sukar dikumpul oleh kita yang makan gaji)
Untuk bersama dengan saya dalam perniagaan ini sahabat-sahabat hubungi saya di 019-2558078, InsyaAllah segala maklumat akan saya berikan
Friday, January 30, 2009

PostHeaderIcon Nekadku Demi Palestin

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi



Membaca artikel demi artikel berhubung penindasan yang dilakukan oleh zionis menjadikan hati ini pilu apatah lagi memikirkan nasib saudara seislam kita disana. Saya nekad ingin melakukan sesuatu tidak kisahlah walaupun sekecil manapun usaha saya,tidak sanggup saya menjadi "mat pacak" membiarkan saudara-saudara saya dibom saban hari disana tanpa pembelaan. Berikut ialah apa yang ingin saya lakukan sebagai individu dan pimpinan KPIP(Kesatuan Pelajar Islam Perak):

1)Menyiapkan power point presentation berhubung isu palestin untuk digunakan dalam ceramah saya atau ahli-ahli KPIP yang lain disekolah-sekolah
2)Menawarkan diri kepada mana-mana sekolah yang ingin mengadakan ceramah palestin untuk menggunakan khidmat saya atau KPIP
3)Terlibat dalam program Palestin yang dianjurkan oleh NGO
4)Mengedarkan poster boikot dan turut sama dalam kempen boikot "SELAMA-LAMANYA"
5)Menggunakan barang-barang alternatif dan berkempen kepada yang lain untuk turut bersama menggunakannya
6)Memberi sumbangan
7)Memohon doa untuk kejayaan para pejuang Palestin..

Inilah yang rasanya termampu untuk saya lakukan dalam tempoh terdekat namun dalam doa-doa saya sering saya memohon untuk buat lebih dari ini iaitu mati syahid dalam menegakkan agamanya.

Saya pohon keampunan pada Allah andai apa yang saya luahkan ini seoalah-olah membesarkan diri sendiri. Harapan saya agar keinginan saya ini dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan sekalian, moga-moga dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang buntu dalam mencari kaedah untuk membantu umat islam palestin..dan dapat menguatkan lagi semangat saya untuk melaksanakannya

Marilah kita lakukan sesuatu walaupun kecil daripada berdiam diri,Ingatlah barangkali amal yang kecil inilah yang menjadi penyebab kita meraih syurga Allah.. InsyaAllah. Seperti yang disebut dalam hadis nabi Muhammad S.A.W riwayat Muslim

"Abu Dzar ra berkata: Rasullah berkata kepadaku : Jangan merendahkan walau sedikit pun dari kebaikan, walaupun hanya menyambut temanmu dengan wajah yang manis"

Dalam riwayat Muslim yang lain pula ada menyebut:
"Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Nabi S.A.W: Saya telah melihat seorang masuk syurga dan bersenang-senang kerana ia telah memotong suatu pohon yang mengganggu dijalan kaum muslimin"

Wallahualam