Monday, October 16, 2006
Ulamak Pun Masih Perlu Pada Tarbiyyah.
9:33 AM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Sebenarnya itulah sifat manusia kecuali para nabi yang maksum dan sememangnya akan terus meningkat imannya. Sedangkan kita pula sentiasa perlu bermujahadah untuk meningkatkan iman.
Perkataan "mujahadah" itu sendiri telah membawa makna yang mendalam. Mujahadah dalam bahasa melayunya bermaksud "saling berjuang". Perkataan ini digunakan dalam mengambarkan peri perjuangan membersihkan hati. Maksud mujahadah melambangkan apa yang berlaku, kita terpaksa berlawan dengan nafsu di dalam hati yang sememangnya suka melawan. Kalau kita alpa nafsu dan syaitan akan mengambil alih peranan iman dan akal. Begitulah lawan dan melawan yang berlaku didalam hati.
Justeru itu, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa dirinya tidak lagi perlu untuk ditarbiyyah hatta ulamak sekali pun. Sengaja penulis membawa isu ini untuk mengingatkan kita bahawa dalam jamaah para naqib dan para pempinan perlu juga mengikuti proses tarbiyyah.
Adalah amat tidak bertepatan sekali sekiranya wujud pandangan bahawa Para
pempinan dan Para Naqib adalah mereka yang sudah ditarbiyyah dan telah
habis melalui proses tarbiyyah. Tiada siapa yang boleh mengaku bahawa dia
sudah habis ditarbiyyah. Membiarkan para pimpinan dan para naqib tidak dididik kerana status mereka akan mengakibatkan hati mereka kian luntur dari iman yang pernah mekar bak bunga yang merah disanubari mereka waktu tika dulu.
Menurut Ibnu Taimiyyah, Imam Al-Ghazali sebelum wafatnya gigih mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam. Nah, seorang Hujjatul Islam "Penhujah Islam" pun masih terus berguru, mengapa pula kita menongkat langit mengatakan tidaak untuk ditarbiyyah dengan berguru.
"Iman itu berkurang dan bertambah"Begitulah bunyi hadis yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin. Walaupun hadis ini dihukum tiada asalnya, ataupun dalam erti kata lain tidak dilafazkan oleh Rasullah S.A.W malah tidak diketahui dilafazkan oleh siapa, masih jua boleh kita ambil pengajaran dari apa yang dipetik oleh Hujjatul Islam itu.
Sebenarnya itulah sifat manusia kecuali para nabi yang maksum dan sememangnya akan terus meningkat imannya. Sedangkan kita pula sentiasa perlu bermujahadah untuk meningkatkan iman.
Perkataan "mujahadah" itu sendiri telah membawa makna yang mendalam. Mujahadah dalam bahasa melayunya bermaksud "saling berjuang". Perkataan ini digunakan dalam mengambarkan peri perjuangan membersihkan hati. Maksud mujahadah melambangkan apa yang berlaku, kita terpaksa berlawan dengan nafsu di dalam hati yang sememangnya suka melawan. Kalau kita alpa nafsu dan syaitan akan mengambil alih peranan iman dan akal. Begitulah lawan dan melawan yang berlaku didalam hati.
Justeru itu, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa dirinya tidak lagi perlu untuk ditarbiyyah hatta ulamak sekali pun. Sengaja penulis membawa isu ini untuk mengingatkan kita bahawa dalam jamaah para naqib dan para pempinan perlu juga mengikuti proses tarbiyyah.
Adalah amat tidak bertepatan sekali sekiranya wujud pandangan bahawa Para
pempinan dan Para Naqib adalah mereka yang sudah ditarbiyyah dan telah
habis melalui proses tarbiyyah. Tiada siapa yang boleh mengaku bahawa dia
sudah habis ditarbiyyah. Membiarkan para pimpinan dan para naqib tidak dididik kerana status mereka akan mengakibatkan hati mereka kian luntur dari iman yang pernah mekar bak bunga yang merah disanubari mereka waktu tika dulu.
Menurut Ibnu Taimiyyah, Imam Al-Ghazali sebelum wafatnya gigih mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam. Nah, seorang Hujjatul Islam "Penhujah Islam" pun masih terus berguru, mengapa pula kita menongkat langit mengatakan tidaak untuk ditarbiyyah dengan berguru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment