Friday, May 16, 2008

PostHeaderIcon Modul Usrah dalam Gerakan Tersasar?


gambar hiasan

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi

Tajuk artikel ini bukanlah sebagai provokasi agar dibaca oleh ramai orang tetapi adalah luahan pandangan saya setelah membaca "ihya' ulumuddin" dalam bab "Kitab Ilmu". Buku yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali ini, telah benar-benar menyentak jiwa dan perasaan saya. Apatah lagi saya merupakan salah seorang yang mengikuti perjalanan usrah seawal saya selaku pelajar Matrik UIA. Namun mungkin inilah jawapan kepada pencarian saya terhadap punca ketidak kebersanan usrah dan mengapa pelajar aliran agama gagal menghayati agama.

Sahabat-sahabat sekalian,

Imam Al-Ghazali dengan tegas membetulkan kefahaman makna "FIQH" yang kini telah tersasar dari makna sebenar seperti yang tercatat didalam Al-Quran dan yang difahami oleh para salafus soleh yang terdahulu. Menurutnya masyarakat pada zamannya telah terkeliru sehingga menyangka bahawa fiqh atau fekah itu adalah ilmu furu' (cabang) agama, yang ganjil mengenai fatwa, mengetahui sebab-sebab yang mendalam fatwa tersebut,dan penghafalan dalil-dalil fatwa. Lalu orang yang menguasai ilmu ini disebut "al-afqah" atau dalam konteks sekarang digelar "orang yang faqih."

Ini sebenarnya menurut syeikh Imam adalah bersalahan dengan pemahaman salafus soleh. Pada zaman awal, mereka memahami fiqh sebagai ilmu tentang jalan menuju akhirat, pengtahuan mengenal penyakit jiwa dan ilmu yang memberikan perhatian kepada meneguh pendirian beragama, membersihkan daripada memberhalakan dunia, membangkitkan keghairahan mengejar akhirat dan melahirkan rasa takut kepada Allah. Ya.. Inilah pengertian Fekah yang sebenar. Dalam ayat Al-Quran ada menyebut :

"Untuk mempelajari (berfiqih) dalam agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila telah kembali (dari menuntut ilmu) kepada mereka". (al-Baqarah ayat 22)

Ayat ini jelas merujuk bahawa mereka yang "faqih" ialah mereka yang telah terkesan ilmu yang menjadikan mereka beringat dan takut kepada Allah. Kemudian selepas itu, mereka pula memberikan peringatan pada yang lain. Fiqh disini tidak merujuk kepada persoalan hukum talak, lia'n, sewa menyewa yang mana persoalan itu tidak memberikan peringatan atau ketakutan. Bahkan andai dipebesarkan isu khilaf sehingga bertelagah sesama sendiri maka hati makin menjadi kasar kerana sibuknya kita bertikam lidah.

Sebenarnya menurut Imam Al-Ghazali kita juga telah tersalah memamhami makna ilmu sehingga kita menyangka mereka yang pandai berbicara. berdebat dengan mengemukakan dalil merupakan orang yang berilmu. Sebenarnya orang yang berilmu ialah orang mengetahui sifat-sifat dan perbuatan Allah. Sehingga dengan mengetahuinya maka takutlah orang yang berilmu kepada Allah.

Lanjutan dari salah faham makna pandai feqah dan berilmu telah menyebabkan kita sering menjadikan silibus usrah sebagai untuk mengupas permasalahan-permasalahan furu', ayat al-quran dan hadis,serta isu semasa secara intelektual yang mungkin memberikan kita kepuasan berfikir namun telah melupakan kita tujuan al-Quran diturunkan iaitu untuk diamalkan. Pada perkiraan kita silibus sebegini telah menjadikan ahli-ahli gerakan seorang yang faqih dan berilmu tapi adakah mereka telah menjadi seorang yang faqih dan berilmu dalam konteks pemikiran Imam Al-Ghazali.

Saya tidak membantah perkara-perkara intelektual dinyatakan didalam usrah. Sekali lagi saya nyatakan saya tidak membantah namun penekanan perlulah diberi kepada soal memahami ayat al-quran dan hadis sebagai peringatan dan menghadirkan rasa keimanan dan ketakutan kepada Allah kerana itulah yang lebih penting. Tidakkah kita pelik, kiranya kita membincangkan tafsir al-quran dengan melihat pelbagai buku tafsir disamping menghujahkan pula perbezaan pandangan buku-buku tersebut namun tidak langsung ayat yang kita bahas itu mengingatkan kita kepada perasaan takwa kepada Allah.Ini berpunca dari sibuknya kita memerhatikan hujah yang dikemukakan agar kita boleh pula berhujah dan kurangnya kita menghayati ayat-ayat Al-Quran itu sebagai firman Allah S.W.T yang paling baik sebagai penasihat kita.

Biarlah saya akhiri artikel ini dengan kata-kata pengarang kitab Al-Quut yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali :

"Maka berpalinglah Anas kepada Zaid Ar- Raqqasyi dan Ziyad An-Numairi, seraya berkata: Tidaklah majlis mengingati Tuhan (berdzikir) itu seperti majlis ini, dimana salah seorang dari kamu menceritakan pengajaran kepada teman-temannya dan membawa hadis-hadis. Sesungguhnya kami duduk lalu mengingati iman, memahami Al-Quran dan berfaham (berfiqih) dalam agama serta menghitung ni'mat Allah Ta'ala kepada kami, dengan penuh pemahaman (fiqih)"

Wallahualam...

2 komentar:

Usratika said...

kalau aku nak attend usrah..aku pilih yang leh recharge balik iri aku...especially yg mnyentuh soal tauhid..pembersihan diri....

malie

mnr said...

aku dah lama tak gi usrah bro..insaf..insaf