Tuesday, October 03, 2006

PostHeaderIcon Hakikat Hidup Cinta dan Amal 2

HAKIKAT HIDUP, CINTA DAN AMAL –BHG2


Ayat kedua dari kata-kata Imam al-Ghazali berbunyi “ Cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya’.

Itulah hakikat cinta didunia ini. Segala perkara yang kita cintai dari ibubapa, isteri,kekasih, anak-anak serta harta segalanya akan meninggalkan kita apabila jasad dikebumikan jauh 7 kaki dibawah bumi.

Cinta kepada segala isi dunia adalah suatu ujian kepada kita agar tidak membelakangkan cinta kita kepada Allah dan rasulnya yang merupakan cinta yang paling unggul.

Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita harus menafikan perasaan cinta kepada dunia. Mana mungkin kita menafikan rasa cinta sesame insan misalnya sedangkan bukankah Nabi junjungan kita pernah bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya”

Malah didalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa pada hubungan suami isteri itu dikurniakan perasaan “mawaddah wa rahmah”. Jelas di sini sekiranya kita dilarang mencintai dunia maka apa perlunya arahan Nabi Muhammad S.A.W dan apa pula perlunya Allah membenarkan perasaan kasih dan sayang dalam hubungan suami isteri.

Sebenarnya kehendak dari kata-kata Imam Al-Ghazali ialah kita boleh mencintai apa sahaj tapi perlu beringat bahawa cinta kita kepada Allah dan Rasul perlu mengatasi cinta kepada dunia. Kalau ditakdirkan kita perlu memilih antara dua cinta maka pilihlah Cinta kepada Allah kerana itulah yang hakiki.

Seterusnya didalam rangkap kata Imam Al-Ghazali yang ketiga berbunyi “buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu” mengingatkan kita bahawa setiap perbuatan pasti dihitung walau sebesar zarah.

Setiap perbuatan kita samaada secara terang atau secara sembunyi-sembunyi pasti akan dihitung kerana Allah Maha Mengetahui. Kadang-kadang manusia sering menganggap ringan dosa kecil yang mereka lakukan sesetengah dari mereka pula menganggap biasa apabila melakukan dosa besar. Mereka lupa bahwa Allah pasti menghitung setiap perbuatan mereka, pada perkiraan mereka amal baik mereka telah lebih banyak dan pada perkiraan mereka taubat itu mudah digapai.

Alangkah dangkalnya pemikiran seperti ini, mereka berangan masuk syurga Allah tanpa melalui jalan mujahadah yang dilalui oleh para solihin. Tepuk dada tanya iman adakah kita tergolong dari golongan Solihin. Dalam satu hadis yang dinyatakan oleh Imam Hadad didalam bukunya ada menyebut 4 petanda kerosakan hati. Antaranya ialah panjang angan-angan tanpa amal dan usaha.

Akhir kata, tulisan ini sebenarnya daku tulis untuk mendidik diri ini kerana yang paling memahami apa yang ditulis sepastinya penulis sendiri. Semoga Allah ampun dosa daku dan kawan-kawan. Selamat Berjuang

0 komentar: