Tuesday, November 07, 2006

PostHeaderIcon BerHubung SMS Isu Pembaptisan di Perak: Antara Benar dan Palsu

Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi



Heboh diperkatakan isu sms yang diterima oleh orang ramai berhubung Dr. Azhar Mansor yang bakal memurtadkan sejumlah orang Islam Melayu di Silibin Perak.
Sebenarnya tempat ini tidaklah begitu jauh dengan tempat tinggal saya dahulu, jadi mudah bagi saya mengetahui lokasi gereja yang dimaksudkan.
Dalam kebingungan antara benar dan tidak, petang itu saya ambil keputusan untuk pergi ke gereja yang dimaksudkan. Namun demikian suasana nampak tenang. Cuma yang ada ialah sejumlah polis yang ramai berkawal dihadapan gereja tersebut.
Hati saya tertanya-tanya.. Ada polis? Mesti ada perhimpunan.. Tapi benarkah sms yang dihantar atau hanya ingin mencetuskan kekacauan. Bukan apa, saya tidak menerima sebarang maklumat daripada pimpinan PKPIM atau ABIM, jadi risau pula kalu ini propaganda untuk memperalatkan umat Islam agar menimbulkan kekecohan lantas dilabelkan sebagai “terrorist”
Keesokannya, dipejabat.. isu ini hangat dibahaskan oleh rakan-rakan disini. Ada yang mendapat sumber dari seseorang Ustaz bahawa perkara ini benar berlaku. Dato’ Azhar Mansur memang telah murtad dan ingin memurtadkan orang Melayu yang lain. Malah ustaz tersebut turut menegaskan bahawa perkara ini telah disahkan oleh Dato’ Mufti Perak
Dikatakan juga ramai orang yang datang untuk menghalang upacara pembatisan tersebut. Namun demikian, tiada apa yang berlaku. Mengikut cerita lagi ada pegawai agama Perak yang turun menafikan hal tersebut.
Sms yang tersebar ini benar-benar menakutkan dengan mengatakan sejumlah 600 orang pelajar Politeknik Ipoih telah murtad. Sewajarnya perkara ini mendapat perhatian NGO-NGO islam bagi memastikan kesahihannya. Jika benar, kita tidak sanggup lagi ada Azlina JOY yang baru.
Walau apa pun, “moral of the story” semoga kita tidak tertipu oleh sms sehingga menyebabkan kita dipergunakan oleh pihak berkepentingan. Bagi NGO-NGO islam pulak sepatutnya, awal-awal lagi sudah memastikan kebenarannya melalui Dato’ Mufti. Jika benar, maka tindakan perlu diambil, jika tidak benar tindakan perlu juga diambil. Inilah tugas-tugas pendakwah… Menyelamatkan umat…. Wallahualam.

1 komentar:

Iman Albesuty said...

memang berita ini mengemparkan walaupun dah lama terdengar ura-ura perkara tersebut.kalu boleh dpt maklumat lanjut utk maklumat.