Friday, November 03, 2006
Rindu Kepada Redho Allah Namun Sukarnya Menawan Nafsu
5:19 PM | Dari Hamba Allah
Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi |
Edit Post
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Sukarnya mencapai Redho ilahi bilamana hati bersarang mazmumah dan bilamana nafsu bermaharajalela. Walau sepastinya seseorang manusia amat mengidamkan redho ilahi akan tetapi mengapa masih jua dia mengingkari perintah ilahi.
Sesetengah mereka tahu malah arif pula tentang hukum-hakam agama namun tetap gagal mengekang nafsu yang selalu merosakkan jiwa. Mengapa begitu sukar mendidik jiwa? Tiadakah jalan pintas untuk mendidik jiwa lantas terus menjadi kekasih Allah?
Duhai kawan,
Tiada jalan pintas dan jalan mudah. Bukankah mengharapkan kesenangan dimuka bumi ini suatu fantasi. Apakah tidak kita mengerti bahawa hidup ini adalah dugaan untuk menguji kita. Bukankah Yang Maha Esa telah berfirman:
"Adakah manusia mengira bahawa kami akan membiarkan mereka mengatakan kami beriman kepada Allah, sedang Mereka tidak diuji"
Kalaupun ada kesenangan itu hanyalah bonus dari Rabb Jalil kepada manusia. Hakikatnya hidup ini suatu cubaan. Yang kaya diuji untuk bersyukur manakala Yang miskin pula untuk bersabar.
Justeru itu, mahu atau tidak mahu perlu kita didik hati kita dengan perjuangan dan jihad. Memerangi nafsu mazmumah dan hasutan syaitan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Bersabar terhadap tuntutan nafsu itu sendiri sebahagian daripada tuntutan agama.
Ya Rabbi ku panjatkan doa agar hati terdidik dan jiwa terlatih dengan amalan soleh demi mengecap redhoMu.
Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment