Tuesday, January 22, 2008
Tiada Siapa Pun Yang Sudi Menggerakkan Satu Jari Mereka!!
9:29 PM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
"Tiada siapa pun yang sudi untuk menggerakkan walau satu jari untuk membantu, jeritan dan tangisan kami tidak mampu meruntun mereka untuk bergerak" keluh Ahmad seorang warga emas Palestin. Ucapan ini saya peyik dari berita yang dipaparkan di islamonline.
Apabila membaca keperitan yang dialami oleh umat Islam Palestin terasa malu saya dengan Allah atas ketidak mampuan saya membantu mereka. Moga-moga tulisan ini Allah berikan ganjaran kepada saya sebagai salah satu cara membantu umat disana.
Biarlah saya dedahkan peristiwa kekejaman Israel yang bermula pada 18 januari 2008 dimana mereka telah menyekat sebarang bekalan makanan untuk masuk ke sempadan Gaza. Tanpa belas ihsan juga mereka tidak membenarkan sebarang bahan api dibawa masuk. Kesannya semua stesen minyak ditutup dan lebih menyedihkan tiada bahan api yang boleh digunakan untuk menjana stesen janakuasa elektrik.
Penduduk palestin terpaksa hidup dalam kegelapan dan yang paling menyedihkan ialah kilang-kilang makanan terpaksa ditutup malah hospital-hospital juga mengalami nasib yang sama. Bayangkanlah berapa ramai yang bakal mati kerana penindasan mereka??? Lihat sahaja gambar diatas... bagaimana nasib pesakit kronik tersebut???
Yahudi membunuh umat Islam dalam senyap.. fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan.. Adakah kita hanya ingin menjadi golongan pemerhati...?? Perhatikanlah hadis nabi S.A.W yang pernah menyebut:من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
"Barang siapa yang tidak mengambil peduli hal ehwal umat Islam maka dia bukan dari golongan mereka"
Selamat Berfikir, Wallahualam
Labels:
Agenda Ummah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment