Saturday, October 14, 2006
Mat Rempit Oh.. Mat Rempit...Pejuang Berani Mati
9:24 AM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Semalam, justeru bosan dengan karenah "Mat Rempit" polis telah mengeluarkan kenyataan untuk bertindak tegas terhadap mat rempit yang dilihat makin berleluasa.
Keberkesanan operasi membanteras "mat rempit" tidak boleh dipastikan sama ada akan berjaya atau menemui kegagalan. Mereka ini "pejuang berani mati" yang sanggup mati di medan jalan raya demi nama dan keseronokan. Kalau di Palestin "Pejuang Berani Mati" yang dipelopori oleh Mujahid Islam, sanggup juga mati tapi di Jalan Allah demi mempertahankan agama dan negara.
Barangkali ada yang menyanggah, pandangan ini kerana adalah tidak sesuai untuk dianggap Mat Rempit sebagai pejuang kalau dikategorikan penyangak sesuailah. Biarlah apa yang ingin ditimbulkan, maksud sebenar penulis dengan menulis sebegini ialah untuk mengetengahkan sikap mereka yang tidak "takut mati". Membawa motor dengan risiko yang tinggi.
Sikap untuk tidak takut mati memang dituntut dalam Islam tapi sayangnya mereka telah menyalurkan perasaan berani ini ke tempat yang salah. Alangkah baik,sekiranya mereka menjadi orang yang berani untuk membuat kebaikan. Menjadi mujahid yang sanggup mati demi mempertahankan Islam.
Dengan ribuan jumlah mereka, kalau mereka sanggup berubah dari suka mati dekat jalan raya dengan mati katak kepada mati dijalan Allah dengan penuh kemuliaan pasti ketakutan musuh- musuh Islam.
Bila difikirkan kembali, alangakah sayangnya cara kematian yang berpunca dari berlumba. Sudahlah rugi didunia berdepan pula dengan kegagalan diakhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya yang mulia hanya yang mati dijalan Allah. Tiada kemuliaan disisi Allah kerana mati untuk tunjuk berani, untuk dipuji, dan untuk berbangga-bangga. Dalam hadis nabi ada menyebut:
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وابن نمير وإسحق بن إبراهيم
ومحمد بن العلاء قال إسحق أخبرنا و قال الآخرون حدثنا أبو
معاوية عن الأعمش عن شقيق عن أبي موسى قال سئل رسول الله
صلى الله عليه وسلم عن الرجل يقاتل شجاعة ويقاتل حمية ويقاتل رياء
أي ذلك في سبيل الله فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قاتل لتكون كلمة
الله هي العليا فهو في سبيل الله "Ditanyakan kepada Rasullah S.A.W tentang pemuda yang berjuang kerana menonjolkan keberanian, dan yang berjuang kerana semangat mempertankan(kaum sendiri) dan yang berjuang demi kebanggaan, yang manakah berjuang dijalan Allah. Berkata Rasullah S.A.W: Sesiapa yang telah berjuang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi maka dia dijalan Allah"Hadis Sahih Muslim, Hadis ke-3525Akhir kata, buat para "Mat Rempit" dan "Minah Rempit" marilah mati jalan Allah bukan dijalan raya atau highway.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komentar:
ada sesuatu yg perlu didekati,fahami tentang mat rempit
pada zahirnya,ramai yg salahkan mat rempit,tanpa mendekatinya.
Post a Comment