Saturday, September 13, 2008
Taa'suf,Jemaah,Hati,Adik dan Politik..
12:53 PM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Sekian lama saya tidak menulis namun alhamdulillah saya mendapat ruang dan peluang untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Biarlah tulisan ini menjadi medan ikhlas saya menasihati adik-adik yang berada didalam perjuangan dalam jemaah.
Perkembangan terkini benar-benar telah melukakan hati saya. Tindakan sesetengah ahli-ahli gerakan Islam jelas menunjukkan mereka tidak mampu bersabar dan melampau dalam menyelesaikan isu-isu tertentu. Keinginan mereka yang tinggi untuk mengangkat martabat jemaah telah menyebabkan mereka menyalahkan pimpinan secara membabi buta. Apa yang dilakukan oleh pimpinan pada perkiraan mereka tidak cukup.
Aneh, sesetengah daripada mereka adalah pimpinan jua. Apa yang mereka kritik itu adalah ibarat mengkritik diri sendiri. Lemahnya pimpinan jemaah pastinya bukan didasari oleh kesilapan seorang individu tetapi kerana tindakan ramai orang termasuklah yang mengkritik. Setakat manakah yang telah mereka lakukan melalui biro-biro dan jawatan yang telah diamanahkan kepada mereka dilaksanakan dengan baik?
Pada zaman Saidina Ali Karamahhu Wajhah, datang sekumpulan manusia yang mengkritik kepimpinan beliau dan membandingkan kehebatan kepimpinan Islam dizaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Lalu pantas Saidina Ali menjawab bahawa pada zaman tersebut para pengikutnya adalah seperti beliau manakala pengikut pada zaman beliau adalah seperti peribadi yang mengkritik.
Nah, lihat.. sebenarnya kepimpinan itu amat bergantung kepada kepengikutan. Andai pengikutnya lemah atau asyik bergaduh dan tidak pula menyumbang mana mungkin boleh mengharapkan kepimpinan menjadi hebat. Bagi saya kehebatan manusia bernama pemimpin adalah kerana adanya bernama pengikut yang patuh melaksanakan wawasannya.
Pengalaman saya sebagai pimpinan pelajar dahulu banyak mengajar saya erti kepengikutan. 2 tahun memimpin namun dengan pengikut yang berbeza bagi tahun pertama dan berbeza pula pada tahun kedua sememangnya menyedarkan saya kepada perlunya pengikut yang baik .Walaupun saya masih kekal sebagai tunjang kepimpinan utama namun prestasi jemaah yang saya pimpin benar-benar berbeza.
Lihat sahaja, zaman kehebatan pimpinan abang-abang yang adik-adik gahkan… bagaimanakah karektor pengikut-pengikutnya. Oleh tidak hairanlah apabila saya mendengar seribu satu macam keburukan tentang pimpinan kalau bukan berasal dari pengikut-pengikut yang tidak baik. Ingatlah Islam berbeza pandangan dengan barat. Mereka para pendokong barat menekan kepada keperluan menjadi pimpinan yang baik tapi pernahkah kita jumpa mereka membicarakan bagaimana menjadi pengikut yang baik. Islam jelas berbeza dalam isu ini. Pemimpin dan pengikut saling dititik beratkan.
Kepincangan para pengkritik, dalam memahami adab-adab kepengikutan telah menyebabkan mereka mengambil pendekatan yang “taa’suf” dan jelas mereka telah mengimport budaya politik luar yang tersimpang dari apa yang digariskan Islam.
Taa’suf menurut Dr. Wahbah Zuhaili dalam bukunya “Fiqh Wa Adillatuhu” merupakan penyalahgunaan hak yang telah diberikan. Hukum taa’suf menurut Islam adalah haram begitulah yang saya petik dari buku tersebut. Contohnya kita menggunakan hak kebebasan secara salah dengan memasang radio sekuat-kuatnya sehingga mengganggu orang lain. Perbuatan ini tidak dibenarkan oleh Islam walaupun radio itu kita punya dan hak kita nak guna macammana.
Ada beberapa jenis taa’suf namun biarlah saya petik salah satu yang dikemukan oleh Dr. Wahbah antaranya tindakan yang kononnya untuk kebaikan namun sebenarnya merosakkan. Kita kononnya ingin membaiki jemaah maka kita pun berkomplot untuk memperalatkan hak kebebasan bersuara yang kita diberikan untuk mempertikaikan syura secara terbuka agar syura diadakan semula dan melantik kepimpinan yang pada pandangan kita lebih berkaliber. Namun kerana tindakan kita itu maka berpecah belahlah ahli jemaah dan maraklah api persengketaan.
Perbuatan kita sebenarnya telah salah berdasarkan hadis Nabi S.A.W
لا ضرار ولاضرار
“Tidak bahaya dan Tidak Membahayakan”
Pasal hal ini, jangan kata hadis ini tidak sesuai pula. Banyak perkara seperti hal radio yang saya petik tadi dari pandangan Dr Wahbah sememangnya tiada dalam zaman Nabi S.A.W. Namun ulama’ menggunakan kaedah “Qiyas”. Sebenarnya memang banyak perkara yang terjadi pada zaman ini tidak didapati pada zaman nabi namun ulamak menggunakan kaedah qiyas untuk menentukan hukumnya.
Begitulah kehidupan kita sebenarnya tidak boleh kita bebaskan diri kita dari hukum Allah dan Rasulnya tidak kira dimana pun kita, dalam organisasi,pimpinan negara ataupun diperingkat kampung dan keluarga sahaja. Justeru itu, saya merasa hairan melihat generasi baru yang dalam jemaah ini ,tanpa cuba melihat perbuatan mereka dari aspek Islam pantas sahaja melakukan sesuatu tindakan. Apabila dipersoalkan hukum mana yang mereka pakai, mudah sahaja mereka membantah dengan mengatakan tindakan mereka untuk kebaikan dan apa yang mereka buat bukannya gugat negara pun.. sekadar organisasi biasa sahaja yang tidak terdapat dalam hadis yang melarang perbuatan mereka.
Sebenarnya, sewaktu mereka mengambil tindakan tersebut tidak terlintas pun didalam kotak pemikiran mereka untuk menilai nya menggunakan neraca hukum Islam. Mereka sekadar menggunakan hukum akal yang dangkal. Fikiran mereka bahawa segalanya akan berjalan lancar dan happy ending menunjukkan betapa “simple”nya pemikiran mereka ini. Apakah mereka lupa saranan Islam agar umatnya berfikir dengan cermat ?
Pemikiran yang songsang inilah yang menyebabkan mereka mengunaka kaca mata politik “Machievelli” untuk melihat segala-galanya. Kritikan yang dilontarkan dalam “Syura” dianggap sebagai agenda menjatuhkan diri mereka. Apakah tidak boleh dijernihkan fikiran dan melihat secara telus bahawa apa yang berlaku dalam syura adalah satu proses biasa untuk mencari resolusi terbaik. Apakah tidak boleh dilihat nasihat abang-abang sebagai untuk kebaikan mereka? Mengapa perlu dilihat dari kaca mata politik bahawa semua itu untuk menghancurkan mereka?
Mereka hanyut dalam pemikiran politik barat yang gagal mereka murnikan… Tanyakan sahaja pada mereka apa tujuan kita menyertai politik kampus pasti dijawabnya dengan soal kuasa dan kekuatan kerana itulah yang diajar barat. Namun kalau ditanyakan kepada mereka yang murni fikirannya pasti tujuan politik kampus itu dijawabnya untuk Islam.
Andai hati kita benar telus untuk Islam… Berlapang dadalah untuk menerima kesalahan dan mohonlah kemaafan. Janganlah dibiarkan hati kita keras dan ego tidak mahu menerima nasihat kerana itulah punca kita hanyut dari hidayah Allah. Hadis ada menyebut :
أبعد الأشياء من الله تعالى القلب القاسي
“Yang Paling Jauh Dari Allah Taa’la ialah Hati yang Keras”
Wallahualam..
Untuk adik-adik jemaahku yang dikasihi
Labels:
Diari Peribadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 komentar:
Muja
Ada banyak tragedi yg terjadi yg encik. nabil tak tahu..
sy mohon & minta & harapkan agar encik nabil dengar cerita kedua-dua pihak.
Tak perlu saya bangkitkan tentang perkara yang en.nabil telah lakukan kepada senior anda di uia dahulu. biarlah itu menjadi rahsia antara aku dan encik nabil.
sekurang-kurangnye ia membuktikan bahawa jiwa adik-adik pkpim ini jiwanya hidup...masih lagi hidup...penuh dengan ideallisme!
saya yakin en.nabil lebih mengerti keadaan ini daripada saya. jika en.nabil tidak mengerti, maka cuba-cubalah. malah, saya takut jika en.nabil mengambil tindakan terburu-buru.
saya khuatir reputasi serta kaliber en.nabil akan lebur untuk selama-lamanya.
jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
bagi saya, biarlah adik-adik ini hidup dengan idealisme tersendiri. yang penting abang-abang tidak lepas tangan serta sanggup bersabar membimbing adik-adik.
lagipun kepimpinan dalam gerakan islam bukan untuk memerintah atau memberi arahan, tetapi untuk membangun dan mendidik jiwa & sahsiah juga pemikiran.
seorang pemimpin tidak akan dianggap sebagai seorang pemimpin yang hebat, sekiranya dia tidak mampu melahirkan pemimpin2 yang lebih hebat daripadanya. (mengikut kata senior PEPIAS, once upon a time)
pemimpin yang hebat tidak akan melakukan tindakan tergopoh-gapah.
kena ingat, tradisi pkpim, selalunya ada perbezaan pendapat antara senior dan adik-adik...perbezaan pendapat ini diraikan. bahkan di urus dengan penuh hikmah tanpa prejudis dan emosi.
seperti en.nabil bangkitkan tentang cerita saidina Ali r.a tadi, pada hemat saya....kita tidak lagi sampai tahap begitu. adik-adik kita sudah bijak dalam menentukan halatuju mereka. dan ini juga berkat tunjuk ajar abang-abang seperti en.nabil juga
http://photos1.blogger.com/img/188/4018/640/DSCI0009.jpg
Assalammualaikum,
Terima kasih kepada azlan kam... atas respon yang panjang. Berdasarkan tulisan saudara mungkin saudara junior saya dahulu...
Barangkali pelajar UIA.. Apa pun yang berlaku antara saya dan senior akhirnya ditangani dengan baik. Perbezaan pandangan itu sememangnya berlaku namun masih dalam ruang batasnya yang tidak sampai memecah belahkan.. Segala rasa hati yang kecewa saya luahkan didalam mesyuarat dan tidak pula saya menjaja nama buruk pimpinan sehingga keakar umbi..
berhubung kenyataan saudara yang mengatakan supaya saya membiarkan idealisme adik-adik yang dahulunya pernah saya didik,terus melakukan kesalahan dihadapan saya adalah sesuatu yang tidak dapat saya terima.
Siapa pun saya... Walau diluar jemaah pun sewajar apa yang tidak benar perlu dinyatakan. Inilah yang Islam ajar.
Mungkin benar saya tidak mengetahui keseluruhan cerita namun apakah salah untuk saya tegur apa yang dengan mata kepala saya sendiri saya lihat kesalahan itu dilakukan. Apakah masih lagi tidak boleh ditegur setelah adik-adik tersebut menyatakan permusuhan secara nyata.. menghina,,, memaki saya... adakah ini pun perlu dibiarkan kerana inilah idealisme?
Saudara azlan... Berpecah belah itu bukan idealisme... Menentang itu juga bukan idealisme... Memberontak itu juga bukan idealisme... Idealisme itu apa yang al-quran dan hadis ajarkan.. Wahyu ajarkan kita jangan berpecah belah.. idealisme inilah kita dokong dan yang berlawanan dengannya kita tolak
Tidak sikit pun saya susah hati andai kaliber saya jatuh kerana mata saya tidak memandang diri ini berkaliber.. lalu apakah yang nak jatuh lagi???? Yang saya risau andai Allah menolak saya...
Saya mohon keampunan pada Allah andai adik-adik tersalah tanggap ketegasan saya terhadap abang senior dahulu adalah anti-establishment.. pemberontakan.. Kalau ada yang saya salah.. janganlah dijadikan rujukan sebagai dalil menghalalkan pula apa yang kita buat sekarang...
Kisah perjuangan saya yang lampau sememangnya ada yang tidak ikhlas dalam menceritakannya.. Politik dahulu rupanya masih menghambat PKPIM.. Enough is Enough.. Selagi jemaah dipolitikkan selagi itu pepecahan ini takkan tamat..
Sebab itu hari ini saya cukup sedar betapa keberkatan Allah itulah yang menyatukan kita. Perpecahan yang berasal dari hati yang busuk membusukkan itu hanya menjauhkan rahmat ilahi..
Wallahualam..
Sepertimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, ada banyak perkara yang encik nabil tidak tahu.
Sekali lagi saya mengharapkan agar encik nabil dapat membuka mata dan minda untuk mendengar pandangan daripada kedua-dua pihak.
Ditambah pula dengan keadaan sekarang, di mana terlalu banyak komentar2 serta pandangan2 yang dibuat ataupun dijaja melalui blog2 oleh pelbagai pihak.
Ini belum masuk dengan pelbagai cerita mahupun gosip melalui chatbox yang dibuat dengan menggunakan pelbagai domain serta nama tertentu yang perlu dinilai akan kesahihannya.
Dalam ertikata lain, ada pihak yang menangguk di air yang keruh. saya merayu agar encik nabil dapat bersikap terbuka serta rasional dalam memahami serta menangani hal ini.
Saya khuatir jika encik nabil hanya mendengar dari sebelah pihak serta bersikap tidak rasional walaupun ia berlaku secara tidak sedar ataupun disengajakan, saya khuatir nama baik serta kredibiliti encik nabil akan hilang buat selama-lamanya.....
Dalam erti kata lain, "There is more than meet the eye" Semoga Allah memberi hidayah kepada kita daripada menjadi boneka kepada "tuk dalang" yang berada di depan "mata"
kita.
Saya juga seikhlas hati serta penuh kerendahan diri mendoakan agar segala muslihat halus "tuk dalang" ini tidak menyisihkan kita daripada menjadi golongan yang sentiasa menerima rahmah dan hidayat daripada-Nya.
Merujuk kepada petikan kenyataan encik nabil yang berbunyi,
"Apa pun yang berlaku antara saya dan senior akhirnya ditangani dengan baik. Perbezaan pandangan itu sememangnya berlaku namun masih dalam ruang batasnya yang tidak sampai memecah belahkan....."
Saya ingin juga memetik kembali kenyataan yang dibuat sebelum ini yang berbunyi
"selalunya ada perbezaan pendapat antara senior dan adik-adik...perbezaan pendapat ini diraikan. bahkan di urus dengan penuh hikmah tanpa prejudis dan emosi"
Saya yakin encik nabil dapat memainkan peranan dengan penuh hikmah, yang diharapkan dapat membuka jalan penyelesaian ataupun jalan tengah kepada situasi yang berlaku pada ketika ini.
azlan kam...
saya melihat perkara ini menjadi semakin serius....kita perlulah juga berfikiran terbuka....anda juga perlu menilai diri sendiri....adik2 itu juga perlu menilai diri sendiri....tidak salah kalau kita bercanggah pendapat..tetapi perlulah dengan adabul ihtilaf mengikut orientasi gerakan....
Saya kecewa dengan sikap biadap junior yang berani memaki hamun Ustaz Nabil dengan kata2 yang seorang dai'e tak perlu ungkapkan....
Walau apa pun yang terjadi kedua-dua pihak perlulah berbincang secara telus..bukannya terus menabur fitnah...kenapa perlu rampasan kuasa dalam muktamar tersebut????
Saya rasa krdebiliti mereka yang cuba memcah belahkan jamaah yang telah jatuh....saya langsung tak respect pemimpin yang bersikap emosional pada hari tersebut....
Di bulan yang mulia ini apalah salahnya ambil yang jernih buang yang keruh....
Kembalikan ukhuwah Islamiah...walau siapa pun yang bersalah....sesiapa yang telah memaki hamun siapa..mintalah maaf segera..agar amalan kita diterima....
Sepanjang saya dalam PKPIM...saya tak pernah melihat sikap biadap junior macam ni...fikirkanlah
usah disiram petrol pada bara yang kian padam.. mari kita lakar semula lukisan indah..
Abang...bersabarlah...Allah tahu siapa yang ikhlas dalam perjuangan...insya allah..kebenaran akan terbukti kelak..Insya Allah...walau apa jua keadaan...kita istiqamahlah dan fokus pada perjuangan ini....banyak lagi komitmen yang perlu kita penuhi...semoga tenang dan diberkati Allah selalu...(",)
Sudah la tuh. Banyak keje kita pada mase depan...
kepade nabil, ngko fokus jeh kat abim perak.
usah risau pkpim. lagipon kamu dah dewasa....
jangan le siram2 lagi...
keh keh keh keh....
Assalammualaikum..
Mmmm.. cadangnya gitulah.. lama dah tinggalkan PKPIM,kita pun dah syok ngan ABIM, tapi kehendak Allah menentukan segala kita dilantik dalam KPIP.. lari kot mana pun terlibat gak.. hehe..
Biarkanlah sahaja.. tulisan ini jadi tatapan adik-adik. Ia bukan api pembakar minyak... tapi sekadar melunaskan tanggungjawab menasihat sebagai yang lebih dewasa.Mendiamkan diri dalam keadaan kita benar-benar berada dalam kesalahan tersebut adalah tidak tepat. Agama itu nasihat.. Al-Quran pun ada sebut:
Maka ingatkanlah sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.
Namun janganlah dirisaukan saya tidak terganggu pun dengan apa yang berlaku maklumlah kita ni orang jauh.. Gerakkerja jemaah disini dengan izin Allah berjalan lancar.. Setiap minggu disibukkan dengan kerja dakwah KPIP dan ABIM Perak bulan puasa ini..Sampai jiran-jiran pun dok pelik tgk.. ke sana ke mari.. hehe
Walauapa pun mai la kita sama2 perkukuhkan dakwah, sekarang ni Islam diMalaysia berhadapan dengan cabaran besar...Saya sedang berusaha..(mendidik muda-mudi).. harap sahabat-sahabat juga berusaha.. Persengketaan harus kita tinggalkan...
Kepada semua .. Selamat Hari Raya.. Kepada sama batch.. Seronok sangat dapat jumpa semua hari tu apatah lagi perjumpaan itu amat bermanfaat untuk perancangan dakwah kita pada masa akan datang. Moga resolusi SISMA kita untuk membina "Kompleks Pembangunan Ummah" dapat direalisasikan.. Salam Perjuangan
Alhamdulillah...semoga usaha dakwah kita diredhoi Allah...dunia dan akhirat (",)
Assalammualaikum...
Abg Nabil, Tahniah atas kecemerlangan juga karisma..
MASYAALLAH...
Kepimpinan dan kelakuan abg Nabil pasti menjadi tauladan buat kami ahli dhaif PKPIM.
Inilah kenyataan,bila PKPIM dipolitikan demi peribadi,
syura tak dipeduli, natijah MALAS membersih jiwa dgn angkat kaki ke majlis ilmu. HATI JADI HITAm...
hati keras membungkam hingga si junior (bnyak sejarah bersama abg Nabil) sanggup melempar tohmah dan ana sifatkan tindakan biadab...tidak layak bergelar du'at!
Apa pun,jenguk dan tegurlah para pimpinan muda...sudah tentunya PKPIm ini jangan dihalakan kepda politik semata!
juang kita dalam diam, tidak dipandang kita tidak risau..
betapa isu akidah adalah melebihi pjuangan bangsa semata//
ALLAHU AKHBAR...
Assalamualaikum saudara Nabil..
Tulisan saudara dalam artikel ini ibarat terpalit pada diri sendiri...
Menyalahkan orang lain dalam jemaah... masih ingat lagikah bagaimana saudara sebelum manjadi amir suatu ketika dahulu... bagaimana saudara mengkritik pimpinan terdahulu sehingga saudara dapat menjadi amir.. bagaiman saudara mempolitikkan jemaah... sehingga batch di atas pupus begitu saja .... renung-renungkan
Kepada yang tidak mengerti atau tidak mahu mengerti..
Bila pula saya berpolitik untuk naik jadi amir... Demi Allah, urusan itu saya serahkan kepada syura..
Dari mana cerita ini datang? Siapakah penabur fitnahnya? Kalau masih tidak percaya.. tanya sahaja batch saya yang rapat dengan saya..
Kalau difikir logik mana mungkin orang yang menghina senior akan diangkat kerana yang mempengerusikan syura pada masa itu adalah senior jua...
Kami telah melakukan yang terbaik dan kami telah meninggalkan PKPIM dalam keadaan PKPIM (di uia)ramai pelapisnya...
Abang-abang tetap kami rujuki walau yang kami kritik.. Berkomplot untuk menjatuhkan abang-abang tidak pernah ada dalam kamus kami.. Kalau benarlah kami menginginkan kuasa pastinya kami tidak begitu bersemangat membuat perjumpaan batch hanya untuk membincangkan agenda dakwah setelah lama kami terpisah....
Namun, apa yang dilafazkan oleh yang tidak mengerti ini pastinya ada apinya.. cuba menjatuhkan kredebiliti dengan fitnah bukan politik yang benar.. bukankah telah saya katakan adik-adik(orang-orang tertentu) telah gagal memahami politik islam.
Dengarlah cerita dari orang yang benar.. Kalau cerita itu dari orang yang kurang thiqah tolak sahaja segala ceritanya.
Apatahlagi saya cukup menyedari beberapa individu yang menceritakan cerita tidak ikhlas bercerita..
Akhir sekali saya yakin dengan tindakan saya..segala fitnah terhadap saya dan batch saya perlu diselidiki (eloklah diteliti sebelum perbicaraan mahkamah Allah di yaumul Qiyamah)
Wallahualam
Asalamualaikum saudara nabil.
Keadaan terlampau gawat. Saya cadangkan untuk sementara drop post artikel ni serta artikel berkaitan. terlampau banyak orang yang mengambil kesempatan. begitu juga dengan chat box saudara kerana ada kata-kata dalam chat box ini yang menghiris pihak lain.
satu lagi khuatir takut orang ramai membaca post-post dalam blog saudara serta mempunyai prasangka buruk @ salah sangka terhadap saudara dan jama'ah.
biarlah diskusi ini (kemelut yang melanda ini) dijalankan secara tertutup. Itulah yang terbaik untuk sementara ini @ menenangkan keadaan. Wassalam.
Satu lagi, keadaan ini tak sahaja berlaku diblog saudara. cuba lihat blog2 individu terbabit seperti saifullah, faisal dan beberapa org lain. harap dapat membantu untuk memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku pada ketika ini.
senang citer, keadaan dah jadi terlalu panas sehinggakan nampak tak terkawal. harap dapat lapang2kan diri serta melihat blog2 tersebut demi untuk mencari kebenaran.
ANONYMOUS...
KENAPA ANDA TAK SURUH JE SAIFULLAH DAN KONCO2 NYA BUANG ARTIKEL MEREKA....KENAPA NAK SURUH ABG NABIL BUANG ARTIKEL DIA....KALAU SAUDARA TAK NAK ORG LAIN BURUKKAN SAUDARA...SAUDARA JUGA PERLU TUTUP KEAIBAN ORG LAIN....KEBENARAN DI PIHAK YANG BENAR...TAK PERLU TAKUT PADA RISIKO....SAYA SELAKU JUNIOR PKPIM DAERAH SELATAN TELAH MELIHAT BLOG ABG SAIFULLAH YANG PENUH DENGAN HASUTAN DARI KONCO2NYA SENDIRI..MACAM MANE KAMI NAK RESPECT ORG MACAM ABG SAIFULLAH....KALAU DIRI SENDIRI TAK TUNJUK CONTOH YANG BAIK...KAMI SEMUA TAK TAHU KENAPA ABG SAIFULLAH DAN KONCO2NYA BEGITU TERTKAN DAN BIMBANG SEKARANG...KALAU TAK BUAT SALAH...BERTENANG SAHAJALAH...TAK PERLU MENABUR FITNAH DI BLOG2 ORG LAIN ATAU DI MANA2...FOKUS JE DENGAN APA YANG ADA SEKARANG...TAK PERLU RISAU SAMPAI SURUH ORG LAIN BUANG ARTIKEL....KALAU KITA MENUTUB KEAIBAN ORG LAIN ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBAN SESORANG...KALAU KITA MENOLONG AGAMA ALLAH...ALLAH AKAN MENEGUHKAN KEDUDUKANNYA...KALAU DAH TAK TERPILIH DALAM JAMAAH UTK MEMEGANG AMANAH...ITU BERMAKNA...ANDA SEMUA TAK DIPERLUKAN LAGI...JANGANLAH CARI KESALAHAN ORG LAIN...PERBAIKILAH DIRI SENDIRI
Post a Comment